Sunday 10 July 2016

BUTTER CHICKEN.....KERABU DAUN KADUK....AGAR-AGAR SIRAP....AIR TEMBIKAI..IFTAR HARI KE-19

Biarlah dah raya pun....nak juga habiskan stok dalam folder Ramadhan 2016 ni....heee





Butter Chicken...
Antara lauk yang aku ngan kakak paling suka....
Tapi minggu ni kakak x balik....
Biasanya kakak akan balik tiap2 minggu..
Cuma minggu ni kakak kata dia x balik sebab minggu depan dah nak balik raya...



 

So Butter Chicken ni aku la makan banyak....
Sedappppppp sangat....
I likeeeee...!!!!

BUTTER CHICKEN...mak aku

Ni la bahan2nya...
1/4 block (2 sudu besar butter)
1/2 kiub ayam
1/2 bawang besar-dadu halus
2 bawang putih -cincang
2 pelepah daun kari
1 cili merah-cincng halus
3/4 cawan susu cair
2 sudu cheese powder
5 biji cili padi

Ayam:
2 keping dada ayam- anggaran 2 cawan isi ayam dadu
1 sudu tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)
sikit garam
1 sudu teh serbuk kari ikan / serbuk cili
1 biji putih telur
Minyak untuk goreng


1. Isi ayam dadu digaul dengan semua bahan untuk ayam kecuali minyak



2. Goreng  ayam perap dalam minyak yang banyak hingga garing



3. Dalam kuali  kosong panaskan  butter & tumis bawang besar,bawang putih & daun kari.
4. Masukkan cili merah cincang & cili padi yang dibelah.
5. Masukkan susu cair & kiub ayam.
6. Bir mendidih & masukkan ayam yang sudah digoreng..
7. Masukkan cheese powder & sesuaikan rasanya..
8.Kuah akan menjadi semakin pekat kerana penggunaan butter & juga tepung yang disalut pada ayam..



Ni plak daun kaduk..
xde sapa tanam pun ...pokok tumbuh dari celah pagar bawah pokok buluh yang redup tu..
Mak aku petik tepi pagar dekat parking keta...
Kata mak aku hari tu masa el nino pokok ni dah mati..
Tapi bulan puasa ni hujan pokok ni tumbuh gemuks2...
Mak aku kata pokok kaduk ni kalau tempat teduh & sejuk dia hidup subur..
Kalau tanam dalam pasu pun kena letak bawah pokok yang teduh..
Kalau biar tempat panas...pokoknya xkan gemuks...nanti dia kurus dah xde rupa pokok kaduk..
Haaaa...mak aku ni agaknya dolu2 cita2nya nak jadi penyelidik pertanian kot..
Hahahahaha...

KERABU DAUN KADUK...mak aku
1cekak daun kaduk(agak2 10 tangkai)- hiris halus macam bunga rampai
1 cawan kelapa putih
1/2 bawang besar(dadu halus)
1 ekor ikan kembung (rebus ambil isinya)
1biji limau nipis
Garam & sikit gula

Sambal Belacan:(tumbuk halus)
5 biji cili padi
sikit belacan




Kerabu Kaduk in the making...
Mak aku kata senang je...campur je semua tu...& gaul rata serta sesuaikan rasanya ikut selera..
TAPI msti gaul dengan tangan baru kick..!!!


Dah siap kerabu daun kaduk...
Hari ni hanya mak aku yang makan kerabu ni...
Sebab aku nak feel makan Butter Chicken jer...
Kalau makan Butter Chicken...aku xnak campur ngan lauk lain...baru feeeeelllllll...!!!


Sorry yer Kaduk...


Agar2 Sirap...
Bukan sebarang sirap ni...
Sebab mak aku guna homemade sirap yang dimasak dengan pandan,cengkkih,kayu mais & daun limau purut..
Sebab agar2 ni dah warna merah...xkan nak hiasa dengan ceri merah...nanti x nampak la..
So....gunting sikit daun pandan hijau hias kat atas tu...baru la santek....warna kontras kata mak aku....
mmmmm...aagaknya dolu2 maka ku juga bercita2 nak jadi pelukis kot..
Hahahaha

Mak aku kata x sukat pun..
Main campak je..main agak-agak je
Guna agar2 stripe dalam plastik panjang tu  1/2 paket
Rendam dulu & masak dengan agak2 5 cawan air..
Bila agar2 dah betul2 larut baru masukkan gula @ sirup..
Kalau agar2 belum larut kita dah masukkan gula...nanti x cantik .



Nak feel lagi sejukkan agar2 tu &  makan la dengan susu cari yang dah disejukkan


Air Wajib Bulan Puasa....Air Tembikai laaaaa.......

No comments:

Post a Comment