Wednesday, 24 December 2025

PULUT NANGKA

Pernah makan Pulut Nangka?

PastPasti lah ada yang pernah kan ..Kalau pun tak pernah makan mungkin pernah tengok terutama yang biasa ke Thailand..


Weekend semalam sempat juga buat Pulut Nangka ni..
Bukan lah rajin sangat pun tapi sebab terlanjur pagi tu ada masak pulut lemak..
Pulut lemak mean pulut kukus yang digaul santan + sikit garam.Macam pulut kuning la rapi versi putih tak letak kunyit..Ok lebih tepat macam pulit untuk pulut inti tu..
Asalnya saya buat pulut lemak nak makan dengan sambal tapi alhirnya saya makan sama telur dadar.Ada cerita yang sudah saya karang tentang pulut lemak telur dadar tu tapi saya belum post kerana berbelah bagi nak post ke tidak.Ini kerana ada cerita berkaitan kepercayaan tahyul yang ingin saya kongsikan..tapi takut tersinggung perasaan orang lain..maka saya biar dalam draf dulu walaupun dah siap dikarang..



 
Kebetulan masa keluar belanja barang dapur ada saya beli 1 pack nangka kerana nampak segar baru dikupas.Sedang elok masak dan saya agak ni nangka kampung Kalau nangka madu warna lebih oren dan lebih juicy..

Pulut dalam family saya memang tak dapat dipisahkan Kalau tengok old post pun banyak jer menu pulut kan...Dari pulut ikan masin,pulut kelapa,pulut kuning,pulit inti,pulut sambal,ketupat pulut,pulut pisang dan juga pulut cempedak.Pult nangka ni lebih kurang juga pulut cempedak seperti yang pernah saya buat 






8 comments:

  1. Pertama kali ni tengok pulut nangka.
    Orang belah-belah utara memang tak dapat dipisahkan dengan pulut.
    Kalau cerita pasal pulut telur dadar tu mungkin boleh letak disclaimer dulu.
    Sebenarnya... nak tau juga sebab tak pernah lagi makan pulut telur dadar tu.

    ReplyDelete
  2. Dana ingatkan pulut nangka ni makan dengan santan mcm pulut durian tu kak... sedapnya bila dah balut gitu dengan nangka tu. Teruk jugak typo akak ek, ingatkan dana je jenis kaki typo hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah…gelihati baca komen jujur Dana pasal typo.

      Delete
  3. Pernah nampak dessert Thailand macam ni, nangka diisi pulut. Hurmmm.. mesti sedap ni makan petang², minum pulak teh o panas. Kalau buat sarapan, minum dengan kopi o panas, nyaman.

    ReplyDelete
  4. Oh, lupa. Nanti share la pasal pulut ngan telur dadar tu tau, MC. Jangan tidak².

    ReplyDelete
  5. pulut mangga jela pernah makan. pulut nangka tak pernah jumpa lagi. kalau makan ni elok berangin 1 badan. hihihhi

    ReplyDelete
  6. Bagi petua makan pulut tapi tak berangin badan.. stok pulut di rumah banyak lagi.. :)

    ReplyDelete
  7. Tak pernah jumpa/makan gini.
    Orang utara memang tak dapat dipisahkan dengan pulut kan. Macam-macam menu berasaskan pulut.

    ReplyDelete