Sunday, 27 April 2025

DAGING 4KG RM100 : BAKAR DAGING HARIMAU MENANGIS

 Kat Pendang memang daging local murah ...4kg hanya RM100.

Tapi kalau beli sekilo sahaja harga lebih sikit dalam RM28- RM30

Cuma masa raya hari tu depa jual 3kg RM100..pun kira masih murah sangat kan....


Dua hari lepas ada call mak borak-borak..Mak kata Achik beli perut lembu.Kata mak sekarang penjual daging dah letak syarat baru...Masih lagi 4kg RM100 tapi syaratnya kena pilih 3kg daging & kena 1kg lagi kena pilih sama ada tulang  ataupun organ lembu..macam paru ke..hati ke..perut ke camtu la..

Pada saya ...pun masih murah banget kan ..


Ni cerita balik kampung sebelum puasa hari tu...

Mak belanja daging RM100...untuk bakar-bakat . Kebetulan masa pi beli ada daging bahagian Harimau Menangis...Terus la grab...


Daging Harimau Menangis ni sedap sebab ada lemak pejal yang warna kuning tu.Lemak yang yang kita boleh masak & dia lembut tapi tak cair..Bukan lemak putih yang melekat kat tangan & mulut tu..

Untuk tengok kami beli daging & bakar-bakar ni boleh tonton video kat youtube channel saya SEROJA PUTIH



Untuk video  BAKAR DAGING HARIMAU MENANGIS CICAH AIR ASAM KICAP   tu  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/tWxZSlCK7Xo?si=xpd3KASfJ_JHUbdL

Friday, 25 April 2025

PERNAH MAKAN COLEK BUAH GAJUS?

 



Cer teka makanan apa ni...?

Heeee...tapi dah bagitau kat tajuknya dah pun...🀭

Sedap sangat colek buah gajus ni...Dulu kat kampung zaman kanak-kanak suka la makanacam ni kalau musim buah gajus...tapi kebanyakan orang Kedah panggil *Buah Jangguih"..
Orang kampung saya pula dialek patani...sebut " Buah Janguih" bunyi macam sengau sikit sebab dah buang satu "g".

Buah gajus ni memang juicy...airnya manis manis kelat.Kalau kena baju,alamat berpeta la baju hingga akhir hayat baju tu...boh clorox pub tak hilang...hihihi

Satu lagi kalau makan buah gajus ni kena hati-hati....jangan sampai tersedak.Kalau tersedak memang perit giler tekak...!


Kalau nak tengok videonya....boleh ke channel youtube saya 


Untuk video  COLEK BUAH GAJUS   tu  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Thursday, 24 April 2025

KETUPAT UBI KAYU UNTUK RAYA PUASA 6

 

Alhamdulillah...akhirnya selesai juga puasa 6 tahun ini..

Tahun ni cabarannya balik saja dari cuti raya,seminggu lebih kesihatan kena cerry berry.Makan sikit saja pun akan  cirit.Naknterus sambung puasa 6 masa cirit birit tu takut hidrasi pulak.Jadi doktor pesan banyakkan minum air dan makan makanan lembut.Rasanya raya kali ni lah saya paling kurang makan..

Apapun Alhamdulillah,akhirnya selesai juga puasa 6.Semalam Rabu merupakan lastday saya puasa 6.Biasa raya buat ketupat pulut tapi untum raya 6 kali ni saya buat Ketupat Ubi Kayu...Dah pernah buat sebelum ni.Antara posting Ketupat Ubi Kayu ni..KETUPAT UBI KAYU VERSI PUTIH...kat sini

Ada juga saya buat KETUPAT UBI KAYU VERSI GULA MELAKA....kat sini


Untuk Ketupat Ubi Kayu semalam tu saya ada upload kat youtube channel sayaSEROJA PUTIH



Untuk video  KETUPAT UBI KAYU  tu  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/ci5wiT8Q02I?si=xxSPZqieHbVUMe1t

PUCUK UBI TUMBUK TUMIS PEDAS

 

Juadah iftar semalam punya semalam...hari Selasa...
Masih berkayuh nak menyelesaikan Puasa 6 bulan Syawal..


