Beberapa hari lepas post pasal
MASAK WAJIK KENDURI...
Pastu baru terperasan sebenarnya tak sempat sangat pun nak makan wajik tu.Sempat merasa masa dok masak tu ja...
Eh,tetiba keinginan nak makanwajik tu datang bertandang.Tak menyempat...nak juga makan.Terbayang lemak dan manis wajik.Tapi takmo beli sebab pernah beberapa kali beli ada jual kat getai kuih dalam pasar tu.Tapi tak kena dengan tekak..Payah la la kan kalau nak makan tapi banyak songeh...hihi
Kalau nak ikut tekak sendiri kena la buat sendiri.
Makanya semalam hari minggu,awal pagi saya mewajik la demi nak tunaikan hasrat anak tekak...hihihi
Hajat tekak nak minta
WAJIK PUTIH...macam kat sini iaitu wajik yang menggunakan gula putih sepenuhnya..Kalau cukup lemak manis ya memang sedap sangat.
Namun kat rumah ni takda la pulak stok gula putih...
Yang ada hanya gula perang brand CSR ni.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya memang sangat jarang membeli gula pasir putih,sebaliknya gula perang ni menjadi pengganti .
Nak pi kedai untuk beli gula putih,tiada la pulak kerajinan....
Tu yang jadi la Wajik Gula Perang CSR....hihihi
Pulut kukus
Malamnya saya dah rendam ½ kg pulut.Pagi terus kukus.
Kemudian masak gula bersama santan pekat dan sedikit garam.Daun pandan untuk mewangikan.
Saya c&p resepi dari old post.Cuma gula pasir putih saya gantikan dengan gula perang CSR dan saya hanya buat separuh dari resipi iaitu hanya ½ kg pulut.
WAJIK GULA PUTIH BERKILAUAN
( SAYA GANTI GULA PERANG CSR)
1kg santan (anggaran 4 cawan santan pekat)
1kg gula pasir putih( saya ganti gula perang CSR)
3 ketul gula batu (anggaran sebesar ibu jari
bunga rose/melur ( jika suka)
1. Pulut dibersihkan & direndam semalaman & sekurang-kurannya 4 jam
2. Kukus pulut hingga masak. Setelah masak biar sejuk
3. Masak santan, gula batu, gula pasir, garam & daun pandan. Kacau sentiasa hingga pekat. Mula-mula mendidih buihnya berbusa laju.. Bila pekat buihnya perlahan. Air gula bersantan akan jadi buih-buih pekat.
4. Masukkan pulut kukus kacau sebati.
**Gula pekat akan kembali cair selepas mashk pulut. JANGAN risau. Terus kacau hingga pekat semula & semua pulut bersalut
5.Bila sudah kental, . Masa mengacau bergantung kepada jumlah pulut.Kaut & masukkan dalam loyang @ bekas acuan yang diingini.Biar sejuk sebelum tutup Untuk haruman asli ,tabor bunga yang mempunyak aroma kesukaan seperti melur,ros.atau sekadar hirisan daun pandan.Kemudian, tutup beberapa jam untuk haruman diserap kuih.
6. Biar sejuk sebelum dipotong @ dihias untuk majlis special...
***Wajib guna gula batu untuk dapakan effect berkilau .
Masak hingga pekat dan bertali..Bila di titiskan atas permukaan piring,sirap gulanya tidak meleleh.Itu menandakan sirap gula santannya sudah cukup kepekatan
Masukkan pulut yang dikukus.
Bila masuk pulut,gula nampak akan mencair...
Boleh tengok video ni...memang gula nampak kembali mencair,padahal tadi gulanya sudah pekat bertali.
Tapi jangan risau...Teruskan mengacaunya beberapa minit..
Hasilnya....sirap santan dan pulut mulai pekat dan bersalu.Teruskan kacau tanpa henti untuk beberapa ketika lagi
Taraaa......sudah kental dan seakan tidak lagi melekat di dasar kuali.
Terus tuangkan dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Warnanya seakan menggunakan gula hangus kan...
