Tuesday, 8 March 2022

MAK TEBANG POKOK PISANG

 Tebang pokok pisang pun nak cerita..hihihi.

Saja la nak tepek juga.Walau balik sekejapan,namun serasa tenang bila dikelilingan suasana yang asri dan alami...(berbahasa nusantara sikit)..hihihi


Pagi-pagi mak akan execise di belakang rumah...Meninjau kebun ulam sekangkang kera ni.


Mak tebang pokok pisang dipenjuru tembok tu bertemankan suara katak yang bermastautin dalam hamparan permaidani kuning tangkai-tangkai padi yang mula memancarkan warna keemasannya.


Anak bertuah ni bukan nak tolong mak tebang pokok pisang..Ala,kalau nak tolong pun mak bukan bagi.Kata mak dia "lemas" tengok saya pegang parang pun ngokngek..Lemah...!!!
So,sesaja teman mak berbual sambil halakan camera handphone ni untuk rakam flora hasil tanaman mak...

-Terung pipit lebat berbuah dan galak berbunga..

- Cili Putih tu pun tak mahu mengalah.Liut ranting penuh buahnya.Benih cili tu saya minta sebiji buah yang masak daripada Pak Man gardener untuk bawa balik kat mak setahun yang lalu.Alhdulillah menjadi tangan mak.

-Bayam Brazil dan Pokok Kaduk di pangkal pohon betik dah tal boleh nak bezakan dek kesuburan pokok bayam brazil mengatasi kaduk

- Bayam Kampung tu mak kata baru beberapa minggu ditanam.Sayur yang banyak kenangannya zaman remaja.Menjadi kebun di laman.Kadang disayurkan..kadang dicelur sebagai ulam

- Keledek baru belajar menjalar.

- Pokok ubi semakin susut ditebang emak sejak sang cobra bertandang 2x tahun lepas.

- Pandan subur menghijau selepas mak suruh saya petik 44 helai daunnya buat mandian pakcik masa berubat tahun lepas.

- Pokok inai tu mula merimba.Asal benihnya mak ambil keratan yang tercicir dari lori majlis bandaran yang kutip sampah buangan rumah ke rumah.Dalam banyak-banyak sampah tu takdirnya seranting pokok inai tercicir.Rupanya hayatnya masih panjang di sini.

-Pokok serai peha ayam.Dulu mak nak sangat pokok serai tu sebab saiz besar.Bila dah tanam mula nampak kekurangan berbanding serai kampung walau kecil tapi lebih lembut dan lebih beraroma.


Bucu pagar yang lain..juga terselit serumpun pokok pisang.


Dua tandan pisang emas ringan hasil titik peluh emak.Buahnya montok-montok sudah masak ranum ditandan.


Dek terlalu obesiti..bila masak buahnya mudah pecah..Kata mak hasil 2 tandan dah berbagi kepada jenjiran.Ni baki ½ tandan untuk kami.2 sikat terpisah dari mayangnya kerana dibawa balik KL...


9 comments:

  1. Serai pun ada jenis-jenis kan Mama Cella. Memang ada yang saiz kecil tapi aromanya semerbak.
    Kiranya tinggal tunggul-tunggul padilah tu ye. Ada apa boleh dikutip... ada saki-baki ikan sepat tak?
    Masih bertenaga ibu ya. Moga sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan sepat jarang jumpa dah la ni..Tapi ikan puyu haruan banyak dalam sawah ni

      Delete
  2. Record je kak muka mak tu..
    ammi dah takde peluang nak record muka mama sob sob...

    pisang emas tu dihantar belayar ke rumah ammi pun best juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...Kadang nak rekod mak pula seksišŸ¤­
      Tima dia pakai leklok boleh la rekod..hihihi..

      Tak sempat nak layarkan ke rumah Ammi..buahnya dah bercerai dari tangkai..Tak tau kot memang jenis dia atau sebab apa..huhuhu

      Delete
  3. Sesekali balik kampung memang best kan....seronoknya melepaskan rindu kat mak yang semakin dimamah usia..eh..apesal ayat novel plak ni...well..geramnya tengok pisang emas dibawa belayar tu...fav!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat novel sebab selalu tulis skrip Akasia tu..
      Tapi SA memang berbakat

      Delete
  4. Hehe..faham sangat, dia lagi suka buat kerja sendiri dari tunggu kita buat terkedek kedek. Banyak hasil tanamannya tu. Geram pulak tengok pisang obes gitu. Comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Agaknya serabut dia tengok nak pegang parang pun terkial-,kial..
      Padahal dulu-dulu saya selalu tebang pisang.Huhuhu

      Delete
  5. Teringat wak jaman kecik2 dulu kerja kat sawah padi
    semuanya guna tulang 4 kerat, sangat memenatkan
    Sekarang sawah padi dah jadi kebun sawit

    ReplyDelete