Tuesday, 11 February 2025

BERBAGI PULUT KUNING

Semalam.....merajinkan diri masak pulut kuning


Ahad  malam tu sebelum tidur dah masak rendang sesiap.Daging dah beli kat pasar hari Sabtu.Minta penjual daging hiris siap-siap.Juga rendam pulut sesiap..

Saya masak ni untuk 45 pack.Kelas Cella ada 38 orang termasuk beberapa orang foreigner dari Indonesia,Arab,China & India.So,40 pack tu rendang daging & lagi 5 pack  ayam untuk yang tak  makan daging.

Untuk 45 pack ni saya masak 3kg pulut ,3kg daging & 1 ekor ayam.Ayam tu saya goreng dulu baru buat rendangnya.Bahan blend tu  sama macam rendang daging juga.

Eh,sesambil tu rebus juga 10 biji nasi impit habuan anak jantan tu bawa bekal.



Isnin,bangun pagj terus kukus pulut sambil panaskan rendang.Sap sup sap dekat 3 jam juga nak siapkan pulut + packing..Siap pack basuh bekas..tak sempat dah nak kemas,terus bergegas mengejar masa hantar ke UPM.Sempat jugak la singgah belinair mineral botol kecik-kecik tu 2 carton.


Dalam kalut tu,tak sempat nak makan pulut kuning tu terus hantar kat Cella.Tinggalkan cukup cukup  sepinggan sahaja untuk anak jantan tu makan sebelum gi kerja.


Kalau nak ratio yang sesuai patutnya 1:1:10

1kg Pulut : 1kg daging :10 orang

Tapi saya hanya masak 3kg pulut & 3 kg daging.Pastu buat la macamanapun bagi cukup juga 45 bekas tu...hihihi


Snap pic Cella dari side mirror jer🤭
Rupanya Cella tengah kalut final presentation.Minggu lepas final exam.

Lepas hantar pulut,saya terus ke tempat kerja.Ralit dok buat kerja,sedar-sedar parkir dah kosong,semua orang dah balik.Rupanya dah dekat pukul 6 petang..Langit gelap nak hujan..Patut la rasa sunyi & seram semacammm🤭

 

Sampai rumah,tak sempat buka tudung terus selongkar dapur...lapar..( lapar sokmo..entah bila kenyangnya)🤣🤣


Pulut memang dah habis. sebab masak hanya 3kg ..tak sempat merasa entah sedap entahkan tidak.

Rendang ni dah sisihkan sikit dalam kuali..Tengah makan,Adah call tanya nak masak ayam kunyit macamana...

Baru nak suap,Cella pula wasap sampaikan ucapan terima kasih dari kawan-kawan..

Kebetulan pagi tadi  mereka semua belum sarapan kerana mengejar masa kena awal untuk final presentation bersama panel dari China.

Kata Cella,bila beg pulut kuning & air mineral dibawa masuk,semua  capai sorang sebekas & terus makan kecuali yang tengah present... Rupanya masing-masing kelaparan berjaga sepanjang malam menyiapkan tugasan hingga ke pagi..Kata Cella ada yang pi kelas tak mandi pun ada...Ish..tak senonoh la bebudak ni🤭


 Sudahnya ada beberapa orang yang tak makan daging lembu tak dapat ayam.

Menurut Cella,dia sempat minta maaf kepada rakan-rakan yang tak dapat ayam kerana ada yang tak perasan pack bertanda "A" dan depa yang terambil "A" tu pulak  tengah makan.Takkan nak suruh tukar🤣

Tapi boleh pula beberapa orang tu tetap juga nak pulut kuning tu.Kata depa.."yang kami tak makan tu daging...pulut kami makan..nanti boleh beli ayam di cafe"...Nasib baik depa boleh macam tu🤭


Yang terharunya pula kata Cella  ada sorang kawannya menadah tangan syukur sebab tengah craving pulut kuning.Tengah craving tu Allah hantarkan pulut kuning melalui kami..Masyaa Allah..!


Saya faham perasaan tu,kerana saya juga sedang craving pulut kuning ni🤣🤣🤣

Oleh  kerana tak dapat makan semalam punya pulut kuning..hari ni saya buat lagi ½kg pulut kuning untuk makan sendiri tapi tak rajin dah la nak masak rendang..So berlaukkan sambal je lah...pun jadi...🤭


Video pendek Berbagi Pulut Kuning ni ada saya muatkan  di youtube chanel saya 

👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/7EzPfY-O5tI?si=ZKnjGvltVckZ2NY0

Boleh juga scan untuk melihat video-video lain dia Channel Seroja Putih..

25 comments:

  1. Saya bisa bayangkan teman2 cella sukaaaa sangat pastinya 😍😍😍👍. Saya yg melihat fotonya saja pun, langsung nak craving juga kak. Cam manalah ni cari pulut kuning rendang 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillh depa suka sebab bagi time depa tengah kelaparan🤭

      Delete
  2. Alhamdulillah, mesti sedap tu pulut kuning Mak Ngah. Tengok rendang dia pun sedap kemahen tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah sedap...kalau makan time lapar🤣

      Delete
  3. pulut kuning sempena apa ni kak?kalau tau masak rendang mau jgk hulur piring...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda sempan yang khusus pun Afzan..🤭plan asal sekadar nak sedekah roti krim dengan air mineral saja tapi ada sedikit kerajinan...maka masak la pulut kuning ni

      Delete
  4. Sedap nya pulut dan rendang.

    ReplyDelete
  5. Ni yg malas mai sini ni, dan² jadi lapaq 😆

    ReplyDelete
  6. Biasanya masak pulut kuning ada meraikan sesuatu. Apa agaknya tu ya?

    Seronok jadi kawan-kawan Cella, mamaCella rajin masak berbagi rezeki. Terharu cerita pasal yang tadah tangan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya begitu la ..Tapi kali ni saya masak pulut kuning takda niat khusus..tapi terniat juga masa nak masak tu🤭..Masak sebab kot kot sebelum ni ada niat nak sedekah pulut kuning tapi kot ada yg belum tertunai..

      Delete
  7. Replies
    1. in shaa Allah sedap..lagi lagi untuk pulut lover🤭

      Delete
  8. wahhhhh pulut kuning + rendang! ada meraikan apa-apa ke tu? hehehe

    ReplyDelete
  9. Oh sedapnya kak oi, lama tak masak pulut kuning. Teringin lak pulut dan rendang akak tu

    ReplyDelete
  10. Allah... pagi tadi jalan ke pasar tani nak beli pulut kuning dengan rendang, tak jumpalah pulak. Jamu mata di sini sajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang time kita cari tu lah payah nak jumpa kan...In shaa Allah ada rezekinya tu nanti

      Delete
  11. in shaa Allah...TQ atas jemputan tuan permaisuri 👑

    ReplyDelete
  12. sedih pulak baca tang budak yg tadah tangan syukur dapat makan pulut kuning.

    ReplyDelete
  13. sedapnya pulut kuning...
    seronok bila dpt happy kan kengkawan kan.alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MA..Kalau pemberian kita dapat mengembirakan orang rasa happy

      Delete