Saya tengah membaking.Sesambil tunggu biskut dalam oven masak teringat janji nak share resipi berbuka puasa dari majalah lama yang masih ada dalam simpanan saya.Majalah ini sudah berusia 40 tahun.Majalah ini mungkin lebih tua dari umur sesetengah pembaca yang sedang membaca catatan ini.
1983,saya masih di sekolah rendah.Tapi saya masih menyimpan beberapa helaian kolekso resipinya.Asalnya ia sebuah majalah yang lengkap tapi dek dimakan usia dan tiada usaha mengawet jilidkan..kini hanya tinggal beberapa helai mmuka surat menjadi koleksi koleksi kesayangan saya.
Sesetengah sukatannya sudah menggunakan sukatan metrik,manakala sebahagian masih menggunakan sukatan lama kerana kalau tak salah saya sukatan metrik di Melaysia bermula 1982 ketika saya di sekolah rendah.
Inilah antara mukasurat Majalah Jelita bulan Jun 1983 m/s 50 yang mengandungi aneka resipi lauk pauk dan kuih muih serta minuman sesuai untuk berbuka puasa dan bersahur.
Ada resepi
Ni la antara koleksi resipi dari majalah lama yang berusia 40 tahun masih dalam simpanan saya.Saya tak ingat dari mana saya dapat majalah ni kerana saya mula mengumpul majalah dah tahun 1993.
Apapun koleksi yang satu ini paling saya sayang.
Dalam majalah ini juga saya ada simpan
-20 Macam Hidangan Berbuka dan Bersahur.Yang ni sukatannya ada yang masih guna aun(oz) dan juga tahil.
-13 Macam Minuman Berbuka Puasa
-& beberapa lagi.
Kali ini saya share ini dulu. Kalau ada kelapangan saya share lagi.
*Saya tidak pasti dengan menyiarkan semula keratan majalah ini menjadi kesalahan atau tidak.Jika bersalahan boleh maklumkan kepada saya untuk saya delete.
Niat saya hanya berkongsi antara koleksi resipi dari majalah lama.
majalah nostalgia dulu-dulu zaman mak-mak kita..1983 saya masih kanak2 hehe..tapi sempat ingat mak selalu juga beli kalau tak silap saya zaman ni harga majalah ni cuma RM3.50..zaman saya suka beli URTV,gila-gila
ReplyDeleteWalaupun tak disertakan gambar tapi orang dulu-dulu hebat berimaginasi, sehingga terhasil masakan yang istimewa. Membaca resipinya saja sudah terbayang keenakannya.
ReplyDeleteishhhh tahun 1983, sy belum lahir kedunia hehe
ReplyDeleteDulu SA suka tengok majalah sebab ruangan resepi la...sejak tu mula minat memasak..
ReplyDelete