Saturday 3 June 2023

MAKAN DURIAN KAMPUNG KAT KEDAH + DURIAN KAMPUNG JOHOR KAT KL

Makan Durian Kampung Kedah + Durian Kampung Johor kat KL

Hihihi...baca tajuk dia berbelit-belit.Tapi cerita dia tak berbelit pun..Cerita simple ja..


Caritanya weekend minggu lepas balik Kedah.

Pakcik beli durian kampung.Masa balik Raya Puasa bulan Syawal,mak beli DURIAN SIAM.
(RM16/kg)
ni balik bulan Zulkaedah,Pakcik pula beli durian kampung.


Dapat la makan durian kampung kat Kedah.Pakcik belanja 

Durian Sik...@ Kampung Sungai Pau katanya Pakcik beli FB Group Pendang.Depa COD.
Kat Pendang,kalau COD selalunya Petronas Pendang la jadi port untuk deliver & receiver menunggu..hihihi
( harga : RM10/kg)
Rezeki Pakcik dan rezeki kami agaknya,owner dia jual murah.Kat tepi jalan,buah baru macam ni depa jual RM15/kg.


4 biji durian kampung baru luruh malam tu,pagi depa dah buat delivery.Kat Kedah biasanya kawasan yang banyak tanam durian belah Sik,Baling & Gurun.Tu yang saya tau la,yang saya tak tau mungkin ada lagi tempat lain.Kalau belah Pendang ni yang terkenal duriannya belah Jeneri dan Titi Akar.Tapi,setiap musim memang Pakcik akan beli durian langkah daerah.Pakcik akan beli durian dari Sik.Sebabnya mak & Achik memang tak makan kalau depa tau durian tu dari dusun siamese.Mak kata dia takut durian tu dah disentuh  ba alif ba ya...hihihi.
Tapi mak suka ja jamu mata  bila Pakcik & Achik bawa ronda-ronda sepanjang perkampungan siam belah Kubur Panjang sana nun.Kalau musim durian luruh,memang macam pesta depa berjual beli sepanjang jalan.Buah pun elok-elok.Tapi tu la..hanya jamu mata sebab kalau beli pun,mak & Achik memang tak makan.Sebab tu Pakcik kalau nak beli memang beli dari pemilik dusun @ Sik.


Ni pula durian Kampung dari Johor katanya.
Anak jantan nan sorang tu beli masa balik kerja semalam.
Sebumbon durian dibawa balik.
Durian dah mampu beli dan mampu makan sekarang ni.

Katanya penjual cakap kat Johor dan Pahang durian banjir....sebab tu boleh jual murah!

Anak jantan tu tanya saya,kat Johor masih banjirkah?
 

Saya berfikir sejenak...kemudian baru dapat tangkap durian banjir.
Dah sah la dia ingat durian tu gugur dalam air banjir🤣🤣
Tu la,budak-budak sekarang,depa kurang terdedah dengan bahasa kiasan,peribahasa dan sewaktu dengannya.

Saya cakap...bukan durian tu kena banjir..Tapi mungkin peniaga tu maksudkan ialah "Kebanjiran Durian" iaitu lambakan durian.
Tak faham jugak?
Ok..maksudnya durian tengah banyak,tengah melimpah,bekalan tengah banyak....tu namanya "banjir"..
Yang depa makan roti canai "kuah banjir" tu depa faham pula maksudnya kuah banyak.Mungkin sebab kuah dengan air banjir tu taknjauh beza!🤭
Agaknya la ..hihihihi
Sebab saya ada baca news katanya tahun ni durian Pahang dan durian Johor gugur serentak...
Eh,kat Kedah pun sama kan!
Perak?
Alhamdulillah,mungkin Allah nak bg rezeki kita yang takda dusun ni dapat makan durian puas-puas.Beberapa tahun dah hanya dapat ghaso- ghaso ja sebab harga kayangan kan..hihihi


Hasil belian anak jantan tu.Bukan sebekas tapi sampai 3 bekas dia bawa balik.
RM10/kg.Dia beli 5 biji =7kg(RM70)
Minta penjual tu buka sesiap dan isi dalam bekas tu.Penjual ada sediakan bekas kat situ
Bekas tu juga dijual RM3/pc.
So,jumlah semua durian termasuk bekas =RM79.

Ada yang dah jual sebakul RM50 dan ada yang jual 1 plastik RM30...tapi dia tak berani beli takut tak elok.Dia beli yang timbang

Kata anak jantan tu,penjual cakap durian akan berterusan 3 bulan hingga September.Lepas ni durian Perak pula.


