Tuesday, 27 September 2022

BUAT KUIH TEPUNG BUNGKUS

 Kembali lagi dengan tema makanan nostalgia....Nostalgia bagi diri saya la...hihihi

Saya masak Kuih Tepung Bungkus...
Kuih yang dulu mak selalu masak setiap kali tiba bulan puasa atau setiap kali mak tumbuk beras buat tepung.
Mak saya masak kuih tak pernah sukat,sebaliknya hanya berpandukan "rasa" pada tangan ketika membancuh atau mengadun.Emak saya juga dulu dia tak suka saya kacai kalau mak tengah buat kuih atau masak.Tapi kerana minat saya akan curi-curi tengok dan biasanya kalau mak takda kat rumah saya akn curi-curi buat kuih.Kalau tak menjadi ,saya buang senyap-senyap dalam hutan lalang belakang rumah.Peralatan saya cuci dan simpan tanpa meninggalkan kesan...Macam la mak tak tahu tengok bahan kat dapur dah berkurangan,,,hihihi.Namun  ketika tingkatan dua,musim tanam padi jatuhnya dalam bulan puasa.Saya tak ingat bulan berapa tapi saya belum duduk asrama.Dah nak hujung tahun masa tingkatan dua baru saya duduk asrama hingglah uppersix. Masa tu mak ambil upah menanam padi sepanjang bulan puasa untuk cari duit raya.Awal pagi lepas sahur mak dan beberapa orang kampung akan berkumpul naik lori untuk ke tempat  mengambil upah tanam padi tu..Saya  pun tak tahu dimana.Hampir waktu berbuka puasa baru lori hantar pekerja tu sampai ke kampung. Seronoknya selama sebulan penuh mak bagi kepercayaan kepada saya untuk masak juadah berbuka.Bukan tak pernah massak,malah sejak sekolah rendah mak dah tugaskan tanak nasi dan masak lauk yang mudah seperti ikan goreng dan sayur tumis.Cuma bab kuih muih belum lah lagi.Sebelum bulan puasa mak dah siap tumbuk beras biasa dan beras pulut jadikan  stok tepung.Begitu juga dengan kelapa.
Setiap hari balik dari sekolah,walau penat jauh berbasikal tapi kerana minat memasak,saya happy melakukannya.Setiap hari mak dah tetapkan hanya buat dua jenis kuih.Pepandai saya la nak buat kuih apa.Antara kuih yang saya buat...pastilah tepung bungkus ni.Selain tu,kuih lompang,tepung talam,lepat pisang,lepat ubi,ketayap,buah melaka,apam betawi,lepat liat,kuih kacang sepat,agar-agar  dan beberapa kuih lagi. Kadang buat tepung talam kepalanya hanyut tu perkara biasa..hihihi..buat agar-agar lembik sampai kena cedok dengan sudu pun biasa...Saya juga dulu buat kuih terikut dengan mak ..tak sukat.Tapi sejak wujud blog ni...saya masak bersukat untuk dijadikan rujukan dan panduan.Semoga menjadi ilmu yang  bermanfaat.


Sudah lama tidak buat kuih kegemaran TTK ni..



Huh..hampir tak selera nak makan kuih ni pada mulanya...

Bila hati dah lega...berketul-ketul la kuih tepung bungkus ni masuk perut.
Masa tu baru betul-betul TTK pula meraung tak dapat makan  homemade kuih kegemarannya ni..hihihi

Saya edit saha resipi dari old post:

CARA BUAT KUIH TEPUNG BUNGKUS

Inti Kelapa:

 3 cawan kelapa parut

1/2 cawan gula merah( boleh ganti gula Melaka)

3 sudu  gula pasir

1sudu kecik garam

1/2 cawan air

2 daun pandan

2 sudu tepung gandum

i. Masak gula pasir,gula kelantan,garam,daun pandan & 1/2 cawan air hingga mendidih & agak pekat..

ii. Masukkan kelapa parut putih & gaul rata....

 iii. Kacau hingga agak kering..

iv. Taburkan sesudu tepung gandum & kacau rata..

v .Tambah lagi sesudu tepung gandum & kacau hingga tidak melekat pada kuali..

 

**** Ditabur tepung gandum supaya senang nak bentukkan inti & supaya rasa inti seperti dibuat dari kelapa yang tidak terklalu tua..

