Hari Jumaat lepas urusan LHDN tu pi sarapan ngan Adah kat KEDAI KOPI TEPIAN,BANGI
Bila Cella tengok gambar,dia pun teringin jugak.
Makanya hari Sabtu..pepagi buta kami berdua dah meredah kabus kami ke Kedai Kopi Tepian,Bangi.Gerak sebelum pukul 7 lagi..Dalam 7.40 dah sampai.
Kopi panas,
Roti bakar kaya,
Taktau telur omega atau telur ayan kampung..
Tapi macam telur ayam kampung sebab cengkerang telur tu warna putih.
Ala-ala pulut ayam la tapi pulutnya lemak.Kalau pulut ayam,pulutnya kukus kosong.
Sambal udangnya jenis udang yang orang buat inti takoyaki tu.Tanpa kulit & bila kita kunyah meletus dalam mulut.Bukan garing tapi rangup segar nak cakap macamana ye..isi dia krup dalam mulut..
hihihi
Sebelum boleh makan dia siap dok susun semua item bagi cantik dulu..
Snap pic
Baru baca doa makan..
Pakai tudung yang SA hadiahkan kat saya..
Memang dah jadi hak milik kekal dia la nampaknya..hihihi
Katanya malas nak gosok baju lain.Lagipun plan asalnya lepas sarapan nak pi daftar sem..
Lepas ambil kunci,dia nak balik rumah dan Ahad petang baru balik kolej sebab pendaftaran buka Sabtu hingga Ahad.
**Tapi kesudahannya..lepas sarapan kami menghala ke selatan tanpa dirancang...
Pi mana?
Tunggu....hihihi
cantik kejadian telur setengah masak tu..terus rasa teringin...sedapnyaaa..cantik dia pakai tudung tu ha...dah jadi hak milik dia ye...
ReplyDeletesemua pun nampak sedappp...
ReplyDeleteMemang lawa-lawa gambarnya.
ReplyDeleteMakanannya pun sedap-sedap.
Udang yang siap buat kulit tu rasanya macam sama juga kot udang yang digunakan dalam laksa sarawak di Secret Resipe. Kalau makan rasa meletus sedap dalam mulut. Saya tercari-cari udang ini di pasar, dan akhirnya terjumpa... tak silap nama dia udang bemban.
Selamat mengopi
ReplyDeleteCantik kejadian telur tu
Patutlah dalam kabus dah pergi sarapan, rupanya nak turun sampai ke selatan. Kita tunggulah ceritanya nanti.
ReplyDeleteEnjoy your meal!
ReplyDeletemasa antar paksu aritu rasa perasan kedai ni kt bangi... tapi kan kt bangi tu banyak kedai mkn yg best2 ek
ReplyDeleteDengan berbaju kurung-lah nampaknya berjalan sampai ke selatan ya 😀
ReplyDeleteEhh…hari Sabtu 11 Mac ya? Pagi tu kami pun dalam perjalanan dari NS ke Johor. Entah2 berselisih lagi kita di highway PLUS 😁
bangi,shah alam memang banyak tempat makan sedap kan kak..syurga makanan..
ReplyDeleteHari tu kami stay bangi 2 mlm tp x sempat nk jjcm ke mana-mana... pegi mkn kt tempat biasa je
ReplyDelete