Hari ni Isnin 5 Jun ..Dah masuk ½ tahun untuk tahun 2023.
Cuti sempena hari keputraan YDPA..Weekend yang panjang bagi yang bercuti Sabtu Ahad.
Cella pun nak ikut..
Pi amik dia dulu kat kolej.Anak jantan tu tak mau ikut..Makan nasi bungkus la dia sorang..hihihi
Adah dapat jemputan daripada pengantin perempuan yang merupakan classmate dia masa sekolah menengah.Saya pula dapat jemputan daripada mak pengantin,Kak Saba iaitu salah sorang cleaner kat tempat kerja saya.
Walaupun dari segi kerja,Kak Saba hanya cleaner tapi dari segi kemampuan,dia dapat buat majlis perkahwinan anaknya kat hotel..
Saya yang mungkin gaji lebih dari dia pun saya rasa memang tak mampu nak buat majlis kat hotel.
Masej yang nak saya sampaikan ialah,rezeki tu milik Allah.Allah berhak memberi kepada siapa yang dikehendakiNya..
Jangan pandang pada kerja atau zahir sahaja kerana boleh jadi rezeki dia lebih dari yang kita nampak dan yang kita jangka.
Jemputan kenduri pertama untuk bulan Jun..
Nasi Beriyani bersama Ayam Masak Merah,Daging Masak Hitam dan Acar.
Kami gerak dari rumah dalam 12.30 & sampai kat Days Hotel tu dalam pukul 1
Pinggan saya dan Cella..Pinggan kami takda papadom & Pajeri Nanas.Sebabnya kami dua orang amik makanan dulu.Adah dok kat meja dulu...( kira cuup meja la)🤭
Masa tu papadom
dan pajeri dah habis dan belum di top up..
Masa Adah amik,depa dah top up.
Saya kalau pi kenduri suka cari meja dulu baru amik makanan sebab kalau dah amik nasintapi takda kerusi kosong,saya jadi segan nak usung pinggan ke sana sini.Saya lebih rela tunggu ada kerusi kosong dulu baru pi amik makanan.
Pi pulak amik side dish.
Ada kuih koci,tapai,karipap dan apom.
Cella snap sebelah saja...hihihi
Tentu ada sisi baik Kak Saba dan keluarganya maka Allah swt gantikan dengan 10x ganda kebaikan juga. Selamat pengantin baru buat mempelai, semoga dipermudahkan urusan keluarga pengantin dan tetamunya.
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baru buat kedua mempelai dan tahniah juga utk ibu ayahnya.
ReplyDeleteBila fikir bab rezeki ni mmg tak terjangkau dek akal kan, tak boleh ikut logik. Semuanya ketentuan dari-Nya.
Majlis terima menantu dah bermula dah lepas raya ni kan?? x pernah pulak dgr hotel ni... mcm besar jugak tu... anyway, semoga kedua mempelai berbahagia hingga ke hujung nyawa
ReplyDeleteKalau bubuh papadom dan pajeri nanas memang lengkaplah lauk nasinya. Tiba-tiba rasa teringin nak makan pajeri nanas... ahaks!
ReplyDeleterezeki anak2 akak nanti lebih grand dengan masakan kg di Kedah
ReplyDeleteselamat pengantin baru to anak kak saba tu,, betul sgt, rezeki Allah tu berbeza2...aturan Dia memang yg terbaik...
ReplyDeletetgk 1st pic tu, wow..kenduri ada costa coffee..sekali ..ohhh..ada costa cafe or machine kat situ kot.. ha ha... coffee je yg MA nampak dulu kan...