Pernah tak lhat senduduk putih?
Kalau senduduk pink purple tu mudah jumpa dipinggir jalan atau belukar kan?
Bunga dan buahnya berjambak iaitu dalam satu tangkai ada banyak bunga atau buah.
Yang atas tu buah senduduk putih...
Warna buah lwbih cerah dan isinya pun merah muda...
Dua dua jenis senduduk ni bila masak..buahnya akan pecah dan menampakkan isi dalamnya...
Senduduk biasa buahnya kemerahan manakala isi hanpir hitam tapi bila dimakan melekat warna kebiruan pada lidah..
Zaman kanak-kanak dulu di kampung,buah senduduk memang jadi kudapan.Buah banyak terutama di permatang sawah padi ..Rasa buahnya manis dan dan sedikit sahaja rasa pedar .Makan sampai lidah dan gigi jadi biru kehitaman....
hihihi...
Tapi kalau isi buahnya yang masak tu kena pada pakaian memang hitam & basuh pun tak hilang..
Katanya buah senduduk yang hitam tu bagus untuk ubati ulser mulut dengan cara menyapu pada ulser..
Daunnya pula selalu digunakan untuk campuran rebus telur pindang dan juga di campur dalam rebusan pucuk betik untuk kurangkan rasa pahit .
Pucuknya dikatakan bagus untuk perawatan dalaman wanita..Wallahua'lam...
Senduduk putih,saya tiada info
Pokok senduduk putih ni saya rakam di halaman rumah Kak Mudz..senduduk purple pink tu pokoknya meliar tumbuh tepi court bola keranjang di tempat kerja..
Video senduduk ni ada saya share kat youtube channel saya
Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya
SEMOGA BERMANFAAT..
Sudi-sudikan untuk
+Like
+Comment
+Share
+ Subscribe
TERIMA KASIH💕
Tak pernah tengok senduduk putih. First time nampak di sini.
ReplyDeleteLebih kurang senduduk biasa.
Delete.cuma beda warna ja cikgu...memang jarang tumbuh liar..sebaliknya ditanam untuk tujuan perubatan
Rasanya senduduk putih pun ada khasiatnya juga. Tapi Sy tak pernah tengok pokok/bunganya lagi.
ReplyDeleteYa, ingat dulu² makan buah ni gigi jadi hitam haha
Kan.....warna dia macam ubat biru boh kat luka tu kan
Deletepernah dulu tanam.. senduduk putih n senduduk merah.. tp senduduk putih dah mati.. senduduk merah tu dh x tanam dah..
ReplyDeleteSenduduk putih ni macam tak membiak sangat
Deletetaktahu pula senduduk biasa ni boleh dimakan. haha
ReplyDeleteLepas ni kalau jumpa..
Deleteboleh la rasa...😁
pernah dengar nama tapi tak pernah tgk pokoknya hihihi
ReplyDeleteMgkin sebab jarang tumbuh liar
Deletesenduduk putih ni klu dlm cerita Tamar Jalis selalu di kaitkan dengan alam ghaib. Tapi di rumah saya ada je warna putih, pink dan purple
ReplyDeleteHahaha...anatar airi fav dulu dulu...
DeleteSiri Bercakap Dengan Jin...suka baca
haah yg pink purple je sllu jumpa hehe
ReplyDeletesebab yg putih macam agak susah membiak
DeleteSenduduk masih berbunga nampaknya. Jadi pantun yang kita biasa dengar tu, tipulah.
ReplyDeletePantun tu selalu sebut, senduduk tidak berbunga lagi 😄
Saya ingat juga pantun tu...
ReplyDeleteNyiur gading sudah berbuah
Senduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi