Thursday, 28 September 2023

SALAM MAULIDUR RASUL 1445

 

Salam Maulidur Rasul 1445H

Jom berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w

Wednesday, 27 September 2023

KUIH TARAJJU YANG SEDAP

 

Kuih Tarajju vs Teh 0 Panas.



Salah satu kuih yang saya suka..Dikatakan berasal dari negara jiran 


KUIH TARAJJU

500 gm keledek oren

( saya guna 3 ketul)

3 sudu gula kabung 

2 sudu gula pasir ( jika suka lebih manis)

1 sudu teh garam halus

½ cawan tepung pulut

1 cawan tepung gandum

Minyak untuk goreng

Telung Celup:

1 cawan tepung gandum

½ cawan tepung beras

¹ sudu teh garam halus

Sikit air kapur( opsyen)

air  secukupnya

1. Kupas keledek dan hiris kepingan.Kukus hingga masak.

2. Masa panas,-panas lagi,lenyek keledek kukus hingga lumat dan tambah garam serta gula kabung.Gaul rata

3. Biar sejuk baru tambah tepung dan uli hingga boleh dibentuk.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan bebola sebesar bola ping pong dan leperkan.

5. Bancuh tepung celup seperti batter pisang goreng.

6. Panaskan minyak yang banyak.Celupkan kepingan adunan keledek dan goreng hingga garing sambil dibalik-balikkan.Toskan.



Saya buat guna  sekilo ubi keledek oren



Rangup di luar...lemak manis dalamnya 


Menggigit kuih Tarajju sambil menghirup secangkir teh O panas...
Bismillah..
Slruppp...

Tuesday, 26 September 2023

NASI GORENG DABAI

 Dah ada buah dabai....

Pastilah akan memyusul Nasi Goreng Dabai...hihihi



Buah Dabai yang dah direndam air panas dan dah dibuang bijinya.


Lenyek-lenyekkan....jadi warna purple walaupun asalnya isi tu warna kuning kan..
Saya campur garam sikit masa lenyek untuk effect jeruk/kasam. dabai...Tapi sambil tu mencubit masuk mulut...lemak masin dan aromanya bikin ketagih.


Tumbuk cili padi,bawang merah dan bawang putih kasi pedas sikit baru syok.



Saya guna juga hirisan ikan masin ni..
Ikan masin ni ceritanya kena scam...hihihi
Dia tulis kat pek tu "Ikan Kurau" 100gm RM3.00.Maknanya sekilo RM30 la kan...macam murah la jugak sebab ikan kirau kan biasanya mahal.
Sekali dah bawa balik...dibelek-belek...kenapa isinyaacam nipis dan dalam isinya penuh tulang halus.Dibelek lagi jumpa pula ekornya..
Sah! 
Ini ikan malong yang panjang macam belut tu.Patut depa hiris halus-halus untuk pendekkan tulang dalam isi ikan tu.


Goreng ikan masin hijgga garing.
Nasib baik jugak dihiris halus,bila goreng tulangnya rangup boleh la makan...



Ikan masin goreng & buah dabai lenyek dah  ready.


Tumis bahan tumbuk..



Dah harum,masukkan dabai lenyek



Masuk nasi gaul goreng macam biasa la kan...
Tambah perisa perasa ikut kesesuaian rasa.


Tabur daun bawang..


Siap....
Nasi Goreng Dabai...
Rasa nasi goreng dabai ni pastilah sedap bagi peminat buah dabaiacam saya..
Tapi buah dabai ni bukan semua orang suka...
Anak-anak saya pun yang jantan tu tak suka..
Adah pun kalau dulu dia tak makan..
Cella makan la juga buat raso raso..
Paling suka...saya la dengan mak saya...
Sayangnya buah tak berapa elok nak hantar kat mak pun..Nak balik pun tak tau bila


Monday, 25 September 2023

KIRIM BUAH DABAI

 

Alhamdulillah....
Rezeki dapat makan buah dari Borneo ni. Buah Dabai 
Tahun ni dah dua kali dapat makan buah dabai
Bulan Januari haru tu anak jantan tu pi Kuching.

Ni Cella kata geng geng Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UPM Serdang ni ada program kat UPM Kampus Bintulu.Dalam MPK tu ada kawan kelas Cella.Saya pun ambil la kesempatan suruh Cella kirim kawannya beli buah dabai.


