Friday 18 March 2022

SARDIN MASAK DENGAN TELUR vs NASI GORENG SARIN

Lama juga tak masak lauk kegemaran rakyat Malaysia ni🤭


Sardin..Tapi hari ni saya masak versi yang depa kata viral iaitu sardin dimasak bersama telur.

Sebenarnya bangun pagi tadi dah takda idea nak masak apa untuk dua beradik tu.

Anak jantan tu  hari ni masuk kerja tengahari.Adah pulak WFH..Mestilah nak kena ada nasi untuk lunch. So,masak sardin saja la kalau depa nak makan nasi.Kalau sarapan,roti ada.Butter & garlic spread pun ada.

Mengejar masa juga sebab nak join bacaan yassin pagi tadi.Start pukul 8.15.



SARDIN MASAK DENGAN TELUR

1 tin kecil sardin mecerel

2 biji telur

1 bawang Holland

1 bawang putih

10 cili padi merah+hijau

1 sachet pes tomyam(saya tambah)

minyak,garam,secubit gula 

1. Panaskan minyak dan tumis bawang bawangan serta cili padi hiris.

2.Masukkan pes tomyam dan cepat-cepat masukkan 1 cawan air kerana pes tomyam cepat hangus 

3.Masukkan pula sardin dan sosnya.

4. Bila mendidih perlahankan api dan pecahkan telur kedalam kuah.Biar hingga telur ½ masak atau masak penuh ikut kegemaran.

5. Sesuiakan rasa.


Untuk dinner...Nasi Goreng Sardin makan dengan keropok Indonesia.


Terjadinya nasi goreng ni sebab telur dimakan.Yang tinggal hanya sardin dan sedikit kuahnya.Maka nak selamatkan sardin dari terbazir.Macam biasa la jadi nasi goreng sardin.


Dinner kami 2 beranak malam ni..Nasi Goreng Sardin dan Keropok Indonesia.Nasi pun tak berseri tiada taburan daun sup.Dah beli daun sup,tapi tak tau pasai apa bila simpan dalam laci sayur,dia jadi ais...huhuhu


5 comments:

  1. sedap nasi grg sardin, simple je tp sedap..

    ReplyDelete
  2. Tak tahan saya tengok nasi gorengsardin... suka...sukaaa!!!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sardin telur...SA ada plan nak buat macam ni tp anak dara tu cakap merepek je...sabar jer la..

    ReplyDelete
  4. Ammi belum cuba lagi resepi sardin viral tu..biasalah ammi ni..dah tak viral kang baru sibuk

    ReplyDelete
  5. Tak tahu pulak sardin dimasak bersama telur jadi viral. Telur pulak lebih laku dari sardin. Begitulah kalau ada sardin tinggal, berakhir dengan nasi goreng kaedahnya. Sedap lagi ada keropok indon tu.

    ReplyDelete