Mak order kat Little Wok
Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Monday, 31 October 2022
MAKAN @ RASA FOOD ARENA ALAMANDA: DULU MAK MARAH KALAU KAMI MAKAN DALAM KUALI...SEKARANG MAK PUN MAKAN DALAM KUALI..🤣
Mak order kat Little Wok
Sunday, 30 October 2022
BAWA MAK MAKAN MEE SIZLING @ R&R AWAN BESAR
Lepas sarapan @ MEDAN SELERA BANDAR TUN RAZAK semalam....bawa mak ronda-ronda KL jap...Lalu depan Dataran Merdeka...tapi jalan tutup tak boleh la nak lepak tepi Dataran Merdeka tu..
Bawa mak lalu depan Pudu Sentral( dulu Pudu Raya) sebab mak nak mengimbau kenangan zaman datang KL naik turun bas kat Puduraya..Tak dapat nak snap pic sebab drive..
Dulu zaman mak masih muda...sekitar tahun 90-an hingga 2016 mak masih kuat datang KL naik bas.Tunggu mak kat Pudu Raya hinggalah bila Pudu Raya diubahsuai jadi Pudu Sentral...mak naik bas turun pula kat Hentian Duta.Kemudian pindah lagi ke Terminal Bersepadu Selatan(TBS)Kali terakhir mak datang naik bas 2016 @ TBS la...Lepaa tu mak Achik dah tak benarkan lagi mak naik bas...takut jatuh atau apa-apa sorang-sorang.Kalau nak datang KL pun mak akan datang dengan keluarga Achik.
Bawa lalu Pudu Sentral...Central Market dan pusing-pusing sekitar..banyak dah tempat mak dah tak cam.Kalau dulu mak boleh cerita sebiji-sebiji kawasan sekitar tu.
Parking depan Restoran A.Hassan ni.Ada lauk ayam kampung,ulaman bagai...Tapi dah tawaf dari hujung sampai hujung...mak tak mau makan situ..
Lepas makan, mak nampak Keropok Belinjau...Terus mak tuju...Suka betul mak dengan keropok belinjau..Kat Kedah jarang jumpa.
Dekat 1 jam juga kat situ...jom balik..
SARAPAN @ MEDAN SELERA BANDAR TUN RAZAK
Ni cerita semalam...Sabtu
Bawa mak sarapan @ Medan Selera Bandar Tun Razak.Mak yang pilih nak gi sarapan kat situ.Nak mengimbau kenangan dulu-dulu mak suka makan kat situ..Selera betul mak kalau dapat makan lontong.
Yang tak berubahnya...nak cari parking memang bercinta hingga ke Jannah..🤣
Hari ni saya pula makan lontong.Mak & Cella makan roti canai.Tapi Cella ngelat tak snap pic roti canai.Saya pula tertinggal handphone dalam kereta..
Saturday, 29 October 2022
SAYA MALAS DAH NAK MASAK....MAK PUN LAGI SUKA MAKAN KAT LUAR..
Dah beberapa hari mak ada kat rumah..ikut balik KL masa saya balik Cuti Deepavali weeked baru ni..
Saja snap kaunter ni masa bawa mak makan @ Warung Fazlyn..Saya nampak kaunter dia cantik..
MASIN MULUT AFZAN KOMEN ACHIK AKAN HANTAR PERCEL
Hampir 2 hari tak update blog ni...bizi apa pun tak tau..🤭
Hari tu saya berbelah bagi
NAK BELI KAIN ELA UPAH JAHIT BAJU @ NAK BELI READYMADE?
Sekali AFZAN komen cakap nanti ada parcel dari Achik hantar baju..🤣
Masin pulak mulut Afzan🤭
Thursday, 27 October 2022
SAMBAL BERLADO IKAN TONGKOL BERTELUR
Asalny saya masak Sambal Ikan Tongkol..
SAMBAL IKAN TONGKOL BERTELUR
5 keping ikan tongkol
4 biji telur rebus.
1 bawang besar- hiris.
5 daun limau purut.
1 asam keping2.
