Wednesday, 6 April 2022

AYAM PANGGANG CICAH SAMBAL KICAP-IFTAR 3 RMADHAN

Alhamdulillah Allah temukan kita dengan Ramadhan tahun ini..

Dah masuk Ramadhan ke 4 dah hari ni..Dah plan ke nak masak apa petang ni?

Hihihi...


Semalam saya masak ayam panggang airfyer..Eh,panggang ke goreng namanya kalau dah guna air fryer ..? hihihi
Semalam iftar berdua beranak saja dengan anak bujang.Adah berbuka kat tempat kerja 
Masak 2 bahagian sukuan peha ayam.Saya hanya perap dengan garam,kunyit,black pepper dan kicap sahaja.


Bila cari aluminium foil dah habis la pulak.Baking paper  la jadi sasaran..


Pencicah..Buat sambal kicap tomato.
Potong cili padi,bawang merah dadu & hiris tomato masak.
Curah kicap kipas udang.Perahkan limau..
Dah cukup rasa dah takyah garam bagai.

Untuk sayur..Tumis sotong dengan kacang buncis.Nama ja sotong tapi banyak sesungut ja .Badan sotong ada 4 ekor ja.Sesungut lebih...sebab badannya dah dibuat goreng tepung sebelum ni.

Murtabak frozen.Yang beli kat bazar hari Ahad saya frozenkan.Ni panaskan sekeping untuk anak bujang tu.Saya tak minat murtabak.

Goreng popia frozen yang jiran bujang sebelah ni bagi semalamnya tu.Rupanya popia carbonara la...sedap...
Alhamdulillah....rezeki iftar ke 3 Ramadhan  


11 comments:

  1. ammi suka murtabak..especially murtabak kambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...mana nak cari murtabak kambing tu Ammi..?
      Dah terasa- rasa kat lidah mesti sedap sebab kambingggggg🤭

      Delete
  2. Sedap tu ayam panggang ke goreng cicah sambal kicap. Lagi pedas, lagi aum, lagi bocor periuk, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..jenuh beli periuk..asyik bocor jer🤭

      Delete
  3. Sedapnya ayam panggang dengan cicah kicap sekali. Follow here #91

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sedap..
      TQ Aiman followers ke 91

      Delete
  4. Ayam bakar tu. Simple tapi selalunya dapat membuka dan menambat selera. KA kalau ayam ke daging bakar ke even ikan pun.. memang hantuuuuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga demo oghe Klate gop..suka lauk bakar-bakar ni deh..🤭
      Makke ngae nasik kabu gop.. sedak jeligho
      (betul tak dialek Klate ambo?)

      Delete
  5. Sedap-sedap juadah berbuka puasa Mama Cella.
    Eh, belum ucap selamat berpuasa. Selamat berpuasa Mama Cella. Moga dipermudahkan urusan berpuasa sepanjang bulan nan mulia ini.

    ReplyDelete
  6. Tak pastilah panggang ke goreng entah. hehehe...Senang masak lauk pauk simple je. Ada air fryer lagi memudahkan kerja.

    ReplyDelete
  7. Sedap la...teringin nak buat ayam bakar...tapi anak dara tunggal tu dah x mo makan ayam plak...

    ReplyDelete