Monday, 3 August 2026

ULAM REBUS CICAH AIR ASAM CABAI PICIT

 Cuti weekend semalam.Tekak.ni rasa nak sangat makan ulam rebus cicah air asam cabai  picit..


Ni la air  asam cabai  picit saya buat semalam...
Bukan susah pun nak buat air asam cabai picit ni...

AIR ASAM CABAI PICIT
10 cili padi hijau
5 cili padi merah
1 ketul belacan  sebesar ibu jari
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil garam
Secubit gula


1. Cili hijau,cili merah,belacan dan garam ditubuk .JANGAN tumbuk halus tapi tumbuk sekadar pecah -pecah sahaja.

2. Masukkan  pes asam jawa + ¼ cawan air ,secubit gula & gaul rata 

3. Gaul rata  dan sesuaikan rasa. Hidangkan dengan ulam rebus.

*Kalau ikut cara asalnya semua bahan tu tak ditumbuk sebaliknya semua bahan  dimasukkan dalam mangkuk dan cabai tu diparah patahkan dan dipicit picit sahaja




Saya rwbus pucuk ajinomoto a.k.a pucuk chaya, rebus terung siam dan juga cendawan sebagai ulam..

Pucuk chaya tu saya beli kat pasar...Pucuk chaya  ni saya baru ja kenal sejak setahun dua yang lalu..Sebelum ni selalu twngok gambar ja dok ingat pucuk betik...Rupanya sedap pucuk chaya ni lagi berbanding pucuk ubi...


Terung  Siam tu pun beli...Dulu-dulu zaman kanak-kanak selalu makan lauk ulam rebus ni.Macam macam pucuk dan ulam kampungmak rebus buat ulam makan ngan air asam cabai picit ni.Antara yang mak selalu rebus,terung bulat,kacang panjang,pucuk letup dan pucuk ubi gajah. Kalau kebun baru dibersihkan,pokok letup memang mudah tumbuh meliar.Pucuk letup tu kalau kita petik dia ada rasa macam berminyak sikit daunnya.Pucuk ubi gajah tu pulak biasanya orang tanam kat tepi telaga buat teduh.Sebabnya pokok ubi gajah ni pokoknya mudah tumbuh merendang dan swntiasa berpucuk.Pokoknya tidah berubi swbaliknya berkayu  boleh memebesar  merendang macam pokok rambutan.Pucuk dan bunganya biasanya kami petik  dan rebus buat ulam.Bunganya  macam bunga pokok ubi kayu tapi sangat lebat dan berbau harum serta menjadi tempat lebah menghisap madu.


Selain ulaman rebus dan air asam cabai picit tu,saya juga goreng ikan lengat untuk gu dengan ulam rebus dan air asam cabai picit tu..Tapi gambar tak termasuk pulak..hihihi



Goreng juga ayam untuk orang orang muda yang tak berminat nak makan ulaman tu.





Lepas makan nasi...ulang ulang cium tangan.Dah basih sabun bagai ...bau masih melekat🤣

2 comments:

  1. Aduh sedapnya ulam rebus cicah ayaq asam. Kami panggil a garam (org Baling kan sebut air tu a 😁).
    Arwah mak Sy suka cicah dgn umbut tepus dan pucuk midin

    ReplyDelete
  2. Sedapnya asam picit tu. Makan pulak dengan ulaman celur memang ngam.

    ReplyDelete