Sunday, 15 February 2026

LABU JEPUN SEDAP DIMASAK PENGAT

 



Labu Jepun antara jenis labu yang saya suka kerana rasanya yang sedap kerana isinya  isinya yang halus creamy.

Buahnya nampak hijau,ingatkan labu muda.


Saizpun lebih kirang besar mangkik kuah jer



Tapi bila belah nampak bijinya tak padan saiz buah yang kecil comel..
Bijinya lebih besar daripada biji labu lemak yang biasa  tu...


Specialnya labu ni jugak nak masak tak payah kupas kulit..Kulitnya lembut dan bila makan tak betasa pun kulit...


Bijinya pun agak berbeza dengan biji labu lemak yang biasa kita tanam.Biji labu Kepun
 ni warna oren



PENGAT LABU JEPUN


1 biji labu Jepun

2 sudu sagu biji

2 keping gula Melaka


1 kotak santan


½ sudu teh garam


2 helai pandan


1. Belah belahkan labu dan  & tak perlu kupas kulitnya.

2.Potong dadu besar besar.

3.Rebus labu bersama 4 cawan air dan pandan.

4. Bila mendidih masukkan,garam dan sagu 5.4.Kemudian, gula melaka.

5. Bila labu sudah empuk,masukkan santan  kotak dan biar mendidih sambil dikacau agar tidak meruap.

6. Sesuaikan rasa.Sedap dimakan bersama pulut kukus ,roti @ cream creaker

.

Labu juga antara buah yang disebut dalam Al-Qur'an.Saya ada kongsikan ayat tersebut dalam  youtub
















No comments:

Post a Comment