Inti yang sedap sepatutnya dibuat daripada kelapa yang kulitnya sabutnya masih basah & bukannya kelapa masak yang sabutnya sudah coklat dan kering...barulah hasilnya sedap..Tapi itu kalau kat kalau beli susah la nak dapat kelapa begitu.Sebab tu kena letak tepung supaya  intinya tidak lah nanti rasa berhampas bila dikunyah..

 

 

2. BEBOLA TEPUNG PULUT BERISI INTI KELAPA:

1 cawan tepung pulut putih

2 sudu tepung pulut hitam

 

i. Kalau nak buat anggaran 20 bebola gunakan 1 cawan tepung pulut dibancuh dengan sikit air & agak-agak la ,,uli hingga jadi nacam play dough....macam nak buat Buah Melaka tu...Kalau ada tepung pulut hitam campurkan je dalam 2 sudu,,nanti tepung tu jadi la colour purple...Kalau tiada boleh ganti pewarna hijau pandan agar bobola ni jadi hijau.

20 bebola tu = 10 biji Kuih Tepung Bungkus sebab sebungkus kuih menggunakan 2 biji bebola yang berinti

ii.  Bulat- bulatkan inti sebesar guli & balut dengan tepung pulut yang macam play dough tadi..

iii. Buat hingga habis....Pandai-pandai la agak sebab setiap kuih memerlukan 2 bebola berinti kelapa..

 

3. BAHAGIAN PUTIH LEMAK

1 cawan tepung beras

3 ½ cawan santan .Jika suka lagi lembut guna 4 cawan santan)

½ sudu teh garam

i.  Gunakan 1 cawan tepung beras dicampur bersama anggaran 3 1/2 cawan santan pekat & 1/2 camt garam...Kacau hingga tidak bergentel...

ii. Kacau atas api perlahan hingga mula pekat & nampak meletup-letup macam lumpur gunung berapi yang meletup-letup panas tu...

iii. Angkat dari dapur dan  masukkan bebola yang dah berisi inti kelapa..

 

4. BUNGKUS & KUKUS

i. Sebaiknya daun2 pisang bi sediakan awal2..Kalau daun fresh ,,layur sekejap atas api hingga nampak berminyak supaya tidak koyak..Koyakkan anggaran selebar tapak tangan orang dewasa..agak-agakla berapa helai nak guna.

 ii. Bebola yang berisi inti siap sedia untuk digunakan..

iii. Bentang kan sekeping daun pisang & cedukkan 2 biji bebela berinti kelapa yang berslut dadih tepung lemak masin.

** Tak perlu nak adjust2 bebola tu sebab bila bungkus bebola tu akan sendirinya  cantik terletak..

iv , Bungkus semuanya hingga selesai

v. Susun atas pengukus...

vi. Kukus anggaran 15-20 minit & biar sejuk sebelum makan...

Sambil menjerang air untuk sarapan pagi,saya buatkan inti kelapa ni


Oleh kerana saya nak buat dalam 8pcs kuih tepung bungkus,maka lebihan inti ni masih banyak.Kita simpan untuk next kuih..hihihihi


Saya buat memang plan nak buat sikit sahaja kerana hanya tinggal dua beranak dengan anak bujang tu saja.Dia bukan suka kuih lembik-lembik macam ni..hihihi
Kalau ada TTK..memang kena buat lebih...hihihi


Saya gentel 16 biji inti sebab memang nak buat 8 biji kuih sahaja.Daun pisang pun saya beli sehelai  kecil ( 70 sen) .Tu pun banyak yang koyak-koyak dah ..



Untuk 8 bungkus...saya gentel 16 biji bebola tepung pulut berisi inti ni kerana setiap kuih nak guna 2 biji.Siap gentel...saya sediakan pula dadih lemak masin...



Kena kacau biar betul-betul masak supaya nanti kuih lekang elok tak melakat pada  daun pisang..



Beginilah lebih kurang tekstur dadih lemak yang dah masak ni..



Campakkan bebola dalam dadih lemak masin ni...supaya senang nak salut.


Cedok dua biji bebola bersalut tepung lemak masin tu dan bungkuslah seperti lepat.
Buat hingga habis..


Susun dalam kukusan


Kukusan hendaklah dididihkan dulu airnya ..
Saya hanya guna kuali..Ikut cara mak saya masak dulu-dulu...