Katanya dia beli agak banyak sebab tahu Cella suka durian.Saja dia snap pic & up kat Cella kasi terliur.Saya ajak pi hantar kat Cella sebekas.Tapi anak jantan tu kata tak payah hantar..Nanti esok(Sabtu) dia pi amik adik dia bawa balik makan kat rumah baru puas.Takkan nak bawa makan kat kolej,nanti orang lain makan bau..kesian la..
Makanya 1 bekas saya masuk dalam peti ais dan sebekas lagi letak kat bahagian  freezer.


Sebekas ni saya ngan anak jantan tu pulun makan.
Sesuatu yang AJAIB!
Selama ni setahu saya anak jantan ni tak makan durian mentah!
Kalau buat kuah durian baru dia makan.
Tapi kali ni bersungguh betul dia makan..rasanya dekat 10 ulas dia balun..
Apa dah jadi????
Umur dah lebih suku abad baru dia tau betapa sedapnya durian mentah.selama ni dia dok makan durian masak kuah..taknak langsung mencuba durian segar...
Sekali...haaa baru tau..
Alhamdulillah,lega saya dah tak payah masak kuah durian...hihihihi

Eh,dia siap cakap nak tunggu gaji bulan ni..nak beli Musang King pula barang sebiji dua,teringin nak rasa MK pula katanya...
Kalau durian kampung pun dah sedap..mesti MK lagi sedap ni..
Haaaa...baru hang tau!!
Hakikatnya....
Kita manusia,bersifat baharu.Sering berubah mengikut waktu..!

Sekali tengok kat status wasap Pakcik...
Haaaa....Pakcik beli durian lagi....banyak pulak tu..
Dari minggu lepas,dengar Pakcik cakap nak order durian lagi lepas ni untuk stok tempoyak pula.Buat tempoyak kena durian elok baru puas makan katanya.

Achik pula up..
Patin Tempoyak live dari dapur!
Durian minggu lepas dah jadi patin tempoyak.
Request Pakcik.
Orang Pahang dengan patin tempoyak berpisah tiada!!
 🤭🤭🤭


Mak pula call cakap baru sudah makan durian dengan pulut kat rumah Achik.Puas makan sebab sendiri dapat cekah durian.Peel mak,kalau makan durian dia nak buka sendiri baru puas makan!
Macam-macam la pasal durian....hihihi


13 comments:

  1. Haha.. lucu pulak baca cerita anak bujang akak tu.. rupanya br pandai mkn buah durian yg fresh.. br dia tau eh durian fresh tu sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal...
      Lepas ni harapnya dia akan pandai makan ikan pula🤭

      Delete
  2. betul kak banjir durian skrg ni..hari2 nampak orang beratur tunggu durian turun dari lori,harga memang dah terlajak murah MK di kuantan boleh dapat RM15 sekilo,durian kawin RM3.90 sekilo,harga dah mesra poket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak juga kat sepanjang jalan Gambang -Kuantan hari tu memang lagi murah dai KL la..
      Nak beli mengenangkan karang bau penuh kereta mau semua pening pula.Dah la hari tu cuaca panas melampau kat Pahang kan

      Delete
  3. Rezeki masing² hikhik...bukan apa, sy ni tak jumpa² lagi tang mana hat jual durian murah² ni huhu... Belum sampai Sri Gombak kot 😂
    Tengok status adik beradik di kg, kemain depa dok balun derian :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah juga rasa sedih bila ada masa orang bercerita durian murah tapi saya blm jumpa.Rasa nak nangis sebab saya ni peminat durian..hihihi

      In shaa Allah akan sampai Gombak tu..
      Dekat dengan Pahang..
      Semoga Allah sampaikan rezeki durian terbaik untuk PH..🤲

      Delete
  4. Dah sampai musim durian..yeaayy.. peminat durian hadirrr

    ReplyDelete
  5. Johor panas abang, mana datang banjirnya.. haaa.. sebab tu durian banyakkk.

    ReplyDelete
  6. Bestnya banyak durian.
    Di Sabah, durian belum runtuh!

    ReplyDelete
  7. wah..dapnya.. MA pun dpt makan durian weekend lepas, adik beli kat kg dia..RM 3 sekil..IOI katanya. dpt murah sbb tokey dusun tu diaorang kenal...alhamdulillah sedap. kebetulan Iris memang tgh minta2... nak beli tapi Ian plak x suka bau & memang x makan. so dok tunggu la weekend nanti, sekali rezeki dia la... dpt yg sedap plak..
    oo..boleh ek, dah besar baru nak makan..emmm..maybe Ian mcm tu jugak kotttt?
    "kebanjiran durian"..ha ha..ni lawak.adoi la..

    ReplyDelete