Kawan dia hantar pic...nak yang mana?
Mula kirim sekilo sahaja.Tapi bila rakannya kata boleh kirim lebih terus kirim 2kg......RM80

Yang warna pink kat atas tu "Buah Engkalak" kan KAKMIM..?
Saya pernah mencuba buah engkalak ni kat Sarawak,tapi taktau kenapa jadi gatal pada bibir.Mungkin saya allergy dengan buah engkalak.Nasib baik buah dabai ok..hihihi

Tapi sayangnya masa dapat buah ni petang tadi,banyak yang dah rosak.Dah benyek lembik.Ya la,kawan yang dikirim tu pun dia tak tau buah dabai ni cepat rosak sebab masa beli,buahnya keras macam kayu kan...hihihi
Dia pun lepas beli hari Khamis tu tak la dia buka.Masuk pulak dalam lagage sampai hari ni baru buka...empuk la buah tu🤣🤣
Kata kawan Cella yang dikirimkna buah dabai ni,ada salah seorang rakan mereka tak lepas nak bawa balik buah dabai yang dibeli sebab masa pemeriksaan hand lagage tu buah dabainya dah berair dan berbau & tak dibenarkan bawa masuk.Maka buanglah buah dabainya dan tak sampai la hajat dia  la dia nak bawa balik kepada mak ayah.
Hmm..tapi kalau gagah bawa balik pun memang tak boleh nak makan dah pun kalau dah berair dan berbau..
Agaknya memang si kawan tu tak pernah makan dan dia memang tak tau buah dabai tu dah rosak.Kesian tak ada rezekinya nak bawa balik buah dabai.
Yang saya punya ni pun katanya nasib baik la masa tu masih elok.


Bila dapat kat tangan saya memang dah benyek dan hanya sebiji dua yang elok..Yang lain dah lunyai...hihihi


Nasib baik ada juga  beberapa yang masih elok.



Alhamdulillah,dapat juga makan buah dabai dambaan hamba ni..
Sebenarnya hanya beberapa biji sahaja yang masih elok.Yang lain memang lembik benyek.Cuma mana yang isinya masih elok saya ambil juga walau dah lembik.Maklum lah...buah limited edition kan...hihihi


Dah rendam dengan air panas...dah lembut isinya...
Cicah pula kicap pedas..
Mmmmmm......nikmatnya buah dabai

Kalau yang tak pernah makan lagi saya boleh gambarkan rasanya lemak-lemak namun ada sedikit aroma khas.Rasa dan baunya  seakan kombinasi buah avocado+buah zaitun hitam

Yang lain yang buah masih bulat tapi dah lembik,saya rendam juga dalam air panas dan buang bijinya..campur garam 


Sunday, 24 September 2023

BEKAL KERJA SEMINGGU

 Lagi antara bekal Cella pi kerja..



Day 1:
Nasi Putih
Sambal Udang
Sayur Kacang Panjang Tempe


Saya memang ada sediakan bahan kisar sesiap dalam peti ais untuk mudahkan kerja  masak.
Cili Kisar
Bawang Besar Kisar
Bawang Putih Kisar
* Bawang bawangan saya blend tak gun air tapi saya  menggunakan minyak masak sepenuhnya supaya tahan lebih lama.Setakat seminggu dua mwmang elok ja.Kalau ada idea lain boleh share ye rakan-rakan.


SAMBAL UDANG
300 gm udang
½ cawan cili blend( cili ni memang pekat kental- saya beli dari Rose)
1 sudu bawang kisar
½ sudu bawang putih kisar
1 asam keping ( saiz keci)
minyak,gula garam

1. Gaul.sikit garam dan serbuk kunyit pada udang.

2. Panaskan 2 sudu minyak dan goreng udang hingga bwrtukar warna merah cantik dan masak.Ketepikan.

3. Tambah ¼ cawan minyak dalam bekas goreng udang tadi dan tumis bawangan dan cili blend.Masukkan asam keping dan masak hingga naik minyak ,baru masukkan udang.

4. Perisakan dengan garam dan sedikit gula perang.Sesuaikan rasa.



SAYUR KACANG PANJANG & TEMPE TUMIS PEDAS
2 keping tempe- potong dadu
1 cekak kacang panjang 
5 bawang putih- ketuk pecah-pecah
10 cili padi merah vietnam- hiris serong( kalau taknak pedas skip cili)
Sejemput bilis bersih
minyak,garam,gula,kicap cair

1. Panaskan minyak anggaran ¼ cawan dan goreng tempe hingga garing.Ketepikan.Goreng pula bilis dan ketepikan.

2. Dalam minyak sama,tumis bawang putih yang diketuk dan cili padi yang dihiris serong.

3. Bila harum dan nampak bawang masak,masukkan kacang panjang & tempe serta bilis.

4. Perisakan dan siap
* saya memang tidak tambah air langsung.


Day 2:
Mee Telur & Telur Rebus



Saya gunakan mee telur cap 3 ayam 



MEE TELUR GORENG 
 RENCAH AYAM
1 bungkus mee telur cap 3 ayam
1 keping dada ayam
1 sudu cili blend + 1 sudu bawang blend
Cili merah & daun sup
Minyak,kicap,garam,
Telur rebus

1. Jerang air untuk celur mee.

2. Potong dadu isi ayam & perisakan dengan sikit garam & kicap.

3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam hingga masak.

