Tuesday, 31 October 2023

MASAK LAUK FROZEN UNTUK SEMINGGU

 Akhirnya hari Ahad weekend baru ni  jadi juga saya masak lauk frozen untuk seminggu

Saya mulakan dengan masak Asam Pedas...sebabnya dah terlanjur buat stok cili kisar  HARI AHAD
Kalau masak asam pedas tak kira la ikan atau ayam atau daging...saya memang masukkan lengkuas sebagai..saya suka bau dan rasa lengkuas..Kalau kat kampung dulu-dulu memang mak banyak tanam lengkuas..Ada yang namanya "Lngkuas Kecil"...memang pokoknya lebih kecil dan bau lengkuasnya lebih menyengat..sesesuai digunakan dalam nasi ulam utara...
Sejenis lagi namanya lengkuas besar..Yang ni lengkuas yang biasa kita guna sehari-hari & yang dijual di pasar tu dari jenis 
 "Lengkuas Besar".Pokoknya lebih besar dan tak jauh beza dengan pokok kantan.Kalau batangnya yang masih muda mengandungi umbut seakan tuhau dan  "Umbut Tepus". yang sangat sedap direbus dijadikan ulam...
Buah lengkuas yang masih muda juga sedap dijadikan ulam.Rupa buahnya seakan buah pelaga. Rasanya seperti lengkuas tetapi lebih pedas 


Ikan Pari Harimau...
Nampak kan...corak ya macam cheetahšŸ†..
Pari ni saya pernah beli dan masak
Bila saya yang tak suka pari pun boleh makan pari harimau ni kerana daginnya lembut dan tiada bau.
Kali ni saya masak Asam Pedas


ASAM PEDAS IKAN PARI HARIMAU


1 keping ikan pari harimau(+-600gm)- potong

1/4 cawan minyak

2 tangkai daun kesum

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

1sudu makan pes asam jawa Adabi +3 cawan air



Bahan Blend:

20 cili kering

1/2 bawang besar

2 bawang putih

2 hiris lengkuas

1 batang serai


1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak

2. Masukkan  ikan & biar hingga 1/2 masak.

3.Masukkan air asam jawa, garam, gula & daun kesum

4.Biar mendidih & pekat.

5. Perlahankan api & masak perlahan 5 minit supaya kuah naik minyak

6.Sesuaikan rasa



Masak pula asam pedas ayam..
Jangan percaya...
Sebab saya lepaskan ayam dan ikan pari dalam kuah yang sama....(jangan tiru adegan inišŸ¤£)


Siap 2 bekas Asam Pedas Pari Harimau & 2 bekas Asam Pedas Ayam.Biar sejuk hilang wap dulu baru tutup dan frozenkan 

Kena la lable ..Kang dah beku kerasa dah tak tau mana asam pedas ikan mana asam pedas ikan..
Saya guna masking tape untuk lable sebab senang nak tanggalkan bila dah makan lauk..Bekas tu kita reuse kan...bekas Tippuware tu pun mahal kemain sekarang...cecah 50sen/pc..takkan nak pakai buang kan...




Jom,masak Kurma Kambing pula...

Kurma Kambing ni favourite anak jantan tu..Bukan saja kambing...asal nama kurma semua dia suka..Ayam,daging,waima kurma telur pun dia suka




Nampak cair sebab masa ni belum letak santan...nak bagi kentang empuk sikit baru letak santan sebab saya pakai santan kotak ja..
Letak kentang bebanyak ..hihihi


Ada 2 kambing slices yang saya dah rebus dan frozenkan sebelum ni.Juga ada dalam 300 gm daging kambing kiub juga saya dah rebus dan frozenkan sebelum ni konon nak masak mee goreng kambing...  
Total semua tu tak sampai sekilo pun...dalam 800 gm ja  kambingnya...

KURMA KAMBING

4 lamb slices / kambing kiub ( 1kg)

2 paket kecil rempah kurma

( saya guna rempah cap 0)

½ ( kotak kecil) santan kara 

4 kentang - belah 4

1 tomato merah - belah 4

2 biji cili merah,cili hijau

1 limau nipis

minyak,gula,garam


Bahan Tumis:

1 bawang holland- mayang

5 bawang putih - ketuk

1 ketul halia muda-racik panjang

1 tangkai daun kari

1 helai pandan

sikit kulit kayu manis,cengkih,pelaga dan bunga lawang


1. Rebus kambing slices/ kiub  hingga empuk( saya rebus malam sebab nak jimatkan masa memasak waktu pagi,)


2. Panaskan ¾ cawan minyak dan masukkan semua bahan tumis hingga harum 


3. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan 2 cawan air.Masak hingga naik minyak


4. Masukkan,kentang dan  kambing  bersama santan dan air rebusan kambingnya..


5. Bila kentang empuk tambah tomato,cili merah & cili hijau serta perisakan.Perah jus limau nipis untuk seimbangkan rasa.


