Semalam petang merajinkan diri melempeng..Lempeng antara juadah yang selalu juga saya masak terutama jika dah siap ada kuah asam pedas atau sambal..
Rasanya bukan saya sorang kot,ramai lagi rakan lain juga selalu juga masak lempeng ni kan...
Eh,lempeng ni cicah kuah kacang pun sedap tau!
Semalam memang plan nak beli kuah kacang dalam tin tu tapi tengok saiz tin dia lebih kurang secawan la isinya & harganya dekat sepohinggit.Tak jadi beli sebab kalau 1 tin tak cukup ...hihihi
Juga ada buah anggur Muscat.Katanya anggur ni pun saudara mana dengan donut pic juga.Sama-sama diburu peminatnya.
Mula ragu-ragu nak beli anggur ni sebab takut terkena yang masam.
Buahnya hijau sekata dan bulat- bulat.Saiznya ada yang sebesar fishball dan ada yang kecil sikit.
Alhamdulillah rasanya sungguh manis dan kebanyakan takda biji.Yang ada biji pun bijinya kecik ja.
Menyesal pula beli hanya 500gm..RM 10.50
Kira murah la kan sebab biasanya anggur Muscat ni katanya ada yang cecah puluhan ringgit.Wallahua'lam..kalau saya salah... maafkan
Saya campur terung panjang.Saya suka goreng dahulu terung sebelum dimasukkan dalam asam pedas atau kari kerana rasanya lebih sedap.
Dapatlah sepinggan lempeng kosong
Asam Pedas Sardin + Terung Goreng.
1 tin sardin mecerel tin besar
2 batang terung panjang
1 kuntum kantan
1 sudu pes asam jawa
Minyak,garam,gula
Bahan Blend:
15 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
1. Panaskan minyak dan goreng terung yang dikerat dan dibelah.Bila garing angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak sama,tumis bahan blend hingga naik minyak.
3. Masukkan sardin bersama sosnya.Tambah bungabkantan dan pes asam jawa yang dibancuh dengan 2 cawan air dan masak hingga mendidih .Perisakan
4. Tambah terung goreng .Perlahankan api dan masak dengan api perlahan agar kuah pekat dan naik minyak.
5. Sesuaikan rasa.
Balik kerja nampak masih banyak baki asam pedas sardin ni.
Dah ada asam pedas...melempeng la...Pada hal.nasi ada ¾ periuk lagi...hihihi
Hidangan iftar merangkap dinner..
Lempeng kosong cicah kuah ni bukanlah makanan nostalgia saya sebab kenal lempeng cicah kuah ni bila dok KL ni ja.Kalau lempeng kelapa ya ..mak biasa masak terutama kalau stok minyak dah tinggal sikit tak cukup nak goreng cekodok...hihihihi.
Kat kampung dulu biasanya kalau lempeng kosong ni dipanggil dadar hanya dibuat ketika majlis cukur jambul.Itupun dikawankan dengan bertih padi pulut.Tapi sekarang tak tau la masih lagi di hidupkan tradisi tu atau sudah berkubur..
Tapi kini..pantang ada asam pedas atau sambal tumis...biasanya lpeng akan menyusul...hihihi
emm...dapnya...kena plak sambal sardin, lagi laju la kan...
ReplyDeleteKan...lempeng vs sambal sardin memang A
DeleteNampak lembut lempeng tu. Mesti cicah dan suap ambil sekeping² sampai terlupa dah makan berapa keping, hehe.
ReplyDeleteEh,betul la...Macamana SK tahu?🤣
Deletearwah mama pun dulu kalau terung dia akan goreng dulu dalam minyak sikit je...nak bagi lembut pun ye juga
ReplyDeleteLebih sedap kan...
DeleteIshhh..lempeng pulakk. Yg kat johor nun roti jala.. sedara mara la jugak kan lempeng ngan roti jala 😂. Petang ni nak menjala la. Dah janji dengan Ahnaff
ReplyDeleteMami dah janji tu Napp...Kita tungguuuuu....hihihi
DeleteUish sdpnya lempeng.. nasib baik kat cafe ikhwan ada jual.. nasib baik juga dekat dgn rmh kak lin..
ReplyDeleteViral ke.. patut la hritu mkn anggur hijau ni manis, biasanya masam.. ðŸ¤
Makan kat cafe lagi feel Kak Lin..Boleh nikmati tanpa berpeluh..hihihi
DeleteAgaknya la anggur ni viral sekarang...tapi pelik dulu beli masam..sekarang manis..hihihi
Yang anggur tu yg viral tu kan...banyak juga org pos pasal buah tu..
ReplyDeleteBiasa tengok diorg beli mahal gak..
Tu la...biasa mahal..tak tau kenapa yang ni berpatutan sangat harganya..manis pulak tu
DeleteHai gang melempeng...hehehehee. Saya pun macam dah lama tak melempeng. Hujung minggu rasa nak buat juga.
ReplyDeleteAnggur muscat di LD yang mampu saya beli harga RM49.00 sekilogram. Yang lain tu harga kayangan tak masuk akal.
Ayyakkk....mahalnya anggur tu kat sana cikgu!
DeleteJom la melempeng kalau macam tu..hihihi
Saya suka lempeng jugak..hehee.. Sedap dimakan bersama sambal Tumis..Dari kecik memang terbiasa makan gitu...Lazar betol!
ReplyDeleteSaya hanya kenal lempeng cicah sambal bila dok KL..dah pernah makan jadi kebiasaan pulak sampai la ni...hihihi
DeleteJom..jom melempeng
ReplyDeleteAnggur muscat tu macam ada banyak je kat Zemart rumah SA, Mak Pah suka tu tapi x leh makan banyak..nak belikan la balik kang
ReplyDelete