Sunday 15 May 2022

ADAH BELANJA DINNER @ EXPERIMENT KITCHEN

 Adah janji nak belanja makan sempena birthday abangnya.12 Mei tu birthday abangnya,tapi sebab semua kerja dan abangnya pun malam baru balik.Jadi,13 Mei malam baru berkesempatan.

Adah suruh abangnya deside nak makan kat mana.Akhirnya EXPERIMENT KITCHEN @ Balakong menjadi destinasi kami.
Hanya bertiga,tapi Cella sempat video call masa kami otw nak ke EC tu.Dia bagtau dia dah kirimkan hadiah untuk birthday abang kesayangannya itu..

Panjang juga berbaris nak dapatkan tempat duduk dalam EK tu.Mungkin sebab kami datang lepas maghrib sebab saya puasa 6 siangnya.Selapas dapat tempat duduk,ami diberitahu staff  EK bahawa masa menunggu  makanan anggaran 45 minit hingga 1 jam.

Alhamdulillah tak sampai 20 minit menunggu,minuman dah sampai.Saya pilih water melon juice dan Adah lemon juice.Birthday boy pilih 2 botol air mineral🤭 sebab taknak minum manis.



Saya order mac & cheese with beef peperoni



Adah pesan mac & cheese with ayam korea( tak ingat apa nama ayam tu)🤭

Birthday boy punya order..

XXL Fried Squid

Kusssss semangat!!

Setahu saya dia tak makan seafood🤭Apa sudah jadi?


Tak cukup dengan squid..dia tambah curly fries ni..

Betul-betul dia paw adik dia ni..!!
Mentang-mentang la adik dia nak belanja..
Dia kata bila lagi nak paw..selalu asyik dia belanja,jadi driver bagai..ni la peluang...
Hihihi


ni la hasil belanja Adah untuk meraikan birthday abangnya nan sorang ni.

Merajuk Cella kalau dia nampak ni...hihihi

No comments:

Post a Comment