6. Kecilkan api dann masak perlahan beberapa minit supaya naik minyak.

7. Sesuaikan rasa


Dapat la 3 bekas kurma kambing..
Setiap bekas ada 1 slice + 4 kiub daging kambing & 5 ketul kentang..manakala 1 bekas lagi hanya ada 3 kuib daging kambing dan kentang.Takpa yang tu nanti kalau nak makan  kita rebus telur tambah dalam tu.



Taraaaa......dah siap lauk anak jantan tu untuk seminggu..
Ada yang tak suka buat   lauk frozen.Lebih suka masak segar.
Pada saya pandangan itu ada tidak salah untuk yang memang rajin masak pagi,tengahari dan malam. Tetapi di sudut lain lauk frozen sangat membantu tatkala berdepan dengan pengurusan masa pada waktu pagi...
Lagipun macam saya tiada masalah nak makan lauk frozen kerana hanya untuk anak jantan tu sorang ja...
Dia tak pernah ambil pusing pun lauk fresh dari dapur ,tapaw atau frozen.Yang penting dia gi dapur ada lauk nak dimakan...hihihi
Perkara paling penting sebenarnya,saya takmau anak jantan tu kecahkan dapur.Kang kalau takda lauk,dia masak megi sebungkus pun,dapur boleh jadi macam  dilanda  tsunami...šŸ¤­šŸ¤£
Ni ada lauk frozen...tinggal dia panaskan saja lauknya...paling baik kalau dia kukus dalam kuali...keluarkan dari freezer...kukus 10-15 minit ..siap
Selalunya lauk frozen saya buat jika memang masak sesuatu lauk tu banyak ...

Cuma ini ja saya masak khas untuk frozen seminggu
Kerajinan macam ni  untuk saya biasanya bermusim......orang lain mungkin boleh istiqomah...
Saya ni ikut mud...


Sunday, 29 October 2023

HARI AHAD

 Sunday...but, no sun ....the weather is cloudy..


Tengah makan nasi goreng ikan bilis pedas melahar sambil kunyah keropok udang...
Sambil tengok Buletin 1.30



Pagi tadi lepas subuh ingat nak blend bebawang buat stok...
Sekali yang tinggal hanya 2 biji bawang Holland...Blend la juga + 1 labu bawang putih...buat stok memasak..


Lengkuas kisar..Kena lable sebab takut tak atau apa benda pulak nanti..Cili bawang takpa dah tau..hihihi



Gunting cili, rebus cili &. blend cili...
Masak pula cili blend supaya tahan lama 



Dapat la sebotol cili blend..Dah dua minggu stok cili blend habis.Sejak Rose open order bahan kisar lebih kurang 2 tahun yang lalu,memang saya tak pernah blend dah .order ja dari Ros..Tapi sejak beberapa minggu ni Rose bz pindah rumah..tak sempat nak buat bahan kisar...maka dah dekat sebulan bahan kisar habis...maka hari ni merajinkanlah diri buat cili blend,bawang dan lengkuas. 



Pi jenguk anak dara tu sat...tak sihat


Hari Jumaat dah bawa dia pi PKU ambil ubat...sebeban ubat..
Ubat batuk,selesema & batuk..


Tadi hantarkan  air kelapa muda...
pisang dan apple strawberry..
Tu yang nampak la...
Yang tak nampak..Nasi Lemak Ayam...hihihi


Balik rumah masak pula nasi goreng untuk lunch...Padahal sebelum pi kat Cella dah sarapan kat Abadi Cafe..


Buat jus nanas ...kebetulan ada beberapa potong nanas dalam peti ais...