4. Tambahkan bahan blend dan sikit air.Masak hingga pecah minyak.

5. Celur mee dalam air mendidih dan bila nampak mee dah lerai terus cedok dan masukkan dalam tumisan.

6. Renjis kicap dan perisakan ikut kesesuaian.Tabur daun sup

**1 bungkus mee ni sesuai untuk 
2-3 orang( kalau jenis makan sikit la)



DAY 3:
Nasi Putih
Ayam Berlada
Ulam Timun


Saya suka beli ayam bahagian dada sahaja untuk masak bekal dan untuk rencah mee,mihun etc.Ini kerana bahagian dada mudah disiang,ambil masa cepat untuk empuk dan mudah nak makan takda tulang.


AYAM BERLADA
2 keping dada ayam-dadu
minyak,garam,gula,daun sup.

Bahan Blend:
6 cili merah
5 cili padi merah( kalau tak suka pedas boleh skip)
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Gaul isi.aayam dengan garam dan serbuk kunyit 

2. Panaskan ½ cawan minyak dan goreng isi ayam hingga masak.

3. Tanpa angkat ayam,terus curah baham blend .Terus masak hingga naik minyak.

4. Perisakan dan tabur daun sup


Daun sup & daun bawang selalu menjadi eksesori hidangan saya kerana saya sukakan warna warni.
Masakan biasa akan lebih menyerlah dengan taburan dedaun sup/bawang.Bandingkan pic diatas dan bawah...iaitu  sebelum dan selepas tabur daun sup..bereza effectnya kan...



DAY  4
VERMICELLI SARDIN ADABI TIN MERAH 

Saya gunakan sardin Adabi yang tin merah ni.Sosnya lebih sedap,merah menarik dan ikannya pula hanya sebesar jari telunjuk.Setiap tin ada 5-7 ekor ikan kecilnya.

PASTA VERMICELLI SARDIN ADABI TIN MERAH
½ paket pasta vermicelli
1 tin kecik sardin Adabi tin merah
½ bawanh Holland cincang
3 bawang putih cincang
1 tomato masak- cincang
5 cili padi merah( boleh skip juka taknak pedas)
1 sudu chilly flakes
1 kiub bilis/ayam
minyak,garam,daun sup/ basil

1. Jerang air + ½ sudu teh garam untuk rebus pasta.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang bawangan,cili padi  dan tomato cincang.

3. Rebus pasta hingga ½ masak sahaja.Lebih kurng 3 minit sahaja.

4. Masukkan kiub ayam,sardin dan sosnya dalam tumisan.

5. Terus kaut pasta dari air mendidih dan terus masukkan dalam tumisan.Tidak mengapa jika pasta belum cukup lembut kerana kita akan terus memasak dalam sosnya.Lagi pun pasta lebih sedap jika sekadar al dente.

6. Kacau gaul rata & sesuaikan rasa.
Tabur chilly flkes,daun sup @ nak lagi sesuai gunakan sweet basil.


Ikan kecilnya nampak menarik sebab masak sekor sekor tanpa dihancurkan.



DAY 5
MEE TELUR KICAP PEDAS

Lebih kurang mee telur day 2..
Cuma mee telur yang ni versi simpl dimple...


                          pic google
Hanya guna kicap pedas ni semata..sebab dah cukup masin,manis dsn pedasnya.

MEE TELUR KICAP PEDAS
1 bungkus mee telur cap ayam
3 bawang putih - ketuk
½ cawan isi ayam kiub
minyak 
telur rebus

1. Jerang air untuk celur mee

2. Panaskan sikit minyak dan tumis bawang putih 

3. Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak.

4. Sementara itu celur mee dan terus masukkan dalam tumisan 

5. Rejis kicap pedas dan gaul rata.Masak hingga naik wap dan mee lembut.Sesuaikan rasa & tabur daun sup.



Telur rebus antara sumber protien yang mudah.



BRUNCH @ TEPIAN BANGI

 Last makan kat luar,dua minggu lepas rasanya.Sarapan kat Anjung Selera Bandar Tun Razak bersama besan saya.Kebetulan depa datang nak ambil baju-baju Adah yang terlebih berat lagage masa kat KLIA 2 hari tu. Depa nak masukkan dalam kereta yang akan di post ke Tawau tu.Terlanjur depa nak datang ambil waktu pagi pulak tu,saya ajak depa sarapan kat luar & depa pilih nak makan lontong.Maka saya bawa ke Anjung Selera BTR tu.

