Saturday 15 June 2024

APA YANG ORANG HONG KONG CARI ?

 Saya dah makin jarang update blog atas faktor kesibukan..Cuma sehari dua ni macam ada kesempatan nak update.Itupun sebab kena buat video pendek untuk youtube sebagai sebagian daripada tugasan.Terlanjur tu, post juga kat blog dengan catatan ringkas.

Beberapa bulan ni memang saya perasan views merudum.Logik la kan sebab sangat jarang update.Dulu pun views bukan lah banyak sangat..paling pun dalam jumlah 4-5k sahaja.Kecuali masa Cella sekolah menengah dulu nampak banyak juga la views dalam 7k sehari.Paling tinggi pun 12k kalau bulan puasa.Tu pun bukan hari hari tinggi.Lately ni  views merudum hanya dalam 2k sahaja sehari...Padan la dengan tak update...

Tapi pagi tadi sesambil menanti azan subuh..nak update blog & tertengok views...



Luar biasa jugak ni!
Bagi blog terkenal setakat views banyak ni tak heran kan...?
Tapi bagi blog bodo macam ni..agak luar biasa...semalam punya 40k++
Hari ini pun 15k++...



Bila tengok..rupanya viewer paling ramai dari Hong Kong...Risau pulak bila tak semena mena ramai orang Hong Kong mengintai!

Memang la blog ni public..tapi agak pelik bila ramai viewer dari Hong Kong tu..

Biasanya kalau macam ni kenapa ek?Takut pulak saya..Harap tiada apa yang tak elok la .

Apa dorang cari ek?

Kawan kawan pernah tak macam ni?

Ke saya jenis mudah risau?


5 comments:

  1. Ah sudah, ada pulak peminat dari HK ye... Sy tak pandai bab² ni, mungkin ada apa² tulisan MC yg kena dgn keyword search depa kot

    ReplyDelete
  2. Dorg cari resepi rendang.. maklumlah nak raya ni 😆

    ReplyDelete
  3. Ramai peminat dari Hong Kong menjelang raya korban ni.

    ReplyDelete