Penutup kuali ni dah tua usinaya....periuknya dan kukusannya sudah wassalamu..Tapi penutupnya masih berbakti.Maka abaikan lah rupanya yang dah tak semenggah...hihihi



Dah kukus 15 minit....jom buka penutup...
Semerbak harum daun pisang..



Tidak perlu kukus terlalu lama kerana adunan lemak masin dah masak.Cuma kita nak bagi bebola tepung pulut tu saja masak.


Seeloknya biar betul-betul sejuk dulu baru kuih lekang elok dari daun pisang dan rupa kuih cantik bila dibuka.Tapi berapa ramai yang boleh sabar?
Saya memang bukan penyabar orangnya.Kuih masak ja terus nak buka..hihihi


Jemput makan..



Menikmati Kuih Tepung Bungkus yang cukup nostalgia bagi saya..
Bukan saha kuih ni,tapi apa juga kuih yang guna daun pisang.Bau daun pisang tu auto tersa bau kampung halaman..


20 comments:

  1. Klu saya bahagian putih lemak tu dah cukup sedap makan dgn air gula melaka jadilah bubur sum sum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la...
      Eh,sedap pula bila sebut bubur sum sum tu.Makan sejuk-sejuk kan...mmm

      Delete
  2. Samalah pengalaman kita masa kecik-kecik dulu. Tak dibenarkan sentuh bahan dan adunan. Tengok saja. Kalau bulan puasa emak kita bakar kuih, kita tunggu kuih, biskut atau baulu yang hangus. Kita kumpul dalam piring buat buka puasa hihihii. Apabila hari raya, tak tahu dah nak makan kuih yang mana sebab banyak sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Mak-mak dulu selalunya jarang nak kasi anak.kecil tolong.Lagipun kalau kita tolong alamat berkuranganlah hasil nanti..
      hihihi.
      Manis mengenang kenangan lalu kan Cikgu

      Delete
  3. Akak mmg rajin..terbaik kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang datang kerajinan tu...tapi selalu juga kerajinan tu pergi tanpa pesan🤣

      Delete
  4. dapnye....iris suka makan ni. leh try nanti.. tq for the resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,ada juga geng TTK suka kuih orang-orang lama ni...Cuba la MA..

      Delete
  5. Terrornya MTTK, tingkatan 2 dah pandai buat kuih macam2. Sy ting 2? tahu makan aje, buka api dapur pun takut. Kuih ni antara fav sy tapi susah nak jumpa kat Johor ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi .
      Keadaan yang memaksa untuk kena masak masa tu.Rasanya anak gadis lain pun kebanyakan yang tinggal dikampung macam saya juga kena reti masak..hihihi

      Delete
  6. ya Allah sedapnya tengok rupa tu kak oi, dana tak pernah buat tapi suka je kalau jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la buat Dana ..
      Tapi kalau ada orang jual kuih ni yang sedap cukup lemak manisnya..beli jer...🤣

      Delete
  7. Ada lagi MC? Nak jugak huhu ..
    Rindu dgn kuih tepung bungkus arwah mak sy :( Sama juga, bulan puasa jadi menu wajib kuih ni selain buah mulong (buah Melaka)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak-mak kita dulu buat lagi la sedap..kelapa kukur dan diperah dengan tangan..masak dengan dapur kayu.
      penuh aroma..penuh kasih sayang ...

      Delete
  8. First time mkn kuih ni pun masa ofismate bg.. mmg xprnh buat sndri la.. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak jarang juga nak jumpa kuih ni dijual..Mungkin sebab leceh nak buat dua tiga proses.
      Saya kalau teringin sangat baru buat .hihihi

      Delete
  9. bestnya pandai buat kuih, sejak kecik dah suka memasak ye hehehe

    ReplyDelete
  10. Suruh Mak Cella je la buat kan..banyaknya step dia...tapi SA suka makan kuih ni...ada orang panggil kuih puteri duduk sebilik la...rupanya tepung bungkus...dapnyaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SA...ada yang panggil puteri dua sebilik..🥰 cute je nama kan...

      Hahaha..takyah buat SA..kalau nak makan beli ja..
      Kalau buat nanti makan banyak macam saya..🤭🙈🙈

      Delete