In shaa Allah kalau diizinkanNya hari ni Rabu akan selesailah 6 hari..Sebaiknya sambung esok boleh dapat 2 palaha..Sunat Syawal & sunat Khamis..Tapi nak menangguh lagi sayang pulak sebab dah tinggal sehari.



Rezeki iftar puasa 6 hari Selasa .

Special laul yang saya masak ialah Pucuk Ubi Tumbuk Tumis Pedas..
Bahan dan cara masak ada saya kongsikan di youube channel saya


Untuk video  pucuk ubi tumbuk tumis pedas tu  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Wednesday, 23 April 2025

JATUH CINTA DENGAN BIJI MERANTI

 

Juadah iftar Puasa 6 minggu lepas..

Nak makan sorang jer..tapi macam 2,3 orang punya portion..hihihi




Dari tempat kerja rasa tak menyabar nak masak biji meranti pemberian Kak Mudz ni..
Sejak makan SAMBAL GORENG BIJI MERANTI...bulan puasa hari tu memang saya jatuh cinta sungguh dengan biji meranti ni..
Sebelum ni saya sangkakan biji meranti ni sama ja dengan meranti yang dimasak sayur tu.Rupanya kata Kak Mudz...meranti yang kita makan bijinya ni daunnya lebih besar dan tidak selembut meranti yang disayur daunnya tu..

Selalu dok tengok kat youtube Indonesia...biji meranti ni yang depa sebut * luenca* ni dijadikan lalapan dicocol sambel.Rasa terliur dengar depa kunyap prup prap prup prap tu..
Rupanya memang sedap( tekak saya la) yang memqng pecinta ulam


Dapat makan nasi berlaukkan sambal goreng biji meranti ni...memang buat mata terpejam pejam menikmati..


Sayangnya saya tak pernah nampak biji meranti ni dijual atau di tanam kat KL ni...

Sunday, 20 April 2025

SYAWAL KE-3: MAKAN KENDURI,PETIK ULAM & ZIARAH KUBUR

 Assalamualaikum


Masih tentang rakaman cerita tentang raya..

3 Syawal balik kampung lagi.Ada jemputan kenduri aqiqah.Bukan aqiqah kambing tapi lembu.



Parkir kat tepi kubur jer...
Kena jalan kaki ke dalam lebih kurang 0.2km

Zaman kanak-kanak dulu inilah tapak  playground kami..Ada surau 2 tingkat binaan kayu.Atasnya ruang solat.Bawahnya dilengkapi kerusi meja menjadi "sekolah dewasa" pada tahun 60an untuk membasmi buta huruf dalam kalangan penduduk kampung.Juga merangkap dewan kampung untuk  acara keramaian.Seminggu sekali setiap Rabu akan ada guru KEMAS datang ajar masakan dan gubahan.
Setiap Jumaat dan Sabtu  jadi medan kanak-kanak bermain dari pagi hingga petang.Musim cuti sekolah akan riuh rendah hingga awal tahun 80-an keadaan tu masih  begitu.Namun sikit demi sikit landscape dah berubah.Surau sudah beralih tapak..Tanah rizab kubur juga sebahagiannya sudah menjadi kebun durian & bertukar milik manusia berhati serakah. sekarang suasana riuh rendah itu hanya kedengaran musim raya sahaja.Luar musim raya hanya saudara mara 
" Warga Kubur" tetap bersemadi di situ.



Dulu jalan ini tak pernah sunyi.Sekarang kiri kanan merimba.

Melepasi kawasan kuburan menuju ke rumah kenduri.



