s Sedar tak sedar kita dah seminggu berpuasa di bulan Ramadhan(ejaan betul adalah Ramadan tapi dah terbiasa sebutan Arab ada huruf dhot) jadi sebutlah Ramadhan.Seperti juga sebelum-sebelum sepanjang bulan puasa memang saya akan memamasak.Begitu juga puasa kali ini.Bukan sebab rajin tetapi sebab malas.Malas nak ke Bazar Ramdhan..hihihi
PUDING CERAMEL
10 biji telur
1 tin susu pekat
1 ½ tin air ( sukat guna tin susu)
1 sudu teh esen vanila
4 sudu gula pasir
1. Buat gula hangus.TAbur gula dalam kuali panas dengan api yang paing kecil
2. Biar gila mencair & jangan sampai hangus.
3.Tuangkan gula hangus yang panas tu sebagai dasar loyang..
4.Kalau suka boleh juga tambah 2 sudu air panas dalam gula tu & kacau hinngga larut..Biarkan agak pekat baru tuang dalam loyang.
5. Kacau telur.Jangan pukul..sekadar kacau supaya bercampur sahaja keran jika dipukul kembang ,akan ada lubng2 kecil masa puding masak nanti.
6. Sementara tu tuangkan 1 tin susu pekat & 1 tin air dalam periuk & masakkan hingga naik wap,tapi jangan sampai mendidih
7.Dengan hati2 tuangkan campuran susu panas tu kedalam telur & jangan henti mengacaunya hingga nampak agak berkrim & sedikit pekat.
8. Tuangkan dalam loyang berisi gula hangus & kukus lebih kurang 15 minit.
Kata mak aku jangan kukus lama sangat supaya tekstur puding cantik & rasanya creamy....
9. Bila dah masak & sejuk terbalikkan dalam bekas supaya jadi up-down side...baru nampak gulanya yang cantik







Cie hari ni tadi buat crab rangoon guna kulit wantan. Inti lebih letak dalam roti pulak.
ReplyDelete