Pages

▼

Sunday, 11 October 2026

MAK PATAH TANGAN

 Hari Isnin Achik call bgtau ada kat hospital..Allah.....jantung berdegup kencang menantikan bait bait seterusnya dari mulit Achik...

Rupanya mak patah tangan.Masa Achik call,Achik kat hospital... Rupanya sejak tengahari kat hospital membawa ke pagi hari berikutnya Achik uruskan mak sorang -sorang...huhuhu


Ceritanya ...

Mak gi memancing kat sungai tapi tergelincir kat tebing sungai kerana licin.Entah macamana landing agaknya ..menyenabkan tulang pergelangan tangan tu patah..Mungkin faktor umur membuatkan tulang dah makin rapuh..Nasib baik juga mak bawa handphone,boleh call Achik...Achik bergegas dari tempat kerja ke tempat mak memancing & bawa ke klinik..kemudian dirujum ke hopital...


Begitulah ceritanya tangan mak ni...kata doktor dah pesan lepas ni kena rehat dari memancing kt sungai..kena memancing kat pasar jer🤣Kata Achik..tangan mak akan berimen tu selama 6 monggu...itupun jika lepas ni baik..Kalau masih tak baik...akan ulang lagi prosedure tu...

Dah dekat seminggu,Achik ambil cuti jaga mak...Doakan semoga Allah sembuhkan mak saya dan mudahkan urusan Achik sekeluarga..Mana tau antara reramai yang berdia,ada yang Allah maqbulkan..🤲

 

10 comments:

  1. Semoga mak cepat sembuh ya.. Risau tgk mak2 kita ni jatuh..
    Mak Aini jatuh depan toilet, tulang pinggul retak. Baru tukar besi bulan Ogos tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih doa..
      Doa yang sama juga untuk mak Aini🤲

      Delete
  2. Moga cepat baik utk mak MC 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. Ya Allah…memang cemas dengar hal gini kan.
    Moga Allah kurniakan kesembuhan buat emaknya ya.

    Saya suka tengok kat utara ni semua orang lelaki perempuan tua muda pergi memancing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..terima kasih Ujie..
      haaaa....sini memang ramainkaki pancing..Saya pun kalau balik sini harus memancing

      Delete
  4. Allahuakbar! Kesiannya mak
    Tak terbayang macam mana kejadian mak tergelincir tu. Ada orang lain tak time tu? Semoga mak segera sembuh dalam tempoh 6 minggu tu dan tiada yg memudaratkan, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,masa tu ada orang lain juga memancing kat situ..
      Terima kasih doa untuk mak

      Delete