Saturday 30 May 2020

SEDAPNYA LEMANG RAYA AIDIL FITRI 2020(PKPB-COVID 19)

Mak aku cakap teringin nak makan lemang
Selalu kalau balik beraya di Kedah, Pakcik memang akan beli lemang
Kadang setiap hari Pakcik beli lemang selagi ada jual.
Pakcik asal dari Pahang
Pakcik pernah cakap kat tempat Pakcik di Pahang xde ketupat palas
Pakcik sudah terbiasa kalau raya wajib ada lemang & gulai daging kerbau
Kalau beraya kat Kedah Pakcik memang akan beli lemang & Achik akna masak gulai daging kerbau khas untuk Pakcik
Sebab tahun ni x dapat balik beraya @ Kedah..
Mak aku ada masak Ketupat Palas & Ketupat Daun Kelapa..
Lemang xde.
Syawal ke-3 balik dari Putrajaya mak aku ajak abang ronda cari lemang

 Sib baik dapat lemang yang sedap0
Cuma agak tawar..
Mak aku cakap baca dalam group komuniti, ramai cakap beli lemang terkena lemang mentah.. Pulutnya x masak.
Abang lak cakap masa beli lemang ni penjual tu cakap dia akan  belah sesiap lemang supaya kalau x masak boleh tukar.
Abang kata penjualbtu siap mengaku semalamnya beberapa orang yang beli terkena lemang yang x masak
Penjual tu cakap dia pun tidak sengaja kerana  tidak tahu keadaan lemang itu tidak masak.
Sebab itu bila ada yang membeli lemang akan dibelah & dipotong siap-siap
Abang kata masa abang beli tu pun sudah ada 4 batang lemang yang diketepikan kerana tidak masak
Mmmm.. Tapi kira jujur la kan penjual tu siap ceritakan keadaan sebenar & gantikan balik lemang yang x masak


Dulu aku x suka lemang sebab bau dia kuat
Tapi naper kali ni rasa nak makan lak lemang ni🤭🤭🤭
Rasa sedap la plak makan lemang cicah rendang daging ni
Semua pun makan sama-sama
Mak aku cakap macam nak beli lagi lepas ni
Ish... biar betik
Raya kali ni memang betul-betul menikmati ketupat palas, ketupat daun kelapa, nasi impit & lemang..
Belum pun seminggu Syawal dah 4x mak aku masak ketupat & 2x masak rendang daging...
Abang la paling suka..
Makan rendang macam makan kue teow jer.
Cedok penuh pinggan pastu meratah..


No comments:

Post a Comment