Memang lemak manis kerana saya gunakan santan segar dengam ratio
1:1:1 iaitu
½kg pulut,
½kg gula
½kg santan
Lain lain tu..sikit garam untuk naikkan lemak dan daun pandan untuk harumkan wajik
Ni saya cetak dalam acuan sekadar nak bg cantik.
Tapi sejujurnya wajik akan lebih feel kalau dipotong potong serong tu kan...
Kalau ori wajik ...akan diratakan dalam loyang atau dulang dan dipotong serong bentuk berlian.Potongan empat segi serong atau potongan berlian juga dinamakan sebagai bentuk potongan wajik.Agaknya sebab mengikut nama wajik dipotong.
Ini tekstur wajik yang telah siap dan dibiarkan sejuk lebih kurang 3 jam.Walau manis tapi tidak melekat tangan kerana cukup lemaknya.
Time kita nak rakam ni la depa dua beradik tu riuh bersembang..sampai dengar suara depa🤣.
Depa dua beradik cuti.Yang abangnya nak gi jemputan kahwin kawan nya kat Langat..Yang adik nak keluar dengan kawan.Yang mak dok la melangut kat rumah sambil makan wajik....hihihi
dulu arwah nenek saya rajin buat wajik. dapat makan masa raya je.
ReplyDeleteJom la Mar pun buat juga agar kuih tradisi yang satu ini tidak hilang ditelan zaman
DeleteAduhhhh..rajinnya kakk.
ReplyDeleteRajin lagi Jaja...buat kek kukus Jaja tu lagi memerlukan kerajinan
Deletewahhhhhh WAJIK feveret saya! hehe
ReplyDeleteMai la ...ada lagi ni...hihihi
DeleteDulu² jumpa wajik ni masa orang kahwin jer, tu pun dapat secubit sorang kot. Mujurlah sy tak gemar wajik ni, tapi kalau wajik sirat, sy suka sangat.
ReplyDeleteSaya pun suka wajik sirat...Seumur hidup pernah sekali buat wajik sirat..Eh,nanti nak buat lah ..kalau rajin nak sangai & kisar pulut tu la...hihihi
DeleteKakkkk, kalau buat wajik sirat tu kita nak selit orderr. Kita pun suka wajik sirat. Hihihi
DeleteJaman dulu2 kalau raya jadi kuih wajib wajik ni
ReplyDeleteKan Wak....
DeleteSekarang banyak kuih modeh dan kek kek yg semua ada cheese tu..hihihi
Oooohhhh... Uncle ingat CSR yang Corporate Social Responsibility tu.... hahahha
ReplyDeletehahhaa..pun boleh
DeleteSerius.. rajin sgt ni umi cella.. baru sgt hritu kacau wajik, ni da kacau lg.. mak kak lin dulu kacau wajik time nk raya je.. 🤗
ReplyDeleteSaya suka nak buat kuih kuih tradisional ni....sebab suka makan yg utamanya🤣
DeleteIbu pun suka buat kadang2 kalau ada kenduri ke..but selalu buat guna gula merah tu
ReplyDeleteWajik gula putih pun tak kurang sedap.Kalau belah Thailand kan depa lebih suka buat wajik pandan wzrna hijau tu.Dulu MA lama kat Bangkok ada jumpa dak?
DeleteRajin sungguh Mama Cella buat wajik. Begitulah seharusnya kan kalau hendak wajik yang memenuhi selera.
ReplyDeleteDi kampung saya waktu nak raya jiran tetangga bergotong-royong buat wajik. Paling best kalau ada wajik durian!
Di LD selalu nampak wajik di jual di antara pelbagai jualan kuih-muih, tapi jarang beli.
Kadang datang mud rajin..Kadang ke lauttt dalam....hihihi
Deleteni mak mentua saya rajin buat...menantu dia tukang makan je,tengok macam senang cara buat tapi belum ada keberanian nak buat sendiri
ReplyDeleteMenantu yang tukang makan masakan mak mentua biasanya menjadi kesayangan mentuağŸ¤
DeleteSA pantang makan wajik ni...asal makan je sakit gigi..ingat masa kecik2 je...sampai ke tua asal makan je wajik akan sakit gigi
ReplyDelete