Masih mud raya..
Sepanjang jalan ke rumah kenduri tu masing masing saling bertegur sapa bermaafan sempena raya.
Lorong kampung yang sempit bertambah " jammed"🀣



Kampung saya macam ni lah..
Bab makanan & lauk pauk jangan risau.Tapi...meja tak beralas tu perkara biasa🀭
Kerusi meja dan khemah serta peralatan memasak adalah kepunyaan surau.
Saya ingat nanti nak cadangkan kat Tok Ketua Kampung untuk guna beli alas meja.
Kalau kau hanya sesekali timbul.kat kampung...agak-agak suara kau akan didengari tak?Dah la baru jer orang add masuk group kampung..hihihi🀣



Makan kenduri Aqiqah..Kalau kat kampung saya kenduri aqiqah dan qurban memang biasanya  daging segar hanya akan direbus ala singgang dan dicicah air asam tomato..kegemaran sepanjang zaman.



Selain nasi lauk daging rebus cicah air asam tomato,acar limau,ikan masin & ulam cabai...Juga ada kueteow goreng panas-panas...laksa dan juga apam balik panas-panas.



Selesai makan kenduri,kami meredah semak menyusuri kampung lama yang pernah kami diami zaman kanak-kanak dulu..


Dulu ..tepi pokok manggis inilah rumah Tokwan kami.Belakang dapur  rumah tokwan tulah terselit pondok kecil "syurga" kami.
Pohon manggis ini dah hampir  satu abad umurnya tapi masih utuh dan rendang seperti yang saya masih ingat 45 tahun dulu.Masa baby mana nak ingat kan?🀭🀭
Kalau musim buah manggis,saya dan sepupu..Malek & Ina akan berlumba kait buah yang tua dan campak dalam hutan duri keman untuk peram.Tapi Malek & Ina selalu ngelat...Depa akan curi kutip dulu buah yang dah masak🀣.
Tak sempat dapat kat saya.Tapi saya suka makan buah manggis tua.Belah-belah buah yang belum masak tu penuh getah kuning & rendam dalam air..Congkel isinya yang masih rangup.Manis dan sedap lebih dari buah yang dah masak..



Nampak banyak pula pokok bekka sedang berpucuk...Terus petik untuk dijadikan ulam.



Pucuk bekka ni sedap dijadikan ulam rebus.Juga sedap dibuat kerabu.Bagi yang suka la...hihihi...Rasanya pahit pahit lemak.


Achik jadi model Pucuk Bekka🀣

Seterusnya singgah "rumah almarhum ayahanda" 
Landscapenya sudah jauh berubah berbanding setahun yang lepas Tahun ini nampak suram kerana cuaca hujan dan rumput tebal.


Tahun lepas sebelum raya ...orang kampung membersihkan kuburan.
Kesan tunggul pokok keriang besar juga masih kelihatan.Dulu kuburan ni teduh sejuk dipatungi pokok keriang sebesar 3 pemeluk dewasa.
Pokok keriang tu lah menjadi landmark kuburan sejak saya masih kanak-kanak.Saya pernah ceritakan kenangan lucu dikuburan ini dalam posting tahun lepas KAT SINI.....


Haikal sedang membacakan Surah Al-Kahfi dan doa sebagai "buah tangan" untuk nendanya di hari raya.Saya hanya menumpang "aminkan" doa yang dibaca Haikal.

Jika saya sudah berpindah alam nanti,harapnya Allah menggerakkan hati anak-anak saya untuk selalu mengirimkan Al Fatihah kepada saya sekurang-kurangnya 5x sehari.Walaupun saya bukan anak yang baik tapi tetap mengharapkan anak-anak saya menjadi anak yang baik😭



Wednesday, 16 April 2025

MAKAN PULUT KUKUS AYAM GORENG- IFTAR PUASA 6

 Assalamualaikum


Orang lain ramai dah habis puasa sunat bulan Syawal a.k.a Puasa 6..Saya ni baru nak berkayuh..Harapnya sebelum alhir bulan Syawal dapat la juga menyelesaikan puasa 6.


Juadah iftar 1st day puasa 6 hari Isnin kelmarin.

