Thursday, 19 June 2025

KESIBUKAN WAKTU KERANA BERTUKAR TEMPAT KERJA

 Bila kerja kuli-kuli sahaja maka kena bersedia dan akur .


Berguni-guni bukan durian..Tapi segala dokumen lama & segala yang perlu di buang kerana akan berpindah tempat kerja yang baru.

Rasa macam selama ni takda la apa sangat dalam bilik kerja saya ni.Tapi bila nak pindah...uiiii.....banyaknya barang...


Jalan mudah taknak pening kepala...letgo sahaja semua supaya bilik dan meja kerja dapat dikemaskan untuk orang baru yang mengambil alih & sebelum serahan tugas.

Harapnya di tempat baru juga begitu..


Alhamdulillah,bila maklumkan kepada anak-anak ,saya akan bertukar tempat kerja...Adah terus offer nak sponser.Adah carikan pekerja deep cleaning by online.Minta Adah request dua orang pekerja lelaki kerana banyak nak kemas dan angkut buang segala yang dah tak diperlukan.Dua jam dengan kos RM200++ .
Alhamdulillah serahan tugas juga berjalan lancar & pergerakan ke tempat kerja baru juga lancar.

Segala puji bagi Allah kerana memakbulkan doa dan memudahkan urusan.

Dulu masa Cella masih sekolah menengah selalu berdoa agar kekal di tempat lama dan tidak digerakkan kerana sekolah cella dekat dengan tempat kerja saya.Namun hingga Cella dah habis sekolah menengah pada 2020 saya masih tidak bergerak.Hinggalah pada penghujung Disember 2024 saya mohon agar digerakkan.
Jika dulu tempat kerja di kawasan Cheras bersempadan Kajang Selangor.Sekarang bertukar ke Petaling  lebih dekat dengan pusat bandaraya..
Alhamdulillah,hari ini dah masuk hari ke 5 bekerja di tempat baru...suasana baru dan rakan-rakan sejawat yang baru.Semoga Allah mudahkan urusan saya di sini ...
in shaa Allah

Tuesday, 10 June 2025

AIDIL ADHA 2025: MENU APA & BERAYA DI MANA?

 Aidil Adha tahun 1446/2025 tetap balik kampung .Walaupun sudah bersedia bahawa esoknya harus bergerak kembali ke KL kerana Isnin pagi Cella ada presentation..dengan mengharung jem ...namun hati puas dapat pulang beraya Aidil Adha bersama mak & Achik sekeluarga.Maklumlah RAYA HAJI 1445/2024 kami hanya beraya di KL.


Antara juadah pagi Aidil Adha a.k.a Raya Haji 2025


Raya Haji kali ni kami semua berkumpul di rumah Achik.Saya masak serba sikit & selebihnya Achik masak.Adik.jantan tu masak lemang kat kampung & pagi raya kami semua berkumpul kat rumah Achik.

Raya Haji kali ni tak dapat nak beraya di rumah mak kat kamoung kerana depan rumah mak ada construction...penuh longgokan batu ,pasir & ditambah hujan menyebabkan lecak dan kereta tak dapat nak masuk...

Walaupun mak.sedih tak dapat beraya di rumah kampung...tapi kami buat keputusan bersama untuk berkumpul kat rumah Achik saja..


Sementelah juga,kami dimaklumkan bahawa lembu qurban kami akan disembelih awal iaitu sebaik sahaja selesai solat sunat Aidil Adha iaitu sekitar pukul 9 pagi...nanti kita cerita bab qurban...

Video juadah Raya Haji  ni ada saya kongsikan  kat SEROJA PUTIH


Untuk video  " JUADAH RAYA HAJI" ni  boleh klick :
👇👇👇👇

Monday, 9 June 2025

PERCUBAAN BUAT LEMANG RAYA HAJI

 Salam Aidil Adha 1446(2025)

Kita masih berada dalam hari-hari tasyriq & ramai masih menjalankan ibadah qurban.

Alhamduliah,Raya Haji tahun ni masih berpeluang balik beranak @ Kedah.

Walaupun raya ke-2 dah kena balik KL tapi sekurang-kurangnya dapat balik raya kan...


Tak pernah-pernah kami buat lemang.Selalunya raya mak akan buat ketulat palas berkilo-kilo.Tapi Raya Haji kali ni,mencipta sejarah untuk kami buat lemang🤣.
Selalu tiap kali raya memang pakcik akan beli lemang sebab pakcik kan orang Pahang..wajib la lemang kalau raya.

