Sunday 11 December 2016

DOA' DIJAUHI API NERAKA

Kat radio ada sebut..
Masuk saja waktu maghrib 11 Disember 2016 maka sudah dikira 12 RabiulAwwal 1438..
12 RabiulAwwal bermakna Maulidurrasul..
Ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Jom selawat jap..

Dari radio juga ada cakap tahun ini adalah julung2 kalinya Maulidurrasul disambut pada waktu petang selepas asar..kat Masjid Putrajaya
Julung tu apa?
Bila tanya mak aku..
Mak aku cakap julung tu maksudnya kali pertama..
Tema sambutan Maulidurrasul tahun ini Ukhwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah
Hmmm...sib baik dengar radio..
Banyak info..

Kerana dengar Radio Klasik secara x sengaja kat bilik mak aku ...
Maka x sengaja juga terdengar tazkirah Ustazah Hafizah...
Berkenaan Doa Di jauhi Api Neraka..
Doanya pendek sahaja....
Tetapi kerana x pernah hafal...rasa macam susah nak ingat...
Cari kat Google...
Supaya boleh ulang hafal...

Allahumma ajirna minannar..

Ya Allah,jauhkanlah aku dari api neraka

Kata Ustazah tu..
Rasulullah berpesan supaya membaca doa ini 7x selepas solat subuh dan 7x selepas solat maghrib..

Kata ustazah tu lagi...
Rasulullah juga memberitahu dengan bacaan doa itu api neraka juga turut berdoa agar kita dijauhkan daripadanya..

Allahurab....

No comments:

Post a Comment