Masak Gulai Ikan Puyu & Ikan Keli hasil mengai( memancing)
Haruan dan keli mak yang pancing Saya mancing asyik dapat puyu ja🤭
Tapi saya tak ikut la mak..Mak ada port dia...Sungai,tali air & tasik..Saya mancing dekat dekat ja..
Bukan jauh pun...depan taman perumahan saya ja..Ada parit & galak ikannnya...Tapi saya asyik dapat puyu ja
Achik pulak kalau mancing memnag akan dapat haruan.Achik pandai menjinakkan haruan dengan teknik casting...hihihi...
Ala yang jenis lalukan umpan atas permukaan air tu...ikan haruan pantang kalau nampak umpan hidup bergerak kat permukaan air.Tapi saya tak pandai mancing cara tersebut.
Achik pun time saya balik ja dia ikut memancing suka suka sambil kami bergosip.
Sekarang tengah musim panas/kemarau serta angin timur.Cuaca panas hingga ada harinya mencecah 37°C..Kebanyakan orang berkurung sahaja dalam rumah kerana di luar cucaca membahang.Pukul 5.30 petang panas masih menyucuk kulit.Menjelang 6 petang baru pakat keluar.Kanak kanak berkumpul di taman & yang kat kampung berkumpul tepi bendang main wau.Kami pun pukul 6.30 petang baru berani berjemur nak mancing
Cella give up..Dia mancing ikan takmau makan umpan..Dia tunggu dalam kereta layan lagu..snap gambar pun dari side mirror ja...hihihi
Baru memancing sekejap ja,senja dah mula melabuhkan tirainya..Baru nak syok mancing sebab dah teduh tapi dah senja..
Ikan pun time ni la baru galak nak makan sebab air pun baru mula sejuk..
Keindahan senja...Tapi time senja ni banyak syaiton berkeliaran...Dah,jom balik..
Ikan tu cukup ja dah kalau nak menggulai
Masak gulai cara mak saya,lepas rempah dah pecah minyak,masukkan asam,garam dan terus masukkan ikan.Gaul.ikan dengan rempahan hingga ikan ½ masak baru masukkan kuah.Kata mak saya cara ini ikannya lebih sedap kerana mesra dengan rempahan.Tapi kalau berniaga biasanya ikan dimasukkan kemudian iaitu selepas kuah mendidih agar ikan kekal bentuknya.Terpulang pada citarasa dan kesukaan masing masing.
Rindu nak makan gulai guna rempah giling sendiri.Masa ni lupa kata ada batu giling yang mak bawa dari kampung dulu.Kalau ingat,harua saya menggiling.Rasanya saya masih ingat bahan rempah dan cara gilingnya.
Bahan yang saya masih ingat:
- cabai kering dalam 10 biji
- Kunyit seketul besar ibu jari
- Rempah ketumbar dalam 1 sudu besar
- Jintan manis dalam ½ sudu besar
- Jintan putih kurang sikit dari jintan manis
- Bawang merah dalam 5 ulas
- Bawang putih dalam 3 ulas
- Semua bahan tu kena rendam air panas kecuali kunyit dan bawang.
- Nak giling akan dimulakan dengan giling kunyit.Dah lumat kunyit baru tambah cili dan rempahan lain.
- Kena giling yang lain dah lumat baru tambah bawang bawangan dita.bah akhir sekali.Kalau masukkan bawang awal sangat jenuh berjurai air mata dek bawangan tu.Haaa ada tips & teknik juga nak menggiling.
- Air basuhan bekas gilingan tu wajib ambil.
Ish..sambil menulis ni sambil saya membayangkan step by step tersebut yang pernah saya lakukan lebih 25 tahun yang lalu.Pernah juga beberapa kali saya homemade rempah gulai ni menggunakan blender.Harum kerana remoah basah segar namun kehalusan nya tidak dapat menandingi batu giling.Nanti bebila balik lagi saya nak asah semula skil menggiling tu.
Nasib baik kat rumah kami @ Pendang tiada masalah air.Boleh la masak sesiap..bawa pinggan & gelas pakai buang untuk makan kat kampung
Selain Gulai Ikan Puyu,saya juga masak Sambal Ikan Tongkol,gorwng ikan pekasam & ulam rebus.Ulam tu saya rebus pucuk mengkudu,petai dan betik muda.Eh,ada juga lepat pisang...
Alhamdulillah,dapat la feel makan kat kampung walaupun seadanya.Rasanya dah lebih 10 tahun kot tak tidur kat kampung.Sejak rumah kat Pendang siap,kami memamg tak tidur kampung.Sebelum tu pun rasanya 7,8 tahun juga kalau balik,kami akan tidur rumah Achik.Siang hari balik kampung,malam balik tidur rumah Achik.
Balik makan 2x kat kampung,Achik tak ikut kerana mereka ada Family Day 3h2m bersama keluarga Pakcik @ Banting .Kiranya saya balik Kedah,Achik datang Banting..
Tapi lepas tu sempat juga la Achik balik sebelum kami balik KL...
Sempat juga kami jenjalan ke Perlis sebelum balik KL...
Terliur pandang gambar gulai tu:)
ReplyDeleteOrang utara dengan gulai tak dapat dipisahkan
DeleteAduhai Cella, macam sy la.. tak de deria ke 6 bab memancing. Umpan habis, ikan lari 🤣.
ReplyDeleteDalam adik-beradik sy, Angah jer yg pandai menggiling. Sy mmg tak pandai, tangan sy halus dan lemah, hahahah. Dan sy juga tak pernah makan puyu dan haruan. Tapi sy boleh bayang la cuaca panas kat Kedah kalau dah smpi 37° tu.. huhu.
Umpan habis ikan lari memang buat cepat give up..tapi time ikan tarik umpan tu paling feel..
DeleteTangan halus biasanya berseni bab menghias rumah.Saya bab hias menghias memang fail.Sapu sampah pun tak bersih.hihi
Tak sangka ada nama teknik casting... wow
ReplyDeleteHihihihi...entah betul entah tidak saya tulis nama teknik tu...🤣
DeleteOhhh baru tahu kalau mancing puyu waktu lepas tuai padi.. dan bukan waktu panas.. seronok mancing mcm ni teringat dulu masa kecik di Perlis . Bendag belakang kg je.. skrg dah naik kawasan perumahan..
ReplyDeleteAmmi pun tak ingat pernah makan ikan puyu ke tidak.
ReplyDeleteSambil membaca step menggiling tu terbayang kat mata mendiang nenek giling rempah kalau nak masak. Cara dia angkat sikit batu giling tu kalau nak pecahkan halia, kunyit hidup tu..cara jari dia kaut rempah dari batu.
nenek suka buat sambal india (yg guna daun kari dan kelapa tu) guna batu giling...sedapnya