Saturday 25 March 2017

LADANG ANGGUR TASIK BERIS..dah tutup..!!!

 Ladang Anggur Tasik Beris,Sik,Kedah..
Antara tempet yang aku teringinnn sangat nak pergi sejak beratuhun- tahun yang lalu..
Setiap kali balik Kedah aku pasti akan berangan gi Ladang Anggur ni..
Opkos la aku nak berangan kengkonon petik anggur kat oversea..
Hehehehe
Makanya pada 20 Mac 2017 barulah hajatku untuk ke sana tercapai...
Haaaa...cam buat karangan UPSR la..kikiki...
Sebenarnya hari tu ikut Achik Pakcik semua tu gi kenduri umah kawan Pakcik kat Gulau..
Gulau tu nama 1 tempat kat Sik la..
Jauh la juga..1 jam lebih sebab konvoi dalam h hujan lebat...
Lalu dalam ladang getah,ladang sawit dan juga perkampungan masyarakat Thai..
Haaa...jangan x tau..kat Kedah ramai Kaum Thai yang dipanggil Siam..
Mak aku kata sebab dolu- dolu kan Kedah ,Perlis dan Kelantan adalah jajahan Siam( nama lama bagi Thailand)..
Malaysia pun dolu nama Tanah Melayu..
Mmm...kalau pasal Sejarah aku memang kalah ar ngan mak aku..
Lepas kenduri Pakcik cakap nak bawa lalu Tasik Besris...
Waaaaa..peluang aku nak gi Ladang Anggur nih...


 Sepanjang jalan dari Gulau tu banyak jumpa lori- lori balak...
Dah la hujan lebat..
Bila lalu tepi lori balak yang kayu balak dia mak datuk punyalah besar- besar bersusun atas lori tu..
Ngeri do...
Giler ko kalo x ngeri...
Mmmm..x berani aku nak sebut apa yang ada dalam hati aku..
Hanya Allah yang tahu..
Segala doa aku baca masa lalu tepi lori balak tu..
Doa makan jer yang aku x baca..hahahaha..


Sepanjang jalan tu memang sejuk sebab banyak hutan- hutan dan sesekali jumpa perkampungan yang cantik.
Haa..ni dah kat jambatan Tasik Beris tu..
Tasik tu mak aku cakap sebenarnya dulu- dulu adalah perkampungan..
Tetapi telah ditenggelamkan untuk dijadikan Empangan Beris a.k.a Tasik Beris..
Mak aku cakap lebih 20 tahun dolu mak aku pernah posting erea situ dan pernah lalu perkampungan di situ sebelum ianya ditenggelamkan menjadi empangan..
Waaa..patutlah mak aku tahu..

Tasik Beris...
Pic ni ihsan by Achik..
Kikikiki...


Ni pun pic by Achik...
Heeeee...
TQ Achik...


Lepas jambatan tu sampai lah ke Ladang Anggur Tasik Beris ni...
Sayangnya Ladang ni sudah menjadi Sejarah..
Kata Pakcik...ladang ni dah ditutup kerana mantainance nyer tinggi..
x per lah...kiranya sampai juga la hajat aku nak gi Ladang Anggur tu walaupun dah tutup..
Huhuhu..
Apapun tq pakcik...sebab bawa juga we all ke situ...


Kan pakcik dah cakap tutuppp...
Memang tutup ar..
Hanyan Dak Aqil yang bergambar kat situ..
Aku xde mood nak berswafoto sebab dah xde anggur...hehehe

Untuk info pasal Ladang Anggur sebelum tutup tu aku google jer Portal MDsik ni...


Hanya gambar- gambar dari Google ni untuk aku bayangkan suatu masa dahulu ketika Ladang Anggur tu tengah viral...

Dolu- dolu ramai la yang upload pic anggur kat ladang ni...

Geram jer tengok pic buah- buah anggur yang bergayut tu..
Apapun itu dolu...
Kini hanya tinggal sejarah kerana Ladang Anggur Beris ini telah ditutup dengan rasminya pada Mei 2016 yang lepas..
Mana aku tau..??
Mmm...mak aku tukang cari info...hihihi


Kawasan parking Ladang Anggur tu pun dah nampak sepi seperti hatiku..hihihi tetiba jiwang lak..
Berita pasal ladang anggur ni dah tutup boleh baca kat  LADANG ANGGUR TASIK BERIS DAH TUTUP
Mak aku yang rajin sangat cari info tu..
Aku link kan jer..Malas nak google dah sebab frust x dapat tengok ladang anggur berbuah..
Kata mak aku orang- orang kat Sik pun kuciwa kerana hilang 1 icon Sik...
Lagi sedey ialah pekerja ladang tu yang dibentikan kerja..
Tapi mak aku kata dalam berita tu ada bagitau ladang tu terpaksa ditutup kerana kos operasi yang tinggi..
Buah- buah anggur tu juga mudah rosak dalam cuaca di Kedah yang sangat panas.
Walaupun pernah ada usaha dipindahkan ke  kawasan lain tetapi tetap sama..
Dalam berita tu ada sebut yang ladang anggur tu dah digantikan dengan tanaman rock melon..
Mmmmm..aku suka rock melon..
Huhuhu...malang nasibmu anggur..Malaysia bukan tempatmu..!!!

9 comments:

  1. ooowwh baru tahu ladang anggur dah tutup....aunty dah pergi melawat ladang tu 4 tahun yg lalu....alamak cantik tau tasik tu.....pebagai makanan ringan berasas kan anggur....payung aunty pun gambar anggur...tapi saiz anggur dia tecik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa..aunty dapat jugak la masuk ladang tu yer...mesti seronok kan..
      Kiter xder payung anggur..
      Payung strawberry ada la..heee
      Aunty cakap " tecik" tengat dak Aqil..
      Dia teylor K...
      Semua K dah jadi T..
      Tecik...Tuning..
      Tapi kalau T...x pula teylor..elok jer dia sebut Tali..Telur..hihihi

      Delete
  2. ooowwh baru tahu ladang anggur dah tutup....aunty dah pergi melawat ladang tu 4 tahun yg lalu....alamak cantik tau tasik tu.....pebagai makanan ringan berasas kan anggur....payung aunty pun gambar anggur...tapi saiz anggur dia tecik...

    ReplyDelete
  3. rs nye mcm dah re open sbb dalam drama Lelaki kiriman tuhan salah satu scene location dkt ladang anggur beris tu la

    ReplyDelete
  4. Oooo...maybe..
    Nanti kalau kiter lalu situ lagi kiter update...heee

    ReplyDelete
  5. Syg nya dah tutup.pemandangan kat situ cantik sgt.tenang je.leh petik sendiri n byr bwk balik.br cdg nk p bulan 12 ni cuti sek.

    ReplyDelete
  6. Syg no.. br teringin nak bwa anak p melawat semula

    ReplyDelete
  7. Syg no.. br teringin nak bwa anak p melawat semula

    ReplyDelete