Friday 29 April 2022

LAKSA SARDIN vs NASI GORENG AYAM-IFTAR RAMDHAN 26

 Salam Ramadhan 27

Semalam beriftar sorang-sorang.Maka masak yang tekak nak makan.Ulang masak laksa sardin lagi.

Telur pun takdan rebus.Ulaman sahaja penuh pinggan

Bila tuang kuah..habis tenggelam ulam..hanya nampak kuah pekat melekat 


Dah dikacaukan baru nampak laksanya...hihihi


Puas anak tekak dapat makan laksa kuah pekat macam ni
Seperti biasa,pilihan saya laksa lemak Kedah:

LAKSA KUAH LEMAK SARDIN

1 bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)

1 tin sardin macerel(tin sederhana)

1 paket kecil rwmpah kari ikan

1/2 kotak santan kara

4 cawan air

3  asam keping

1 bunga kantan/1 pokok daun kesum

1 sudu teh garam

½ bawang besar -blend

3 sudu minyak

Bahan Ulam

2biji telur rebus

1/4 batang timun - hiris

1/4 bawang besar - hiris

1 pokok daun selom - hiris

1 limau nipis

Cili padi potong - jika nak pedas

**Rebus laksa & basuh bersiah ,& toskan.

Buat Kuah:

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.

2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering

3. Masukan sardin macerel yang dilenyek bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.

4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & sesuaikan rasa.
5. Biar mendidih sekali lagi beberapa minit .Hidang bersama laksa dan ulamannya


Masak juga nasi goreng ayam..

Akhirnya nasi gpreng jadi juadah sahur


2 comments:

  1. Laksa lemak Kedah tu sekali pandang macam Laksa Johor.

    ReplyDelete
  2. Rasanya PH belum pernah cuba masak laksa lemak macam ni. Mungkin raya nanti boleh try jika ada yg nak bertandang.

    Nasi goreng waktu sahur laku keras kalau di rumah ni :)

    ReplyDelete