Monday 28 October 2019

SET NASI PUTIH vs BUTTER CHICKEN

 Butter Chicken......


Set Nasi Putih vs Butter Chicken
Lunch tengahari tadi
Sebelum gi Seminar BM
Seminar start pukul 5petang  sampai 10malam
Harap-harap aku x mengantuklah
Dah makan nasi ngan Butter Chicken lak tu
Kaya dengan lemak
Hahahha



Butter Chicken ni dah lama minta mak aku masakan
Tapi sebab dah lama mak aku x beli ayam
Rasanya dah berbulan kot mak aku x beli ayam.
Asyik makan ikan jer dah sekarang
Kalau abang makan kat rumah memang mak aku masak telut jer untuk abang
Telur kicap, telur sambal, telur kurma, telur kari, telur sup, telur dadar, telur mata
Haaa.... All about telur

Rasa malas nak makan nasi sebab nak gi seminar tu
Tapi dah kalau x makan
Bilanya nak makan...
Mmm... Aku dah cakap ngan Auni aku bawa bekal nasi & butter chicken
Nanti break pukul 7 boleh makan
Mak aku x kasi bawa bekal.
Mak aku cakap nanti mesti segan ngan kaean-kawan baru. Mak aku cakap lebih baik gi makan ramai-ramai
Sambil makan boleh kenal kawan-kawan baru
Mak aku cakap bawa jer duit nanti break gi jer lah makan..
Tapi aku plan nak bawa juga
Aku tak pernah malu pun bawa bekal..
Duit aku nak juga.
Kalau bawa bekal duit aku boleh simpan.
Heeee...

Resipi c&p dari oldpost

BUTTER CHICKEN
1/4 block (2 sudu besar butter)
1/2 kiub ayam
1/2 bawang besar-dadu halus
2 bawang putih -cincang
2 pelepah daun kari
1 cili merah-cincng halus
3/4 cawan susu cair
2 sudu cheese powder (hari ni guna 2 cheese slice)
5 biji cili padi cincang
Ayam:
2 keping dada ayam- anggaran 2 cawan isi ayam dadu
1 sudu tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)
sikit garam
1 sudu teh serbuk kari ikan / serbuk cili
1 biji putih telur
Minyak untuk goreng

1. Isi ayam dadu digaul dengan semua bahan untuk ayam kecuali minyak
2. Goreng  ayam perap dalam minyak yang banyak hingga garing
3. Dalam kuali  kosong panaskan  butter & tumis bawang besar,cili padi ,bawang putih & daun kari.
4. Masukkan susu cair & kiub ayam.
5. Biar mendidih & masukkan ayam yang sudah digoreng.
6. Masukkan cheese powder (slice cheese) & sesuaikan rasanya..
7.Kuah akan menjadi semakin pekat kerana penggunaan butter & juga tepung yang disalut pada ayam..
8. Sesuaikan rasa


Makan time.....

3 comments: