Sunday 22 January 2017

RESIPI CHICKENBALL BUATAN SENDIRI

Suka makan chickenball?
Hmmm aku sukaaa...!!!
Masak sup ke...
Bubuh dalam sos spaghetti ker..
Mmmm...I like it...!!


Homemade Chickenball..
Making by my mom..
Sebab kitorang semua pun suka chicken ball ..
Memang mak aku buat sendiri..
Fishball pun memang mak aku buat sendiri..
Dah banyak dah entri yang ada fishball & chickenball tu..
MACAM KAT SINI..
INTI WANTAN KAT SINI..
Tapi bukan la buat untuk jual kat pasar tu..
Just untuk makan sendiri..
Aku suka chickenball yang mak aku buat...
Sedappp...
Semalam mak aku buat lagi Chickenball ni...

HOMEMADE CHICKENBALL
2 dada ayam( dada dari seekor ayam)
1 cawan tepung ubi
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garam


1. Dada ayam dibuang segala tulang dan kulit serta lemaknya..Potong kiub kecil


2. Masukkan dalam blender kering dan blend menggunakan teknik pulse...
Kalau xde function pulse...boleh on off kan sekejap- sekejap..Buat beberapa kali


3. Blend hingga daging ayam halus...


4. Keluarkan isi ayam blend dan isi dalam bekas besar supaya senang untuk menguli.Tambah lada sulah serbuk,garam dan tepung ubi..


4. Uli semua bahan hingga sebati..Tepung ubi boleh ditambah jika ingi  lebib kenyal..Tambah sikit air sejuk untuk lebih mudah diuli.


5. Gentelkankan sebesar limau kasturi..
     Buat hingga selesai..

6. Siap untuk digunakan buat sup,masak mee,inti wantan atau digoreng cicah sos..
- Tak perlu rebus terlebih dahulu..Terus masukkan dalam kuah sup mendidih supaya kuah sup lebih sedap.
- Chickenball yang siap digentel perlu digunakan segera kerana tiada pengawet..

**Jika nak simpan ....simpan adunan yang siap diuli TETAPI belum digentel..Masukkan dalam plastik dan frozenkan..Bila nak guna keluarkan lebih awal dan defross.Bila dah lembut gentalkan bulat dan sedia digunakan

8 comments:

  1. homemade lagi sedap dari yang ade kat kedai;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sendiri dapat la makan yang fresh...
      heeee

      Delete
  2. Replies
    1. Boleh jer...
      ustazah cakap ilmu yang baik kena kongsi..baru berkat...hehehe cam baik jer . hihihi

      Delete
  3. Nice sharing. Mak cik suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Terima kasih sudi baca & komen

      Delete