Brrrr....Alhamdulillah...
Plannnya nak masak lauk frozen untuk seminggu ni ..
Minggu ni bz rasa penat nak berkejar masak waktu pagi..
So,ingat nak masak lauk sejenis dua..frozenkan untuk anak jantan tu panaskan ja kalau nak makan atau nak bawa bekal ..
Kita tengok jadi ke takšŸ¤£

Saturday, 28 October 2023

PETUA GORENG CEMPEDAK AGAR RANGUP GARING DAN TIDAK TERLALU BERMINYAK

 Beberapa hari lepas nampak SK GORENG CEMPEDAK..

Eh,dan dan tu juga rasa terliur.Padahal sejak bulan Ogos hingga September rasanya "berlori" dah makan cempedak...hihihi

Alhamdulillah,tahun ni Allah bagi rezeki musim buah berpanjangan.Kita yang takda dusun pun dapat la tempias menikmati buah-,buahan dengan harga marhain.


Demi anak tekak.....beli lah sebiji cempedak ni...Alhamdulillah elok isinya,cuma terlalu ranum masaknya..



Balik kerja hari Khamis,nampak gerai cempedak ni...Dah terlepas..tapi rela la u-tern sebab nampak harga tu marhain....


Beli sebiji dengan berat 2.2kg..
Kata penjual tu sekilo rm5....Yang ni 2kg 200 gram..Jadi dia kata harganya RM12..Saya senyum senyum tapi terus ja bayar...singgit ja pun kan...buat-buat la tak perasan...takkan nak berkira..Padahal kalau dia kata RM20 pun kita beli juga kan bila dah teringin..hihihi



Saya mencuba Pesan Orang Tua-tua
(PETUA) kalau nak gorwng cempedak yang terlalu ranum,elok tabur tepung gandum/tepung beras.
Tujuannya untuk menyerap kelembapan berlebihan pada ulas cempedak tu agar bila digoreng tidaklah dia benyek dan berair
(caramelization) yang menyebabkan kuih dan minyak jadi cepat hitam/hangus.
Kalau cempedak baru masa yang isi masih utoh dan tidak berair....tak perlu gaul tepung pun.




Saya tampi-tapi manja agar tepung kering ni bersalut pada ulas cempedak ni..Sekejapan sahaja tepung tadi menyerap ulas cempedak yang masak berjus manis tu..Cempedak ranum  macam ni makan gitu ja sedap ni..Apa lagi kalau buat  PULUT CEMPEDAK..uiii

Cempedak yang dah bersalut tepung kering tu...tetap la juga dicelup dalam bancuhan batter macam pisang goreng tu macam biasa.Cuma tambah 1 step sebelum tu dengan saduran tepung kering untuk kurangkan kelembapan/ jus cempedak yang berlebihan.



Hasilnya  masak sekata dan tidaklah ada kesan hitam daripada tindakan caramelization tu


Hasil sebiji cempedak...Sebiji cempwdak tu saya kira ada 32 ulas..Sambil kupas,sambil masuk mulut ...Bakinya dalam 25 ulas saya goreng seusai solat maghrib...
Petang bukan syarat untuk kudapan kan....šŸ¤­
Malam pun boleh..untuk orang ya g jaga perut macam saya la...Ya g jaga badan tak akan la makan menda ni kalau dah malam...hihihi


Yang ni sengaja lebihkan keriuk keriuknya...Bergegar pipi bila kunyah...hihihi


Friday, 27 October 2023

EAST MEET WEST- SEDAP MAKANANNYA


Semalam Shifa cakap dia nak belanja lunch untuk saya,Kak Zam & Ratna..Kata Shifa dia jumpa port baru yang sedap makanannya & nak kongsi rezeki belanja kami.



Tempat makan tu terletak di aras bawah Metro Mall bersebelahan Day Hotel..Kalau Day Hotel ni saya tau la jugak sebab pernah mengahdiri  MEMENUHI JEMPUTAN  dan sekali lagi  pun sama juga MAKAN KENDURI...
Tapi tak tau pula ada tempat makan sedap kat sini..
Sebelum ni datang parkir kereta jenuh juga cari petak...Rupanya depan tu betul- betul tang kona..depan pub & lounge ada privete parking RM6/entry..
Jangan la dok pi masuk enjoy kat pub tu pulakšŸ¤£

Restoran ni terletak kat ground floor ja..Mula nampak macam restoran cina.Sebab kat luar tu ada sebuah restoran cina....Cuak dah...dalam hati adakah Shifa nak bawa ke restoran cina...
Adoii,...jangan la bukan-bukan Shifa oii....šŸ¤£


Rupanya restoran kat dalam ..Betul-betul kat enterence...Masuk je dah nampak belah kiri
EAST MEET WEST





Masuk je pilih meja(walk in) dan memang dah siap gelas dan sudu garfu  tersusun kemas atas meja mengikut bilangan kerusi.Mejanya kemas bersih dengan alas meja merah  corak petak ala inggeris.
Restoran biasa -biasa saja tapi 1st impresion tu ..Waaaa!