Teringin nak makan pulut.Dah pukul 6.petang baru nak menggagau cari pulut.Jumpa dalam 1kg ++ pulut siam Achik bagi masa balik raya baru ni.

Ambil 2 cawan basuh bersih & masukkan dalam loyang.Isikan air separas pulut & kukuslah hingga masak.

Ayam pun hanya perisakan garam kunyit & sikit penyedap rasa.Goreng garing..

Hidangkan pulut kukus,ayam goreng & daun salada...Acah-acah Pulut Ayam konon..

Kejut anak jantan tu bangun makan bersama walau dia tak puasa pun.. Dah maghrib dia terlena lepas balik kerja...Lepas cuci tangan dia menonong gi dapur cari kicap..Hahaha mesti dia ingat nasi putih lauk ayam goreng.Tu yang dia nak gaul kicap..🀭

Tapi tengok-tengok..mak dia masak pulut rupanya..hihihi.

Iftar dalam cuaca hujan lebat...tu yang buat teh O panas segelas besar tu..

Brrrrrr .....Alhamdulillah..



Monday, 14 April 2025

MASAK JUADAH RAYA LAGI 2 SYAWAL

 Assalamualaikum..

Syawal ke-2 masak masak lagi kat rumah dipekan..
Dah pesan Achik..Haikal..Aqil semu suruh datang lunch sini.


Masak Nasi Briyani & lauk 

Kebetulan Cella kata bestinya yang 2 orang tu nak datang..Danial & Auni..
Classmate dari form 4 hingga sekarang memang teman bergaduh & teman susah senang..
Kalau tengok depa bergaduh macam putus sahabat dah..Tapi esok lusa pakat keluar ngeteh macam tak ada apa apa berlaku..πŸ˜‡
Macam tu lah depa sejak sekolah menengah dulu hingga  sekarang.Kalau dengan Danial lagi lah..Cella memang sama sekolah dari  darjah 1 hingga sekolah menengah..
Kalau sesapa antara depa nak cari boipren/gelpren memang kena terima hakikat depa dua ni besti..Hingga sekarang tempat kerja Danial tu hanya seberang jalan dengan Fakulti Cella kat UPM...Kata Cella dok kat kelas boleh nampak bumbung bangunan tempat kerja Danial...
Balik raya pun...Kampung Danial hanya 15 minit dengan rumah kami kat pekan..


Banyak sembang dari makan..




Tak habis sembang kat dapur..bawa pula sembang kat ruang tamu



Tetamu asalnya Danial & Auni ja..

Tapi dah namapun raya kan...kita memang akan masak banyak siap2 sebab tetamu bukan boleh jangka..

Betul lah...belum sempat Danial & Auni gerak...rakan sekolah menengah pula sampai...Tapi tu lah...gambar takdak sapa teringat nak rakam...hanya terakam dalam memori sahaja...hihihi

Lewat petang...curi masa juga dengan Achik..lari balik kampung jugak sat..


Raya ke-3 esoknya...dah ada jemputan kenduri kat kampung haruslah balik lagi

Alhamdulillah...




Sunday, 13 April 2025

TETAMU PAGI RAYA @ KAMPUNG

Antara gambar tetamu pagi raya @ kampung


Tek semua terakam

Kerana masing-masing sibuk melayan tetamu

Nak pastikan hidangan tetamu tersedia & ditambah


Haikal & Aqil kena pastikan minuman bertopup


Pakcik & Achik tokey duit raya..
Tetamu kecil RM5
Tetamu remaja pun dapat RM10


Makngah tukang sembang je la...
hahaha


Yang baru jumpa bertanya khabar


Yang tua leka bercerita


Yang kanak kanak menanti duit rayl
BYang handsome menjual minyak🀣


Yang dah selesai makan leka mencari tempat cuci tangan..
Dah hampir 10 tahun setiap hari raya tak pernah ada air kat kampung..

Masalah yang tak pernah diselesaikan...