Ketupat palas tetap juga buat.Tapi kata mak,ni la raya paling sikit buat ketupat.Buat dua kilo pulut & dapatlah +- 4.5kg ketupat palas..
Kami excited nak buat lemang bila adik jantan sorang tu suarakan hasrat nak buat lemang.



Puncanya bulan April baru ni mak upah orang tebang  pokok sentul sebesar 2 pemeluk tepi pagar rumah...juga pokok stey lebih sepemeluk depan rumah...pokok moktan biji  dan pokok bekka yang menjulang tinggi.
Maka banyaklah kayu & dari situlah anak bogsu mak tu ajak buat lemang lerana banyak kayu boleh dijadikan kayu bakar.Tambah pula kayu dari pohon gred A memang banyak bara dan sesuai nak bakar lemang.

Buluh lemang,adik jantan tu cari dalam hutan kat kampung.Daun pisang hutan memang ada subur tepi rumah.Pulut Achik beli...Santan mak beli..habis eku boli apo?
Den boli garam yo sobab mura
🤭🤣🤣

Dipendekkan cerita...
Kami pun buatlah lemang.
Kerana masih belum yakin...kami mulakan dengan 3kg pulut...1½ kg santan pekat ..½ genggam garam kasar.
Bahan tak banyak & nampak mudah tapi dah buat tahu ler mengkomer🤭
Dari nak cari buluhnya...
Nak gergaji jangan sampai pecah buluh tu..
Nak basuh buang segala miang buluh ...
Keringkan buluh..
Maaukkan daun pisang
Masukkan pulut & santan..
Dari panduan Pakcik,kami pun basuh pulut...rendam dalam santan bercampur garam.
Achik masukkan daun pisang dalam buluh...kami sama sama isikan pulut + santan..
Isi pulut jangan penuh sangat...kena tinggalkan agak2 3 ruas jari diataanga...Jangan hentak kuat ..kang padat sangat santan tak sampai bawah & tak masak nanti.
Kemudian isi lebihan santan hingga tenggelam pulutnya..


Kena buat pulak tempat bakar untuk sandarkan buluh lemang.

Mula mula bakar api kena kuat aupaya pulut dan santan mendidih dalam buluh tu .
Pastu baru gunakan bara api sahaja & kena balik balikkan batang buluh tu supaya masak sekata .
Ni la yang paling mencabar...Dengan panas bahang nak kena pusing pusingkan batang buluh tu..Duduk bersalai tepi bara api...
Uiiii...tabah betul adik jantan tu dengan mak demi nak pastikan lemang masak elok .
Nak bakar bukan sekejap tapi memakan masa 3-4 jam bergantung kepada saiz buluh..Kalau buluh besar,banyak isinya lambatlah nak masak.


Dari 3kg pulut...dapatlah 9 batang lemang


Tapi tiba-tiba bilangan dah jadi 10..
Hahaha...yang sebatang paling kiri tu adalah cubaan nak buat manok pansuh...Tapi manuk sikda...Kami gantikan pusut pansuh...hihihi
Habis la pucuk ubi keliling rumah kami sumbat dalam buluh tu..
Sedap tau.  tapi sayang cakap pun tak guna sebab  lupa nak snap pic..🤭



Ni buluh yang besar...Yang lain dah masak ...depa 4 batang ni belum masak lagi..




Nampak terlebih garing kan...
Tapi inilah fav Achik.Achik nak lemang garing berkerak macam ni.


Ni yang masak elok tak garing.


Alhamdulillah...walaupun 1 trial tapi menjadi


Alhamdulillah....
Percubaan buat lemang berjaya..
Semangat membara nak buat lagi raya puasa tahun depan...
Kalau bara semangat tu menyala..mungkin belum raya pun akan buat..
Bak lirik lagu popular sekarang

...
🎼Jika tidak hari ini...mungkin minggu depan...
🎵Jika tidak minggu ini ..mungkin bulan depan..
Jika tidak bulan ini...mungkin tahun depan🎶




Video penyediaan buat lemang  ni ada saya kongsikan  kat SEROJA PUTIH


Untuk video  " PERCUBAAN BUAT LEMANG RAYA HAJI" ni  boleh klick :
👇👇👇👇