Thursday, 26 February 2026

MOREH KAT SURAU KAMPUNG 2026

Kebetulan dapat sambut puasa di kampung...kami ambil kesempatan untu masuk list goliran buat moreh kat surau kampung...Kalau dulu moreh antara yang paling ditunggu-tunggu  oleh kanak-kanak kerana  setahun hanya sebulan dapat makan sedao iaitu hanya bulan puasa dan malam ya makan moreh...Itu pun bagi yang ikut mak ayah pi terawikh kat surau la..


Saya takda sangat pengalaman bermorwh disurau zaman kanak-kanak,.Masa tu surau jauh dari rumah...Hanya dapat dengar sayup sayup  dorang berteriak selawat..Tapi oengamalaman mak masak untuk moreh tu ada la..Antara yang saya masih ingat mak masak bubur kacang....megggi sup dan mihun goreng.Orang lain pun sama...menu lebih kurang...bubur kacang,bubur gandum,mihun goreng,kie teow goreng,kuih muih gitulah..Itu jer lah pun antara menu moreh kat kampung dulu-dulu tahun 80-an

Masuk tahun 90-an saya dah tak ingat sebab awal 90-habis sekolah dah berhijrah ke KL...sambung belajar dan terus bermastautin kat KL dah lebih 30 tahun.Cuma masuk tahin 2000an ada la beberapa kali..Masuk 2000an ramai dah mula tempah makanan moreh ..Martabak,roti canai,roti arab,roti bun dan seangkatan dengannya menjadi pilihan...


Cuma masuk pertengahan 2000an saya sempat beberapa kali bersama Achik menyediakan moreh.Masa tu trend masak makanan berat..Kami pernah buat pulut kuning dan nasi lemak bungkus dan nasi tomato...Saya selongkar oldpost jumpa la satu posting kami sediakan MOREH NASI TOMATO 2016.


Masuk 2018 gitu trend moreh berubah lagi....Masa tu moreh lebih kepada barangan keperluan dapur jenis kering seperti laksa,mihun kopi dan sebagainya ..Ada saya share moreh MOREH RARE ...kt sini


Tak lama lepas tu menjelang 2020 Covid melanda dan surau masjid sunyi.tiada lagi solat terawikh berjemaah beramai...Hanya beberapa orang dibenarkan dalam satu masjid...apa lagi nak buat moreh ...Sesuatu yang kita tak pernah terfikir...

Alhamdulillah,setahun dua kemudian keadaan kembali normal..

Kat perumahan saya di KL memang dilakukan kutipan sumbangan untuk moreh  di surau.

Selain moreh di surau perumahan di KL ni....alhamdulillah tahun ni juga berpeluang join Achik sediakan moreh pada hari kedua berpuasa...Moreh hari Jumaat malam Sabtu..Selalunya Achik yang  dok  mewakili mak buat moreh kat aurau kampung.Macam macam depa buat. Antara yang saya ingat bagi air gas botol 1.25ml tu,kurma dan beberapa kali  juga berbentuk makanan siap packing.



Ni la more kami untuk surau kat kampung mak.Boleh memancing kanak-kanak untuk berterawikh...hihihi




Kat aurau kampung mak ...Papa. kenyataan jadual penyediaan moreh...Sesiap yang nak sumbangkan moreh boleh isi nama pada mana mana ruang yang masih kosong.Ni kami pi isi beberapa hari sebelum puasa.. Sekarang mungkin dah penuh agaknya 
Boleh buat perseorangan atau berkongsi dengan jiran lain.

Dulu pihak surau yang tetapkan nama dan giliran tarikh.Tapi sejak pasca Covid 19, dwpa dah ubah biarkan sesiapa yang nak sumbang moreh pilih dan isi nama,rakan kongsi dan tarikh.Ada baiknya juga kerana memasing boleh pilih tarikh iku kelapangan dan pilih rakan kongsi ikut sendiri Mungkin ada mak yang nak buat moreh kongsi dengan anak  beranak etc.

Asalnya Achik nak pilih 1 Ramadhan tapi sebab dah ada orang isi...Achik pilih 2 Ramdha iaitu hari Jumaat malam Sabtu.



Asalnya nak bagi mee segera ni.....tapi kan ada yang b*ik*t....
hihihi


Akhirnya ...jenama Gardenia ni jadi pilihan..
Kali ni Achik cadangkan bagi mi segera numee ni  sorang 1 pack = 5 bungkus .
Pi beli siap-siap hari Khamis sebab hari Jumaat dah plan pagi nak pi Bazar Kemboja @ Pendang....hihihu





Pagi-pagi hari pertama puasa kami ikut Achik & Pakcik pi beli mee ni kat Mydin Alor Setar...Dah servey harga kat sulermarkat & mini market kat Pendang...Ada yang harga jauh sangat beza & ada yang dah ok tapi stok pula tak banyak..
Mydin dah tentu-tentu ada banyak stok



Dapat harga terbaik ...RM.4.29 untuk isian 5 pack di dalamnya...Mee segera keluaran gardenia..
Dalam setiap pack ada 5 bungkus mee 
Kalau satu keluiarga pergi terawikh lima orang.....dapatlah 25 bungku !
Boleh tahan sampai lepas raya ni...
Hihihihi....



Campur-campur perisa kari & ayam




Cella jadi pembantu tukang tolak trolly.




Dah...jom balik....
Orang tengok pun pelik...puasa puasa beli mee segera banyak...hihihi
Sayangnya takda sapa ambil gambar masa agihan moreh malam Sabtu tu...pakat lupa bawa handphone pi surau...hihihi






4 comments:

  1. Lain macam moreh ni, kena masak sendiri kalau nak makan 😁

    Menarik idea ni, banyak pulak tu setiap orang dapat 5 bungkus. Mesti seronok penerima.

    ReplyDelete
  2. Bagi hat kering ka Mak Cella? Untung noh, kalau ahli keluarga ramai hehe ..
    Sy pun tak pernah merasa moreh di kampung. Mula kenal moreh bila duduk di asrama.

    ReplyDelete
  3. banyaknya borong mi segera. taman cie ni setiap hari ada macam2 menu. kadang2 banyak tak habis. orang lepas solat terus balik. kalau pack siap2 ada la jugak yang ambik.

    ReplyDelete
  4. waahhh byk dpt sorang 1 pack 5bgkus hehe

    ReplyDelete