Thursday 1 July 2021

AYAM MASAK MERAH BY ADAH


Ayam masak merah by Adah.



Antara lau yang dia akan masak kalau disuruh.Haaa kalau disuruh la.Kalau tak suruh memang dia jarang la nak masak kecuali lauk yang dia rasa dia masak lagi sedap dari mak dia.Contohnya lauk ayam masak merah ni la.Dia dah pesan awal-awal dia nak masak.Dia kata dia ikut youtube Che Nom ke apa ke.Dah banyak kali dia masak ayam masak merah katanya ikut Che Nom.Tapi memang sedap & licin tiap kali dia masak.Adik & abangnya memang suka.Saya kureng sikit kalau ayam masak merah.Kalau sambal @ masak berlado saya suka.
Saya pun gigih menggoogle & memang jumpa RESEPI CHE NOM ...kat sini tapi yang Adah masak ni ½ ekor sahaja ayamnya & + kentang goreng.

AYAM MASAK MERAH RESIPI CHE'NOM

1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka


serbuk kunyit

sedikit garam

1 tangkai daun kari

1/2 mangkuk air asam jawa

3-4 sudu besar sos cili

1 biji bawang besar, potong bulat

Anggaran 1 keping gula melaka

2 sudu besar sos tiram

Bahan untuk kisar halus:

2 biji bawang besar

2 inci halia

6-8 biji bawang merah

8-10 ulas bawang putih

2 batang serai, hiris nipis

15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus

Cara-cara

Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.

Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipototong bulat. Kacau seketika.

Kemain dia minta tolong taburkan daun sup.Dia nak ambil video nak masuk IG dia...
Kita pun nak juga masuk blog...hihihi
Cella dah tak pandang langsung dah blog ni.Hihihi..


Ayam Masak Merah by Adah


6 comments:

  1. Ramai orang kata resepi ayam masak merah Che Nom ni sedap, tpi sy belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Adah kata dulu dia tertarik nak cuba sebab komen kat IG kata ayam masak merah resipi che nom tu sedap

      Delete
  2. Resipi Che Nom banyak peminatnya. Abang Farid pun rajin cuba menu-menu ayam dari you tubenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tercari & cuba tengok yotube che nom memang nampak menarik.

      Delete
  3. Wah, mama dah ada pembantu :D
    PH pun suka juga cuba resepi CN hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...kadang- kadang la ada pembantu tu.Tapi tu la bukan dia pembantu.Kita yang kena bantu dia garam kunyit ayam.depa takut kuku kuning...ish..

      Delete