Kata Shifa Penang Fried Kuew Teow ni antara signature kat sini..
RM11


Udang 2 ekor besau-besau dan siap belah belakang & memang fresh.Nampak sikit sebab pinggan dia besar kan.. tapi portion dia memang  agak banyak.


Ratna pun pilih Penang Fried Kie Teow..
Kongsi-kongsi menjamah...Memang rak dapat dinafikan ..
Rasanya sungguh sedap dan udangnya  memang segar.
Tiada tauge...tiada kucai tapi yang hijau tu daun bawang gemuk-gemuk dan manis bergabung dengan kue teow dan fish cake yang kenyal.


Kak Zam pilih Penang  Prawn Noodle...
Menghirup kuahnya...
Mmm...ya memang sedap..Udang & fish cake dia memang berkualiti
Jom...tengok apa saya order..
Tak ingat pulak harga mee udang ni ..tapi dalam belasan ringgit..cuma tak ingat harga yang tepat



Taraaaa...
Dah kata East Meet West kan...
Depa semua pilih east...saya pilih la west...hihihi
Saya pilih Fish & Chips (kalau tak salah harga RM17)



Selalunya fish & chips dihidangkan dengan sos tartar kan ..
Tapi ni dihidangkan dengan black pepper sauce..
Ikannya rangup diluar & juicy serta tak ada bau hanyir...sungguh sedap digandingkan dengam black pepper sauce...Friesnya tidaklah crispy tapi ada kelainan rasa.Macam depa sprincle dengan cajun ke paprika ke apa...sedap bila dicelup sos lada hitam tu...licin....




Ratna & Kak Zam..
Dah tak sabar nak makan..aroma masakan ni sungguh menggoda


TQ Shifa yang manis...belanja kami makan...semoga Allah limpahkan lagi rezeki Shifa dan ganjarkan pahala melimpah



Shifa tengah membayar..
Tak lama lepas tu chef dia keluar berbual dengam kami...
Laaa...Chef Abas...patut macam familiar mukanya..
Sayang pulak lupa nak snap pic Chef Abas...
Seronok dengar cerita Chef Abas yang pernah menjaga makan Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah dan juga banyak pengalaman  menjadi chef dibeberapa buah negara .Namun seperti kata perpatah..
"Sejauh Mana Seluang Melaut,Akhirnya Pulang Ke Lumpur Juga"
Begitu juga dengan Chef Abas yang akhirnya beliau memilih untuk kembali ke Malaysia...
Menurut Chef Abas,beliau sudah terbiasa menggunakan bahan yang segar dan berkualiti & beliau tak reti nak masak cincai cincai..
Dari segi keuntungan,pastinya lebih mewah di luar negara,namun katanya bila do East Meet West kat sini beliau korbankan harga demi memastikan pelanggan dapat merasa air tangannya dan kesegaran bahan.
Cuma satu pesanan ikhlasnya...
andainya ketika berkunjung ke sini waktu puncak,jangan ambil hati jika wajahnya macam " Asam Keping" kerana beliau bergelut dengan masalah jantung yang dihadapinya sekarang.Kadang kalau terlalu stress wajahnya akan mencuka tetapi percayalah beliau tetap akan memasak dengan penuh ikhlas..


Ops...sat nak tolong promote..Chef Abas juga ada mengeluarkan pelbagai jenis pes...Antaranya pes masak lemak cili padi...pes rendang dan beberapa jenis lagi..Kata Chef Abas,beliau nak mudahkan urusan ibu ibu memasak dengan cepat dan sedap..
Beliau juga buka sesapa nak jadi pengedar...dan dengan telusnya Chef Abas bagitau ....kalau sesapa nak  jual  kat tempat kerja ka ....dapat keuntungan RM2/pack
Kalau kawan kawan order 50 pack..dapat pulangan RM100..
Kalau 100 pack...kalau 1000 pack...
Tapi saya lupa nak tanyab1 pack tu beliau tolak borong berapa RM....maklumlah saya tak pandai berniaga....hehehe




In shaa Allah kami akan datang lagi sebab sedap dan harga berpatutan..


