Dah lama teringin nak masak kelupis yang terkenal di Borneo sana..
malam tadi gigih saya memasak kelupis..
Maka pagi ini bersarapan kelupis lah saya.Makan dengan sambal udang petai
Bertemankan secangkir kopi putih.
Dapat daun lerek di belakang bangunan tempat kerja..
Dapat saiz yang kecik ni memang ngam untuk buat bungkus kelupis.
Tak tau kenapa hujung daun tu membulat dan tidak meruncing.Mungkinkah daun lerek juga ada banyak spesis .
Saya masak kelupis ni seperti memasak ketupat palas.Cuma gantikan daun palas dengan daun lerek/nyirik
Saya agak ja ni daun lerek..
Entah betul entah tidak..
Orang Borneo boleh jawab?
Tapi kelupis dah habis masuk perut dah 🤣
Alhamdulillah selamat .
Melalui pembacaan tengok resipi dan cara masak macam juga ketupat palas.Cuma bungkus guna daun nyirik..
KELUPIS CARA SAYA
1 kg pulut susu
1 kg santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan(1 sudu rata) garam halus
1 sudu makan gula pasir
1 helai pandan
20-30 helai daun nyirik
1. Basuh beras pulut & toskan dalam tapis
(untuk hasil lebih kenyal, rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam) Tetapi boleh sahaja masak tanpa rendam
2. Campur santan & 3 cawan air & masak hingga mendidih. Sebaiknya guna kuali supaya mudah nak kacau
3. Tambah pandan, garam & gula
4. Masak sambil kacau supaya tidak meruap. Masak anggaran 1/2 jam hingga nampak santan agak pekat & nampak berminyak.
5. Masukkan beras pulut yang sudah ditoskan.
6. Kacau tanpa henti hingga santan semakin kering & pulut bersalut santan dan sedikit melekit.Matikan api.
7. Bila agak sejuk,cedok 1 sudu besar pulut dan bungkus seperti membungkus lepat.Ikat dengan tali agar tidak terburai ketika direbus.
8. Masukkan dalam rice cooker dan isi air hingga kelupis tenggelam Rebus hingga air hampir kering.Angkat dan toskan.
ok m
Membungkus pulut yang sudah dimasak dengan santan san sikit garam.
Namapun percubaan pertama ..Ada silapnya kerana bila saya google ...rupanya saya salah letak pulutnya.
Sepatutnya pulut diletak pada daun tu sebelah belakangnya iaitu pada tulang daun.Bahagian licin ni sepatutnya bahagian luar...
Patut la nampak daun lerek ni macam kelabu sikit tak hijau terang.
Sepatutnya ni bahagian dalam..Yabg hijau terang tu bahagian luar.
Takda tali benang putih nak ikat.Hanya ada benang hitam...hihihi
Lupa nak snap pic masa tengah rebus...
Dah siap rebus lebih kurang 2 jam
Mari kita buka...
Rasanya macam dah jadi ni🤭
Sayang takda rendang bagai
Ni malam tadi...belum masak sambal udang petai..
Jadi saya makan dengan serondeng
Pagi ni masak Sambal Udang Petai..
Saya tak pasti cara saya masak. i betul atau tidak..Tapi yang pasti ianya sedap🤭
Nampak cantik kejadiannya
ReplyDeleteAlhamdulillah,sedapnpada tekak pecinta pulut macam saya🤭
DeleteMenarik! Sedap tuh!
ReplyDeletein shaa Allah sedap.Kalau ada kuah kacang lagi ngam ni
DeleteTahniah Mama Cella atas usaha masak kelupis. Nampak cantik kejadiannya.
ReplyDeleteOoo...Mama Cella ikat dan rebus sebab takut terburai rupanya. Tak terfikir pula untuk ikat, mungkin sebab kelupis di sini dikukus.
Alamak,terdurhaka sudah.,.
DeleteSaya dah rebus la pulak..hihihi
Kena kukus rupanya
Terima kasih infonya
Cantiknya kejadian kelupis, mungkinkah nanti bakal jadi nenek cuci Borneo?
ReplyDeleteTerima kasih...
DeleteAnak-qnak saya 3 orang lahirnya di 3 negeri berlainan...Cucu,nanti kita tunggu tengok lagu mana...hihihi
Dah cantik dah tu kejadiannya tu kak...
ReplyDeletehehhee Alhamdulillah
Deleteni kelupis limbang ni... hehehe... menjadi dah tu.. dah boleh open order dah
ReplyDeleteOh..Kelupis ni ada beza mengikut tempat yer kakmim...Terima kasih info..Kalau ada banyak daun nak jak saya open order🤭
Deletewah..menariknya...
ReplyDelete