Saturday, 26 March 2022

SELAMAT JALAN PREVÊ

 

Kenderaan kesayangan hamba selama 10 tahun  menabur bakti memudahkan urusan perjalanan ke seluruh semenanjung .Kereta paling  lama bertahan berbanding 3 kereta sebelum ni.

Preve bertahan 10 tahun.
Tiba masa untuk ia beralih tangan kepada bakal pembeli baharu untuk  meneruskan jasanya.


Kemas apa yang patut..Keluarkan segala yang tidak berkaitan 


Alhamdulillah ..
Walau sudah 10 tahun usianya seusia murid sekolah darjah empat.


Kondisi masih memuaskan.Ini bukan kita sebagai pemiliknya yang cakap,tapi dari penilaian usecar sendiri yang cakap.hihihi
Baik luar dalam kecuali sikit-sikit kekurangannya atas faktor usia. boleh bagi 8.5 dari skala 10.
Alas kaki masih ori dari Proton..Alas dalam bonet juga masih hitam berkilat cuma sedikit kesan calar
Memang jaga  dengan baik ...Maklumlah kita bukan have-have..🤭
Nak dapat kereta tempatan ni pun berikat perut nak lepaskan bayaran bulanan + komitmen lain.
So,mestilah kita sayang kenderaan ni.


Buku service pun masih dalam keadaan baik.Kita biarkan saja dalam dashboard untuk rujukan pembeli seterusnya.


Buku manual penggunaan pun masih kemas dalam laci dashboar.Kita biarkan dalam tu untuk memudahkan pembeli selepas ni.
Kunci utama saja agak pudar,manakala kunci spare serta no rujukan kunci masih dalam 9.8 kondisi ya kerana tidak pernah guna.Tersimpan rapi dalam bekas.

Selamat jalan Prevé....


6 comments:

  1. Selamat jalan Preve...antara kereta idaman SA...psst...kita cadang nak amik Axia untuk anak dara tu...tunggu kuar KWSP x lama lagi...hahahahaha

    ReplyDelete
  2. wah tentu dah dapat pengganti yang lebih canggun dan menarik

    ReplyDelete
  3. Baru nak komen macam wak.. apapun 'i feel u' sis, mesti sedih nak lepaskan selepas 10 tahun.

    ReplyDelete
  4. Kak lin pakai vios da 12 tahun.. pun masih elok n byk baktinya pd kitorg.. mmg syg nk lpskan.. last2 bg kat ank.. at least dpt pandang2 jeling2..
    Mak cella pakai kereta apa skrg? 😉

    ReplyDelete
  5. memang masih elok terjaga... puas hati pemilik barunya nanti

    ReplyDelete
  6. Selamat jalan Preve...and welcome???

    ReplyDelete