Hari ini lauk tema ayam lagi...
Ayam Sambal Daun Limau Purut & Ayam Kicap Cendawan.Malam tadi sebelum tidur keluarkan ayam dari freezer letak dekat tetingkat supaya dah boleh masak.
Yang ada sebekas ayam bahagian dada daripada seekor ayam...
Maka saya sambalkan aja bersama daun limau purut Tapi daun daun limau tu dah kekeringan tidaklah nampak daunnya,tapi aroma masih ada.Nak kasi nampak fresh saya tabur sahaja daun sup cincang
SAMBAL AYAM DAUN LIMAU PURUT
2 keping dada ayam +-700gm
3 biji kentang- belah belah
5 helai daun limau purut
1 cawan cili kisar
½ cawan bawang kisar
1 kiub ayam
minyak,garam,kunyit
1. Dadukan ayam dan garam kunyitkan.
2. Goreng ayam hingga masak.Kemudian goreng kentang.ketepikan.
3. Tumis bahan kisar hingga naik minyak
4. Masukkan ayam,kentang & daun limau purut.
5. Perisakan dan masak hingga kembali naik minyak.Sesuaikan rasa.
Ni lauk bekal Sarah untuk bawa ke rumah pengasuh.Isi Ayam masak kicap sama cendawan
Untuk sarah memang seminggu sekali beli fillet ayam dan isi ikan & masukkan dalam ziplock kecil saiz untuk sekali masak..Hari ni menunya Ayam Kicap Cendawan..
Buat bodo bodo jer..Sebelum ni dia tak suka kicap..rupanya bila masak cair-cair macam sup tapi tambah kicap ..ok jer dia makan.
AYAM KICAP CENDAWAN
isi ayam-dadu
3 kaki cendawan - hiris tebal
¼ lada capsicum merah-dadu
¼ buah tomato masak(dadu)
1 sudu bawang merah+ putih + halia cincang
2 sudu kicap
daun sup
1. Panasakan 1 sudu makan minyak dan tumis bawang,halia ,tomato & capsicum dadu
2. Masukkan isi ayam dan masak hingga ayam kecut.
3. Tambah air dan kicap sebagai kuah.
4. Perisakan dengan sedikit garam jika tidak cukup masin & tabur daun sup cincang



Pasti sedap
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Alhamdulillah...
DeleteBaguslah MC. Dulu buat bekal utk Cella, la buat bekal utk Sarah pulak.
ReplyDeleteBekal seadanya boleh la...tteringin nk buat bento colmel tu...tapi tak ada kesempatan nak bersilat pagi²
Deleteanak sulung ammi masa kecik mmg taknak langsung lauk hitam2 ni...ehhh dia lupa mak dia pun hitam juga tau.
ReplyDeleteHahahaaha...lawak la Ammi...!
DeleteTerbau aroma sambal ayam limau purur, sampai ke LD hihihii....
ReplyDeleteHaaaa....jauh baunya dibawa jerebu....hihihi
Delete