Tapi takkan la tak beraya.
Nasib baik juga rumah Achik & rumah saya di pekan sana tiada masalah air.
Makanya setiap kali raya kami masak bagai di rumah masing-masing & bawa balik ke rumah mak di kampung..

Seminggu sebelum raya Achik akan tadah air bertong tong di kampung habuan nak basuh pinggan mangkuk bagai pada hari raya.

Berkotak kotak air meniral kena beli swbagai bekalan air minuman di kampung...nak bancuh minuman bagai.

Apapun masalah air tidak pernah dijadikan penghalang kemeriahan raya ...

Walau hanya beberapa keping gambar terakam...hakikatnya kemeriahan sebenar sangat dinikmati


Sempat juga la Cella rakamkan suasana  tu dalam beberapa kerat video & saya abadikan dalam youtube channel  SEROJA PUTIH

Suasana raya di rumah mak @ kampung

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/YHTP3KIfhu8?si=xLaZsoRF3BtIg8kh

Wednesday, 9 April 2025

BUAT DECO RAYA SYOK SENDIRI @ TEMPAT KERJA

 Assalamualaikum..

Hari ini saya MC.Sah seminggu tekak mual dan cerry berry .Asal makan je habis keluar hingga timbangan dah turun 3kg..Padahal saya jenis susah turun berat.Puasa sebulan pun boleh mantain.Tapi seminggu ni penangan cerry  berry boleh turun pulak tu...Harapnya penurunan ini tak naik semula....hihihi

Sedang membelek gallery gambar kat handphone banyak nyer lahai gambar dan video sebelum dan sepanjang raya tapi mud nak berblog  ke laut...Apa lagi nak edit video bagai.Maka terperaplah semua tu entah sampai bila.Video ke Tawau & Semporna hari tu pun entah entah dah terdelete..

Cuma bila terpandang beberapa gambar ni hati terusik...Sesambil baring mengarang kat handphone.

Tahun ni entah kenapa saya agak excited menyambut puasa.Kalau perasan dalam posting saya sebelum puasa ada saya nyatakan saya berniat nak masak macam puasa dulu-dulu.Masak lauk dan kuih muih sendiri untuk berbuka..

Walau tak sepenuhnya niat tu saya tunaikan tapi puasa kali ni terasa sangat seperti puasa yang saya angankan.Allah kurniakan melalui perasaan,ilusi dan bauan yang mirip kepada bau puasa zaman kanak-kanak.Perasaan yang "halus" meresap ke jiwa.Memandang pokok saya ternampak pokokpokok dikampung zaman kanak-kanak..Menghirup udara juga terasa aroma puasa zaman kanak-kanak. Hampir setiap malam selepas tarawikh saya berdiri dijendela menikmati taburan bintang dilangit.Walau dalam cahaya neon bandar tapi kerana teratak tingginya melebihi pohon kelapa maka saya dapat menikmati pandangan langit terbentang dengan lebih privacy.Selama ini hanya pandang langit sepintas lalu sahaja.Namun sepanjang puasa kali ini setiap malam saya merenung bintang dan ternyata  banyaknya bintang berkerdipan masih boleh dilihat dengan mata kasar..Saya sangkakan saya tak mampu nampak bintang kerana nak membaca pun dah kena pakai spect .Apa lagi dalam kecerahan cahaya lampu di KL ini yang tak pernah padam.Namun rupanya bila dalam fikiran  terlintas ingin sangat melihat  keindahan bintang bagai dulu-dulu...Masyaa Allah...Allah maqbulkan & saya dapat lihat keindahan itu hampir setiap malam.Bertelaku dibirai tingkap menongkat dagu menikmati kerdipan bintang sambil dibuai bayu tasik ditengah kesunyian malam sangat mendamaikan dan terasa sangat syahdu bagai kembali ke Ramadhan  zaman kanak-kanak Taktau nak di discribe  macamana tapi saya dapat merasakannya.


Pernah terbaca kajian Datuk Dr Fadzillah Kamsah..katanya orang yang lahir bulan Julai ni antara karektornya ialah suka mengenang kisah-kisah lama...


