Entri tertangguh minggu lepas punya minggu lepas, Selesai sarapan @ SARAPAN WARUNG TEPI SAWAH......Achik ajak pi Kampung Warna-Warni..
Ini merupakan kunjungan kami kali ke 2 ke Kampung Waena Warni ni
kali pertama pi tahun lepas ...tak ingat bulan berapa tapi tak masukkan dalam blog sebab lupa🤭
Ni kami datang lagi ...Achik belanja lagi...hehehe
Yang perempuan duduk atas seat berbumbung kuning tu...Haikal membomceng. elakang penunggang atas seat motor tu..
Tapi ....tapi....nantikan entri lain lepas ni....beberapa hari kemudaian,kami TERJUMPA choley purple dan pemandu yang sama di satu even kat Pendang!!!
Nak tau wajah pemandu choley ni dan even apa kat Pendang tu?
Nantikan yer!!!
Penerokaan bermula dari Kampung Tengah iaitu kampung paling depan
Jambatan Putra menjadi tarikan.,.
Jabatan Putera....Juga dikenali Jambatan Syed Putera @ Jambatan Pelangi...juga warna warni...warna pelangi
Pemandu choley berusaha memasang tabir plastik untuk memastikan penumpang tidak basah ..Rasa macam motor dan skuter kat China pula...
Inilah rupa cucur udang tu RM1...
Hari ni kita cerita pasal Kampung Warna Warni ni dulu yer...
1 kepala RM5..( Tapi ada yang mengenakan charted RM35 untuk sebuah choley ni.Ikut nasih la dapat harga terbaik ..hihihi.Tak ada sangat limit berapa lama tapi cukup mengelilingi seluruh perkampungan Kampung Warna Warni yang mengandungi 7 buah kampung kecil di dalamnya iatu
Kampung Tengah
Kampubg Hujung Tanjung
Kampung Tandiap
Kampung Baru Seberang
Kampung Seberang Alor
Kampung Seberang Jaya
Kampung Pulau Ketam
Memang kampungnya warna warni..Semua kampung dalam ni mempunyai pilihan warna sindiri.Ada kampung yang pilih warna pelangi.Ada yang pilih warna bendera Perlis dsn lain lain.
Menurut penunggang(nak panggil penunggang ke pemandau ek?) yang jiga merwngkap tourist guide ..Kampubg Warna Warni ni merupakan kampung angkat diraja Perlis.Diilhamkan pemerintah untuk mencantik dan menjadi daya penafik sekali gus menjana ekonomi dengan peluang pekerjan kepada penduduk sama ada melalui jualan hasil industri kampung seeprti makanan ringan kraftangan dan juga pengangkutan choley tu .
.
Walaupun kampung tradisional nelayan namun harus dipuji usaha kerajaan pemerintah yang bijak dan prihatin akan rakyatnya.Berfikir diluar kotak menbangunkan ekonomi rakyat ....
Walaupun kampung tradisional nelayan namun harus dipuji usaha kerajaan pemerintah yang bijak dan prihatin akan rakyatnya.Berfikir diluar kotak menbangunkan ekonomi rakyat ....
Haaaaaa...tetiba rasa nak jadi ahli politik pulak...🤣
Sepanjang meneroka beberapa buah kampung ni ada banyak port persinggahan yang menawarkan keisti.ewaan masing masing seperti jualan makanan ringan industri kecil kampung ni dan juga kraftangan.Paling tidak pun ada info dan sejarah ya g menarik menjadi info
Kami meneruskan perjalanan ke Kampung Hujung Tanjung.... tidak banyak singgah kerana. saya,Acik,mak dan Haikal dah pernah datang sini..Hanya Cella ja ni merupakan.
Sepanjang meneroka beberapa buah kampung ni ada banyak port persinggahan yang menawarkan keisti.ewaan masing masing seperti jualan makanan ringan industri kecil kampung ni dan juga kraftangan.Paling tidak pun ada info dan sejarah ya g menarik menjadi info
¹st time dia...Tapi Cella lebih teruja nak ke Hujung Tanjung bila Haikal ceritakan view menarik dari jambatan di Kampung Hujung Tanjung.
Sebelum sampai jambatan tu ada satu port persinggahan jualan cucur udang..tourist guide kami yang peramah tu dah tolong pesankan RM20 cucur udang.Nanti dah turun jambatan nanti boleh terus pick up cucur udang tu...So,takyah la kami nak que panjang ..Tak buang masa.