Thursday, 26 October 2023

SESEKALI MINUM KOPI LUKIS ♥️

 

Sangat jarang saya nak belanjakan duit untuk secawan kopi yang ada lukis-lukis ni..šŸ¤­

Cuma sejak anak-anak dah habis sekolah,nafas panjang sikit...hihihi


Mengopi @ Nasken Coffee..Tapi ni bukan hari ni...Ni dah tak ingat tarikhpun...hihihi


Ke Nasken Coffee ni sebab nak bercerita sambil menghirup secangkir kopi dan sepotong kek.



Masa ni Cella demam..Tu sebab pakai baju berbungkus macam Teletubbies...


Chocolate Mille Crepe & Lemon Mille Crepe..


Pandang ja lelama..
Nak minum sayang takut rosak 
♥️šŸ’š
Tak minum lagi la sayang
šŸ¤­šŸ¤­šŸ¤£



Wednesday, 25 October 2023

APA LA AGAKNYA YANG DIMASAK ADAH

Pejam celik pejam celik dah dekat dua bulan Adah kat seberang Laut China Selatan nun..

Adah tu masa belum kahwin,boleh dikira dengan jari dia masuk dapur...Dalam hati risaunya dia tak reti masak.Cuma lega sikit sebab lepas kahwin terus ke Sabah &  tak sempat la mak mentua tau dia tak pandai masak..hihihi

Tapi dah kawin...dok jauh pulak...kena la juga masak..

Jom,kita intai dapur Adah

Ni beberapa hari berada di sana dia share pic ni kat saya...Masak nasi goreng sosej & telur buat bekal suaminya pi kerja...
Katanya barangan elektrik seperti blender,rice cooker bagai masih dalam pelayaran bersama kereta...
Dalam hati..harapnya dia belajar la masak lepas ni..Jangan la hari-hari masak nasi goreng ja jamu suami dia...


Fettucini Carbonara..
Ok la sikit nampak ada masakan lain...hihihi


Pastu dia share lagi dia masak tempe fav dia dengan telur masak kicap...masakan macam orang bujang ja..
Ish...dalam hati berdoa agar dia explore la lagi masakan lain...



Saya call lagi...tanya masak apa hari ni...?


Ada sardin...


Tempe kacang panjang..


Sayur kangkung..
Alhamdulillah....nampak ada sedikit kemajuan..
Hihihi




Ni Kue Toew Goreng Udang ka...
Atau Udang Goreng Kue Teow?
Hihihi...banyak udang dari kur teow...


Beberapa hari lepas saya bila tanya masak apa...
Dia cakap  bulan lepas sebulan lebih 4kg udang .Maknanya depa makan seminggu sekilo udang...
Makan la nak.. sementara tempat seafood murah.
Dulu mak hang jarang beli udang kan sedangkan udang tu favourite hang....
Sekarang Allah kurniakan rezeki  tinggal kat "lubuk" udang...šŸ¤²


Dia cakap sesekali masak dessert yang simple..Agar-agar milo..
Rasa macam ingat dia pernah buat agar-agar milo ni dulu...
Rasanya la....šŸ¤­


Lauk udang sokmo...



Kek Batik..macam ada beberapa kali dia pernah buat dulu...
Adah kata kali ni dia buat lagi sedap..
Ok...ok...
percayašŸ¤­


Sayur Kacang buncis kot..


Cendawan Goreng Tepung...
Nampak sedap jugak ni


Pasta Udang...
Dia kata nak masak Olio seafood..
Tapi belum dapat tune rasa seperti yang saya masak..
Padahal saya masak lagi la olio bodo ja takda udang bagai...
Cakap jer la...dah rindu masakan mak awak!
šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£


Udang lagi ....


Lagi-lagi udang...
Ish tak jemu ke...


Ok...dah ada ikan...

Udang semula...
hihihihi....

Ada la beberapa kali dia video call kat pasar tanya nama nama ikan..
Hmmm...Alamak,rupanya banyak pula ikan-ikan yang saya pun tak pernah tengok..
Nampak banyak juga ikan-ikan yang saya tak pernah nampak kat sini.Mungkin juga 
Saya cadangkan Adah berkunjung ja ke blog CIKGU AMIE...
Banyak info tentang ikan-ikan yang biasa terdapat di Sabah...