Semalam ke Pasar Tani.Hari ni ke Pasar Pagi
Bila saya tanya Pakcik Google rupanya ni Pisang Berangan la..ðŸ¤
Pisang Rastali yang kulitnya macam banyak tahi lalat dan berkarat tu.
Ingatkan saya dah kenal nama-nama pisang...rupanya masih perlu study lagi.
Pisang emas ni senonin dengan pantun
Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Juga ini merupakan pisang yang selalu jafi dessert masa tinggal di asrama.Setiap kali lunch & dinner pisang la dessertnya...kecuali hari Khamis..buah limau dan sesekali tembikai.
Tiga jenis pisang dah ada kat dapur tinggal nak makan atau nak masak apa
Saya menggogle juga cari nama pisang kot ada yang saya tak kenal...
Nampaknya pisang keling tu saya tak kenal.
Dulu masa sekolah darjah enam,Cikgu Shuib selalu ajar pengetahuan am kepada kami.Kami ada buku catatan khas untuk pengetahuan am.Contohnya nama-mana pisang bermula huruf A-Z.Selain tu nama-nama burung A-Z,nama-nama sayur,ikan air tawar,hidupan laut,nama tempat,nama negara dan ibu negara,plat kenderaan ikut negeri,jenama kereta dunia dan pelbagai lagi.Kebanyakan ilmu tu masih saya ingat.Terima kasih cikgu..!
bagus juga idea Cikgu Shuib tu...bolehlah ammi apply ke anak-anak.
ReplyDeleteammi confirm kenal cuma satu pisang je..pisang tanduk.
sama la
DeleteJujur, sy tak kenal jenis2 pisang, kecuali pisang tanduk dan monyet. Tapi dalam gambar tu, tak ada pulak pisang monyet. Mungkin sy rasa ia tak penting utk kenal jenis2 pisang, hihi. Cuma sy tahulah jugak pisang nipah, pisang berangan, pisang montel, pisang emas. Eh, tadi kata tahu dua jenis jer, banyak pulak rupa2nya.
ReplyDeletePisang berangan tu pun boleh dogoreng
ReplyDeletecubalah
Kak lin prnh nmpk pisang raja udang tu kat alamanda.. tp takut nk beli.. warna merah.. agaknya sdp ke mak cella? 🤗
ReplyDeletePisang keling tu nama lainnya pisang rastali.
ReplyDeleteBanyak juga saya tahu nama pisang sebab kecik-kecik dulu ikut berkebun dengan arwah ayah.
Ada sesetengahnya PH kenal, tapi namanya lain :)
ReplyDeleteSaya lagilah tak kenal sangat nama pisang. Yang tahu pisang tanduk, pisang nipah sebab dua ni lain sikit. satu panjang, satu berbentuk.
ReplyDeletePaling suka pisang emas dan pisang Cavendish...makan macam tu aje..
ReplyDelete