Pastinya pelancong tidak menolak untuk singgah di port Hujung Tanjung ini
Jambatan merentangi kualanmenghububgkan kampung Hujung Tanjung ni dengan Kuala Perlis..
Saya tak pasti berapa ketinggian tapi cukup untuk membuat saya gayat dan tak mampu nak naik hingga ke puncak ketinggiannya...
Sebelum ni datang saya dan Achik hanya naik ¼ sahaja..Kali ni langsung tak naik..Hanya Cella dan Haikal yang naik jbatan tu tak tau depa naik sampai seberang sana atau hingga puncak yang tertinggi tu.
Saya &Achik hanya pernah naik ¼ atau mungkin tak sampai pun ¼ penjang jambatan ni kerana gayattt yang amat...
View dari atas Jambatan Putera...By Cella
Lagi view dari atas Jambatan Puteru...Saya hanya tumpang tengok dari video kerana tak berani nak naik sampai ke atas...GAYATTTT!!!🙈
Mungkinkah itu Langkawi?
Pandangan dari atas.....yang dinikmati oleh Cella dan Haikal ...
Ada burung sedang menanti mangsanya si ikan ..Jika timbul ikan tu...alamatlah pendek nyawa ikan tu...hihihi
Pokok pokok bakau dan pokok pedada ni mengingatkan saya kepada habitat serangga kelip-kelip.Dulu di kampung kalau malam memang meriah kelip-,kelip terbang beecahaya bagaikan lampu kecil.Balik.kampung baru ni saya sempat nampak seekor kelip-kelip terbang di belakang rumah mak kat kampung.Bila masuk rumah nak ambil handphone untuk rakam video...keluar semula dah tak nampak kelip kelip tu hilang dibalik semak...Tak berani nak jejak takut masuk ke donia lain pulak kang...hihihu
Menurut info dari pemandu choley tu...Kalau kita berada dipuncak jambatan tu boleh nampak bukit bukit di Langkawi dan juga sempadan Thailand..
Atau sempadan Thailand?
Pelantar macam neti kat bawah tu lah tempat kami berani pijak pun...
Mereka melihat kami dari atas
Kami melihat mereka di atas dari bawah sini.....Sayup puncak Jambatan Putera .....
Kami melihat mereka di atas dari bawah sini.....Sayup puncak Jambatan Putera .....
Saya dan Achik bersama mak hanya meninjau view dari bawah sahaja...
Melihat persekitaran rumah rumah belayan yang berwarna warni adalah pemandangan yang bukan kebiasaannwalaupun mungkin ada ditempat lain juga barangkinya..
Ada burung sedang menanti mangsanya si ikan ..Jika timbul ikan tu...alamatlah pendek nyawa ikan tu...hihihi
dah la masa raya haji masih kecoh dengan kehilangan Jaslinda di gunung apa tu...lupa dah....
Achik rakamkan gambar mak di kaki jambatan
Achik rakamkan gambar mak di kaki jambatan
itupun gayat yang amat dah ...Nampak air bergolak kat bawah tu...rasa nak merangkak ja...gayat rakut jatuh dalam air tu...hihihi
Kat bawah rumah rumah tu nampak jelas ikan ikan lut sinar berbadan panjang dan bersaiz jari telunjuk banyak berenang renang...Tak tau apa nama ikan tu tapi banyak la..
Teringat perkampungan air di Semporna...Masih tertangguh cerita jelajah beberapa buah pulau di Semporna bulan lepas...Dah tiga kali ke Semporna tak sempat nak buat posting....bz apa entah...hihihi
Asyik dok layan view...pandang atas...noh! awan macam akan memuntahkan hujan bila -bila masa...
Ramai pengunjung dah mula mendapatkan choley masing masing...kerana hujan dah mula gerimis
So,kalau nak datang Perlis ni antara bulan Januari hingga April mungkin masa terbaik kerana musim panas dan juga musim buah Mangga Harumanis.
Menurut pemandu choley ni..sekarang dah masuk Jun..dah kira musim hujan dan juga berakhirlah musim harumanis.