Ada benarmya dengan diri saya...Orang lain saya tak tau..tapi kalau saya memang sangat suka mengenang kisah-kisah lama..

Dek terkenang dan rindu pada masa lampau yang sudah semakin menjauh...saya berangan nak buat decorasi bagai raya dulu-dulu.Sepanjang minggu terakhir puasa saya berdikit merealisasikan kenangan yang bermain dalam perasaan saya .Semantelah pula,bilik kerja saya agak terasing daripada orang lain,memudahkan saya " buat kerja" sorang-sorang.Cuma masa nak gantung lampu kelip-kelip saya terpaksa minta tolong Aniza untuk bantu.Dah tua-tua ni  kalsium dah makin menipis...😝tak berani saya nak panjat tangga tinggi.Takut jatuh kang tak beraya jawabnya..



Akhirnya....
Allah kurniakan ilham idea gamitan kenangan itu dalam bentuk deco raya yang saya bayangkan..
Walau hanya seadanya,padanlah dengan saya yang bukannya artist.

Syok senduri jer buat kat depan bilik kerja saya.

- Banner tu print dengan kost RM100

- Buluh lemang tu dah lama saya kumpul Bila beli lemang,saya tak belah,tapi ketuk supaya lemangnya keluar.Buluhnya saya simpan

- Nyiru tu saya beli di Kelantan lebih 10 tahun yang lalu.Selain nyiru bulat saya juga beli 10 nyiru segi tiga kecil yang selalu jadi bekas isi kuih basah jika ada majlis makan,-makan.

- Buah kelapa,sabut dan tempurung tu saya bawa dari kampung.

- Kuali dan periuk tu dari rumah.Dapurnya daripada pasu bunga🀭

- Pelita tu memang dah lama beli.

- Beberapa acuan baulu tu pun dah beberapa bulan beli asalnya nak buat kuih cara & baulu tapi sudahnya jadi bahan deco🀭


- Ayam tu hadiah daripada Norimah masa birthday saya beberapa tahun lepas

- Telur ayam plastic tu beli kat eco


- Karpet hijau tu beli 5x3 meter dua keping

- Sarung ketupat tu ada yang saya anyam daripadaa daun kelapa tua ambil dekar parkir tempat kerja.Selebihnya yang bentuk jantung tu ihsan daripada Rose.Rose tahu minat saya,maka di bagi pada saya.

- Ada beberapa barangan tradisional yang lain ynag saya tak letak situ sebaliknya saya simpan jadi tukun dalam almari besi dalam bilik kerja saya.Antara kesayangan saya dalam almari tu...gobek sirih,lastik,pisau motong,pisau mengerat padi,kukur kelapa,penyagat,sia dan beberapa barangan lain yang saya sayang & jarang orang jual,payah nak jumpa .Kalau dikeluarkan bimbang ia 
"berjalan" tak kembali seperti beberapa barangan kesayangan saya yang lain.Pernah dikeluarkan sebelum ni.Ada yang meminjam dan akhirnya tak balik balik lagi.


Saya boleh melangut sorang-sorang di depan decorasi sambil " masuk" ke dalam rumah tu.Walau hakikatnya rumah kami zaman kanak-kanak tidaklah sesempurna itu dan tingkap pun hanya satu serta tiada berdaun.Namun semua itu tidak menghalang bayangan rumah lama kami di ceruk kampung bersebelahan rumah tokwan.

"Ternampaklah" kelambu lama yang tergantung di tengah rumah bersama susunan bantal kekabu di salah satu penjuru. Di situ juga terlipat kemas baju-baju pakaian harian yang sudah usang namun itulah pakaian harian kami.Gulungan tikar mengkuang akan kami bentangkan penuh rumah pada pagi raya.Begitu juga jika ads tetamu bertandang pada hari biasa.Wajib dibentangkan tikar mengkuang buat alas duduk.Jangan sesekali biar tetamu duduk atas lantai tak beralas tikar,memang kena marah dengan mak.Tetamu wajib dimuliakan..Apa lagi di hari raya.