2 serai-ketuk
Minyak,garam,gula melaka
Bahan Blend:
1 cawan cili padi merah(cili Bangladesh)
1 bawang besar.
5 bawang putih.
1 ketul kunyit
1. Rebus ikan tongkol bersama garam dan asam keping hingga masak.Rebua juga telur.
2. Goreng ikan tongkol rebus hingga garing.Telur rebus juga boleh digoreng jika ingin garing berkulit bahagian luarnya.
3. Panaskan minyak dan tumis serai serta bahan blend hingga naik minyak.Perisakan dengan garam,gula melaka dan asam keping.Tambah sikit air jika perlu.
4. Masukkan ikan,telur,daun limau purut dan masak hingga naik minyak semula.
5. Masukkan bawang besar hiris bulat dan gaul rata hingga bawang layu.
Sesuaikan rasa
DEEPAVALI-SEMPAT BALIK KEDAH SAT : SAMPAI DEMAM-DEMAM
Selasa tak berupdate kan..Rabu dah taip lupa publish....hihihi
Sejak bulan lepas berbelah bahagi samada Cuti Deepavali nak balik Kedah ke atau taknak balik..
Konon deside takmau balik.Final,Ahad pagi sebelum subuh....dah masuk sempadan Negeri Perak..hihihi
Sejak dari Sungai Perak memang tekan minyak ja nak kasi sampai cepat.Badan dah panas membahang tapi kaki dan tangan sejuk membeku..
Menjelang tengahari dah masuk dalam rumah @ Kedah.Mak takda,nasib baik kunci ada.Terus cari bantal..selimut tebal dan huhuhuhu...sejuk menggigil.Makan ubat pun takmau kebah..Hingga esoknya masih tak kebah..Kepala berdenyut..air hidung jernih menitis..meleleh tanpa sedar..mata membengkak.Nak pi klinik ..cuti Deepavali ...kan
Tak boleh jadi,minta mak belikan kelapa muda..Pi farmasi beli ubat baru..
Alhamdulillah,rasa beransur baik sebelum bertolak pula balik KL..
Sebab balik sekejapan sahaja...Sempat la masak dan makan sekali sahaja kat rumah mak.Sekali.lagi makan kat rumah Achik.Achik masak Sup Tulang bagai nak kasi berpeluh..Tapi bila tekak pahit...nak snap pic pun lupa...hihihi..hanya pic yang saya masak ja ada..
1 biji betik muda/mengkal-kupas kulit dan sagat kasar.
Minyak,garam,secubit gula
Bahan Tumbuk:
7 cili padi Bangladesh
5 bawang merah
3 bawang putih
Sejemput bilis bersih
1 ketul kecik kunyit
1. Betik disagat kasar@ cincang halus
2. Panaskan minyakt dan tumis bahan tumbuk hingga naik minyak
3. Masukkan betik & kacau seminit dua. Jangan masak lama supaya masih kekal rangup.
4. Sesuaikan rasa
Monday, 24 October 2022
HADIRI WALIMATUL URUS NISAH - 22.10.
Khamis malam Jumaat Adah balik.Tapi pagi Jumaat dia keluar semula.Katanya sebab dia jadi pengapit kawan baiknya kahwin.Depa tidur kat hotel sebab pagi Sabtu pukul 6.00 pagi,MUA akan datang nak make up pengantin untuk majlis akad nikah pukul 9.00 pagi..Pengapit kena ada sekali.
Bulan Julai hari tu KAHWIN AYU...Doakan juga jodoh Adah pula menyusul...🤲🤲🤲
In shaa Allah bulan depan Mai pula bertunang...
Kompleks Ostia Kajang..Saya pergi bersama Cella....hihihihi..
Baru malamnya hantar dia balik.Demam pun takdan nak betul-betul baik...Siang mak dah ajak teman pi kenduri..Dah mak segan nak pi sorang..hihihi
Masyaa Allah cantiknya hall dia..penuh bunga-bungaan seluruh hall dari siling hingga ke lantai..Kalau ikut hati nak perhati ja jamu mata..Tapi segan la..kang orang kata jakun pulak🤭
Pinggan anak dara...hihihi