Bagai dijangka.....hujan mula mencurah...pemandu choley sibuk mencari penumpang yang dah ke mana-mana dah masa tueun tadi.Bagusnya mereka pemandu choley ni dilatih dengan pebgetahuan info untuk disampaikan kepada parang pengunjung sesambil membonceng sambil lalu setiap lorong kampung sambil diselitkan info berkaitan kampung ni..Mereka juga dilatih skill komunikasi yang bagus...Kalau mak mak..bapak-bapak..makcik makcik datang seorang atau berdua atau beramai,jangan risau bab bergambar ..pemandu choley ni muda muda belaka depa boleh tolong..Ramah dan sopan tuturnkata melayan pengunjung..Sesuatu yabg harus dicontohi..
Kami berpatah balik dari Hujung Tanjung dan akan singgahengambil pesanan cucur udang ya g dipesan tadi
Coq udang dah ambil.....
See...cucur udangnya penuh udang yer...
RM1/pc....sangat berbaloi kan....penuh udang
sebab tu saya pesan RM20 untuk 20 keping cucur penuh udang ni..
Tu yang saya jadi tamak terus pesan 20 pcs.Hajat nak bawa balik juga untuk Aqil & Pakcik u tuk dwpa rasa sebab Aqil & Pakcik tak ikut.
sayangnya cucur udang hari ni agak kemasinan dan udang dari je is lain berbanding yang lernah rasa sebelum ni.Udangnya masih banyak cuma tidak serangup sebelum ni.
mungkin jenis udang berbeza membuatkan rasa sedikit berbeza
Ini pula pic cucur udang tahun lepas...Untuk bandingan cucur udang di tempat yang sama tapi ni pic cucur udang yang Achik beli masa kami datang Kampung Warna warni ni tahun lepas..Pada tekak saya cucur udang ya g tahun lepas tu lagi sedap hingga masih teringat ingat...dah la seringgit jer kan....
Mungkin sekarang bukan musim udang ni agaknya..
So,kalau datang sini jangan lupa pesan cucur udang yer .
Dalam kehujanan tu pemandu bawa pula ke Rumah Diodol iaitu salah sebuah rumah dalam kawasan sama yang menjual aneka produk makanan tradisional .Antaranya dodol pulut,dodol pulut hitam..halwa maskat...putu dan aneka lagi...
Saya pastinya akan beli halwa maskat ..kesukaan saya.
Selain tu...2 dodol pulut hitam dan 2 dodol pulut biasa dan beberapa jenis kuih lagi kami beli...Sayangnya balik dah lupa nak snap gambar...hihihu
Apapun nak rekomen juga kalau datang sini silalah beli kedua dua jenis dodol tu...Pada tekak saya dodol depa antara yang tersedap pernah saya makan selain daripada Dodol Gula Enau Jerantut yang pakcik selalu order online.
Dodolnya cukup lemak manis..teeasa bintil bintil kecil menandakan dibuat daripada beras pulut kisar dan bukan tepung pulut segera.Tidak hairanlah menurut pemandu choley tu...Raja Perlis dan puteri-puterinya selalu datang sini semata-mata nak beli dodol ni...Walau boleh pesan dan boleh request hantar ke istana,namun pasti ada sebab tersendiri membuatkan keluarga diraja itu sanggup mencemar duli ke kampung angkat baginda ini kan....
Cuma bagi saya tang halwa maskat,agak sedikit terganggu kerana depa letak banyak kismis dan kacang.Saya dambakan halwa maskat Pekan Rabu Alor Setar yang dulu dulu..Kuning lut sinar..berminyak dan hanya ada sedikit bijan.
***Untuk info...dodol ya g saya beli dari Rumah Dodol ni masih elok bertahan tanpa berubah rasa walau selepas 2 minggu bawa balik KL...Biasa kan kalau kita beli dodol masuk seminggu dodol aka. keras dan mudah parah serta akan bau tengik..tapi yang kami beli kat sini....kekal kenyal dan tidak keras patah...Apalah rahsia resipi mereka yet?
Jika berkunjung lagi ke sini..haruslah beli lagi .
Sebenarnya lepas singgah Rumah Dodol ...ada 2 ke 3 kampung lagi termasuk dalam pakej Kampung Waena Waeni ni..tapi kami minta pemandu choley skip jer sebab selain hujan,kami juga dah pernah datang sebelum ni...Lagi satu sebab...lepas Kampung Waena Warni ni...ada satu lagi tempat nak dituju...
Kemana?
Tunggu yer!













Seronok la noh banyak port bergambar dan tempat menarik. Berbaloi mai sini
ReplyDeleteSy pun suka halwa maskat. Tapi lama sangatttt tak makan. Tak tau mak beli dekat mana dulu. Sedap sangat