Menuju ke dapur "ternampak" para jarang dari bilah buluh yang disusun sebagai tempat menyusun pinggan mangkuk.

Di bawah para itu pastinya dapur r kaki yang agak tinggi  tempat emak memasak juadah berbuka puasa.Haruman daun pisang daripada tepung bungkus,lepat liat dan lepat inti seakan menusuk deria bau saya.

Tepi dapur tersusun 3 buah tin biskut empat segi yang berisi beras padi baru dan beras pulut yang pastinya awal-awal lagi mak dah ingatkan ayah untuk jemur padi dan mesin beras untuk persiapan bulan puasa dan raya.

Atas tin itulah selalunya saya  akan berdiri melihat emak memasak.Kadangkala ketika nasi sudah mengering dan emak " surai" api, saya dan Achik membakar udang bendang yang dicucuk lidi.
Atas dapaur itu juga kadang menjadi jemuran ikan sepat dan haruan  musim bah( banjir)

Bawah dapur tu ayah ada buat dinding dan pintunya seperti kabinet dapur.Dalam tu lah mak simpan baulu,koi beras,koi kacang,koi siput ,karas dan koi bunga kenerak yang mak buat waktu malam bulan puasa untuk hidangan raya.

Meninjau bawah rumah bertiang bulat beralantai jarang masih ada periuk besar bekas mak merebus ketupat dari tengah malam membawa ke pagi ditemani pelita minyak gas( minyak tanah).Kadang mak pacak kayu dan susun tempurung banyak-banyak sepanjang puasa.Malam raya baru mak bakar susunan tempurung kelapa tu bermula dari atas.Api akan menyala dari atas dan semakin turun ke bawah hinggalah habis tempurung tu.Itulah pelita raya kami.Takda deretan pelita minyak keliling rumah kerana minyak tanah hanya untuk hidupkan pelita dalam rumah menerangi malam kami hinggalah saya tingkatan 5 baru merasa cahaya lampu elektrik.

Beberapa hari sebelum raya mak akan suruh tarah rumput di halaman rumah dan kemaskan pokok bunga buang rumput supaya pokok bunga cantik menjelang raya.


Ok..tetiba Cella whatsApp dia otw balik dari UPM...terus terkeluar ke dunia nyata kembali ke 2025...


Antara rakan2 yang tertarik dengan deco saya & nak bergambar..



Banyak gambar dalam gallery...
Tapi hanya dua ni sempat upload...
Ok dah azan maghrib...post jelah yg ni..Nanti bebila kalau rajin korek lagi gallery..


Nak tengok deco ni dalam bentuk video yabg lebih jelas boleh layarai kat youtub saya:
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Monday, 7 April 2025

MENU RAYA AIDIL FITRI 2025

 Assalamualaikum..





Menu pagi raya tahun ini..
@ Kampung..



Ketupat Pulut Hitam by mak



Rendang Pedas Ayam Tua...by Achik



Lodeh....by saya



Laksa...by Achik




Asam Pedas Tulang ..by Achik



Gulai Kerbau Pahang...by Achik



Ayam Masak Merah...by saya




Gulai Kerisik Daging....by mak




Kuah Kacang...by saya



Rendang Merah Ayam..by Achik




Nasi Impit...by saya

Condiment Laksa Achik



Biskut Raya....Achik beli





Biskut Raya dari KL...saya


Minuman Teh Hijau Thailand by Achik laku keras asyik berulang bancuh..sampai tak sempat ambil gambar🀣 & Air Granedine dari Tawau


Alhamdulillah...seusai solat sunat Aidilfitri   tetamu bertali arus .Kata Cella dia tak sempat nak snap pic makanan elok elok .sappp sekali lalu jer..jangan tak ada...hihihi

Tak apalah...yang penting tetamu menikmati juadah yang disediakan dengan sepuasnya