Salam Ramdhan ke 8..
Jom tengok apa ada atas meja makan kami untuk iftar 7 Ramdhan semalam.
AYAM GORENG KUNYIT ALA WARUNG SIMPLE
1 mangkuk isi ayam - potong kecik
1 cawan tepung pedas/tepung bestari
1 batang carrot - sagat memanjang
1 bawang holland - hiris
1 cili merah hiris
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
10 kacang buncis
minyak
1. Isi ayam digaul tepung pedas & digoreng garing. Toskan
2. Tinggalkan 4 sudu minyak dalam kuali & tumis cili hiris & masukkan serbuk kunyit
3. Masukkan bawang holland,garam, gula & isi ayam goreng. Gaul rata
4. Masukkan carrot sagat, kacang panjang /daun bawang & sesuaikan rasa
5. Siap...
Nampak macam buat dengan kulit popia tapi sedap sangat intinya.
Untuk minuman,sebab dah pesan kat depa tak payah beli air,saya dah beli Jus Campuran Pear & Buah Beri..Sedap sebab tak manis sangat..Sesuai la dengan info kat luar kotak tu
Marilah saya temankan Mama Cella makan laksa.
ReplyDeleteTengok samosa tu, teringat pulak semalam Firdaus nak makan... eh, ada baki keema daging, boleh kot buat inti samosa.
dah tak buat air 'hey wassup gaisss' ke kak?
ReplyDeleteAyam Kunyit Best oooo
ReplyDeleteMeriah juadah di meja orang KL tuuu.
ReplyDeleteamboi...meriah sungguh juadah ha..
ReplyDelete