Pastu,ni la pula baru keluar makan kat luar.



Hari ni & semalam  Cella off..
Ajak dia brunch @ Tepian Bangi..
Tinggal seminggu lagi berbaki sebelum masuk sem baru.
Alhamdulillah,baru selesai brunch..

Brrrp..harap-harap bertahan sampai petang..sebab dah kira brunch kan🤭


Cella biasa la akan pilih set roti bakar ni bersama kopi panas.

Pastinya gandingannya telur ½ masak.


Saya pilih Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol..
Sayangnya nasinya kembang dan tawar pada tekak saya.. Gulai tu guna tongkol putih yang lembut  isinya..Saya suka tongkol hitam yang isi lebih keras.Salah caturan pulak pilihan  hari ni..hihihi..


Ambil juga sekeping lempeng kelapa vs  sejemput sambal udang


Bismillah....
Total: RM 28++

Nampak kat situ...selang beberapa kedai ada Restoran Asam Pedas.Ingat lain kali nak try la asam pedas kat situ.Nyesal pulak tadi tak try kat situ padahal dah buka dah restoran tu...


Lepas makan,elok masuk kerata, Adah call...
Dia asyik dok tanya bila nak ke Tawau...
Amboi,tak sampai sebulan lagi kot depa kat sana..
Saya kata kat dia
"Ampa dok la bagi tahwan dulu timur barat utara selatannya nak ajak kami pi sana pun ...hihihi"

Dia & suami tengah pilih ikan kat pasar 




Semalam dia kata depa dua pi Semporna...
Dari Tawau ke Semporna,Adah kata 1 jam ++  jugak la drive santai.


Dia dok layur la....ajak pi pulau-pulau kat sana tu ..
Katanya kalau amik pakej RM1000++ 
Tapi kata Adah kalau datang Tawau takyah la amik pakej  kalau nak ke pulau-pulau tu..
Just day trip dah memadai.
Day trip katanya  dalam RM80 ja..
Ish....nak kena plan jugak ni 



Friday, 22 September 2023

BEKAL KE TEMPAT KERJA- DULU BEKAL KE SEKOLAH

 Salam Jumaat penuh barokah.Semoga semuanya dalam limpahan kasih sayang Allah s.w.t

Bekal Cella hari ni
Nasi Putih renjis kicap lemak manis.
Lauknya Udang Goreng Kunyit+ Buncis.



Masak 10 ekor sahaja udangnya.
+ 10 batang kacang buncis,bawang dan cili padi merah untuk kasi pedas sikit.


Semua tu terus tuang dalam tupperware bekal dia.Anak jantan tu tak makan udang.Saya pula tak minat sangat dengan udang-udangan ni.Saya lebih suka ikan goreng.

Spaghetti Bolognese
Semalam..Hari Khamis  punya bekal dia ....Anak jantan tu pun sama makan ni jugak.
Ni pun bukan kesukaan saya juga.Masak hanya untuk depa dua beradik..Saya tak bawa bekal semalam.Sahur ja makan roti .


Bekal hari Rabu.
Nasi Putih
Sup Pedas Ayam 
Telur Dadar..
Bekal Cella hari Rabu..


Hari Selasa bawa nasi impit



Bersama Rendang Ayam Pucuk Ubi.
Isnin punya bekal takda pic.Lupa nak snap.

Dua bulan ni sepanjang sepanjang Ogos dan September ni memang setiap hari kerja bawa bekal.Salah satu sebab dia kata dia ambil break yang pendek.Sepatutnya lunch break 1 jam.Tapi dia minta break dua kali.Alhamdulillah,walaupun bos Cina tapi dia benarkan bila bagitau nak break 2x untuk solat.Setengah jam untuk lunch dan setengah jam lagi break petang sikit  untuk  solat sekali harung.
Setengah jam sahaja takdan nak beli makanan.Walaupun depan tempat kerja tu banyak gerai dan food truck tapi lunch hour ramai orang & nak kena beratur.
Sebab tu nak bawa bekal katanya..
TAPI....macam la kita tak tau..sebab UTAMA dia bawa bekal sebab boleh  jimat duit dia🤭
Kalau tak bawa bekal kena keluar modal sendiri beli makanan.Kalau bawa  bekal..modal bekal dari  mak...🤣

Berbaki lagi seminggu dia kerja..
1 Oktober dah masuk sem baru..