Saturday, 18 October 2025

LAUK IKAN REBUS GORENG BERSAMA CILI HIJAU KEBUNAN

 

Dua hari lepas iaitu hari Khamisd geng kebun open order jualan cili  hijau..



Cili hijau fresh hasil kebunan  ditempat kerja..




Cili campur-campur bnyak ni hanya RM3..
Dah la fresh..organik...takda racun bagai.....
Antara nikmat yang Allah kurniakan ditempat baru..dapat selalu makan sayur dan ulam fresh.Alhamdulillah...


Balik kerja singgah beli ikan selayang ...sampai rumah terus siang dan buat ikan rebus letak asam keping banyak-banyak..Berpuluh kali dah belajar nak  buat ikan rebus cara pantai timur..ada saja kekurangan kerana saya masih terikit cara buat ikan lengat..

Beberapa minggu lepas Marita ajar ..rupanya kena lebihkan asam keping dan rebus bagi lama..kena guna ikan selayang saiz kecil .
Dah 3x buat Alhamdulillah...sedap sangat


Kebetulan saya puasa sunat Khamis...
Rasa tak.menyabar nak tunggu azan maghrib.Nasib baik sekarang maghrib awal...7.01 malam
Goreng 3 ekor ikan rebus + cili putih Sabah yang saya  beli campur-campur  tu....memang licin saya makan sorang- sorang sambil tengok jugak la Akasia :Takdir Cinta Terlarang  tu..Lagi geram dengan watak Sarah tu..lagi laju saya menyuap🤣


Masak juga berlado beberapa biji terung ungu yang masih berbaki


Ulamnya terung siam,timun mini dan baki 2 papan kacang botor yang masih bersisa dalam peti ais.


Kembali kepada beras perang bila angka timbang dah menaik sejak dua menjak ni🤭..
Tapi masalahnya...kat tekak saya ni beras perang lagi sedap..🤣



Betik pun sedap...
Semua makanan yang masuk ke mulut saya..saya rasa sedap sangat🤭..
Sukar untuk menolak.




Ops..lupa pulak nak cuba cili hantu ni...Nak juga rasa kepedasannya...tapi masa makan tu lupa nak cicip...Jadi belum tahu apa rasa cili hantu ni...
Ke ...nak kena makan nasi sekali lagi??
🤭

15 comments:

  1. Ibu kalau ikan rebus goreng tu mkn dgn nasi panas perghhhhhh ckup tak payah lauk lain lg dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ...kalau saya selalunya + sikit minyak gorenga. tu & patahkan cili hijjau...uiii..nalla

      Delete
  2. Try jer makan tambah sekali lagi hahaha.. alhamdulillah sihat sihat semuanya yg dimakan..ikan rebus goreng tu sedapnya la hai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...dah berkali kali dah try tambah .masih tak serik🤣

      Delete
  3. Pelbagai spesis cili ada tu. Tahap kepedasan berbeza mengikut jenis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...cili pun ada tahap kepedasan berbeza

      Delete
  4. Cili hantu hat bulat tu ka MC? Tak besar jumpa.
    Makan nasi lauk ikan goreng & ulam la paling nikmat kan 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya la...
      Tapi saya dah cuba tak da lah hantu sangat🤣Agaknya silap bagi nama

      Delete
  5. Sedap plak ikan rebus goreng tu...makan ngan budu..dapnyaaaa.....cili hantu tu kan kak..masak nasi goreng cukup guna dia sebiji je...usah ngada2 nak tambah 2 biji...sebiji tu dah cukup..itupun pijor mulut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah cuba cili ni tapi macam tak sepedas jangkaan saya..Tak pasti ini bukan cili hantu atau cili ni masih muda sebab tu tk terlalu pedas

      Delete
  6. Tak pernah jumpa cili hantu, memang gitu ya namanya? 😄
    Ikan rebus goreng, pernah makan tapi tak pernah tahu cara buatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya la tu cili hantu...nama betul tak tau🤭
      Tapi macam salah je sebab tak hantu sangat pedasnya...Kami yang salah bagi nama agaknya🤭

      Delete
  7. Kecur ailio kita tau. Aaa.. kat Johor maghrib 6.56 minggu lepas. Best buka puasa awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...awal tu SK....mana yang nak piasa sunat @ puasa ganti elok sangat waktu sekarang

      Delete
  8. Di LD maghrib 5.54. Cepat waktu berbuka puasa. Rajin Mama Cella buat ikan rebus. Memang sedap sangat tu kalau digoreng.

    ReplyDelete