Tajuk tu mengambil kata-kata yang tertulis kat banner bawah ni..
Dua hari berturut perut diisi dengan durian.Rabu beli durian IOI vs UDANG MERAH.
Bagusnya mereka ni walaupun " spesis yang hampir pupus"🤭🤭🤭🤭🤭 kerana tak sampai 10 orang pun..Tapi saya perasan ada sorang dua yang memang selalu mengadakan sedekah Jumaat dengan roti canai,nasi lemak dan sebagainya.Kali ni depa sep-sep lelaki belanja makan durian.Depa pilih nak belanja hari Khamis sebab orang kuat majlis iaitu Azizi ada hal hari Jumaat.Lagi pula kata depa sebab durian bau kuat.Kalau buat hari Jumaat,nanti depa nak pi solat Jumaat takut 1 masjid berbau durian..lagi-lagi kalau depa sendawa berjemaah🤣🤣🤣
Hajat nak turun awal ke astaka tu..tapi terlambat juga jadinya...hihihi
Akhirnya tak leh tahan...bau durian memanggil-manggil
Dah nampak lori durian tu park tepi astaka
Pulut ..santan pun ada..Yang nak makan durian sahaja pun boleh..Nak makan ngan pulut santan pun boleh.Kak Izzah tukang kukus pulut.Saya tumpang juga 2kg pulut.Kak Izzah kata dia bawa 3kg pulut dan santan fresh + santan kotak..Kak Izzah siap bawa trio steamer..Ish,tertarik pula saya dengan steamer tu sebab besar.Usha juga kat shopee..dalam RM200 harganya..ish,macam nak beli la..
Nampak durian yang tenganga tu isinya kuning...sexy...!!hihihi
Setiap meja dilongggokan beberapa biji durian siap dibuka bahagian tampuknya bagi memudahkan nak mencekah
Tapi "Udang Merah" katanya..
Dapat pula ulas
"kucing tidur"
Eh,kenapa semua nama haiwan?
Mula saya join meja Ratna & Pn Wong.Tapi sebab depa dah lama makan,saya baru beberapa suap depa dah selesai.Malu nak makan sorang,saya pindah pula ke meja adik-adik...Ib,Lin & sapa lagi entah dah lupa..Join depa pula makan sampai kenyang..hihihi
Brrrrr....
Alhamdulillah,syukur kepada Allah yang menyampaikan rezeki melalui kawan-kawan.Juga semoga geng jejaka hensem yang pemurah belanja durian ni juga dimudahkan urusan,dilimpahkan rezeki yang halal lagi barokah dan diberkati hidup mereka di dunia dan akhirat🤲🤲🤲
Uiisshhh.... kena zikir durianlah!
ReplyDeleteYa Allah...kurniakanlah rezeki durian terbaik untuk Cikgu Amie🤲🤲
DeleteAmin ya Allah. Cepatlah musim durian sampai ke LD.
DeleteBoleh buat menantu tuhhh..
ReplyDeleteZikirlah hari2 semoga dapat steamer baru
Ya Allah...kurniakanlah rezeki untuk dapat trio steamer besar ni🤲🤲
DeleteSemalam makan musang king sebiji, berkongsi dengan Ahnaff. Dia cakap yang ni sedap. Tak pahit. Sabo je la 🤣
ReplyDeleteAduiii.....terliur musang king la pulak ni...
DeleteKena cari juga sebiji ni...buat hilang teringin