Nasi Goreng Tomyam.Bekal anak bujang nan sorang tu pagi ini.
Sampingkan juga beberapa ketul sosej.
Juga merangkap brunch untuk tukang masak..Dah memasak,rugi la kalau tak makan.Hihihi.....
NASI GORENG TOMYAM
2 cawan beras- tanak jadi nasi(+-4 cawan nasi)2 sudu pes tomyam dalam botol
1 batang carrot
1 keping dada ayam- hiris & gaul sikit garam
4 sudu minyak masak
2 biji telur
1 pokok daun ketumbar
( jika tak suka boleh ganti daun sup)
1. Panaskan minyak,masukkan isi ayam hiris dan goreng hingga masak.
2. Pecahkan telur dan kacau hancur hingga telur masak.Tambahkan pes tomyam dan carrot.
3. Masukkan nasi yang sudah dilerai dan gaul rata hingga nasi panas merata dan naik wap.
4. Taburkan daun ketumbar @ daun sup.
Mesra alam la kot sebab ni kotak kertas.Tapi saya alas juga dengan plastik sebab risau pula karang bekas tu lembik atau berminyak.Sosej tu saya potong dua dan kelar.Kemudian goreng dengan ½ sudu marjerin.Kalau goreng sosej saya suka guna marjerin @ butter berbanding minyak sebab sosej akan licin dan cantik.Kalau guna minyak pula,biasanya sosej jadi garing dan keras berkulit ...Kaaaa...saya yang tak pandai goreng?...hihihi
Sedapnya nasi goreng tomyam. Dah masak rugi lah kalau tak makan. Macam sedap je goreng nugget dengan butter. Biasa goreng dengan minyak garing dan kecut seperti yang mama cella cakap tu. Next time nak try goreng guna butter. Best betul dapat bawa bekal sedap sedap. Senang pek dalam bekas ni. Terus buang lepas makan :)
ReplyDeleteTak risau tertinggal bekas. Lagi lagi bekas tupperware. Hihi...
DeleteFiza...
DeleteGoreng sosej la..bukan nugget🤭
Defros dulu sosej.Masak sosej bersama butter dengan api kecik sambil golek2kan sosej tu..in sha Allah elok
Bila sel sel otak tak berhubung ginilah jadinya. Tertaip nugget sedangkan dok fikir sosej. apedaaaa...ampunnnn
DeleteBaiklah, terima kasih share tips :)
Mgu depan bersahur bole la kak lin msk ns grg tomyam ni.. mak cella da bg resepi.. kak lin pun lebih suka aroma ketumbar mcm mak cella.. 😉
ReplyDeleteMcm mn mata ank bujang tu?
Allahu.. td keluar beli stok, lupa beli pisang.. nk try rebus mcm yg mak cella buat.. ishh!!
DeleteJom..jom..macam puasa jugak la minggu depan..
DeleteDaun ketumbar best kan aromanya walaupun ada yang kata bau pijat🤭
Nanti lain kali jumpa pisang boleh cuba pisang rebus😁
Sedapnya
ReplyDeleteAlhamdulillah....
DeleteBagus ada bekas pakai buang ni
ReplyDeleteBetul tu wak...jimat sabun tak payah basuh & jimat suara tak payah berleter tak bawa balik tupperware🤣
DeleteKalu duk sebelah rumah dh mintak bekalkan dh nasi goreng...haha
ReplyDeleteMai la dok sebelah rumah ni...Tak pun saya yg pi dok sebelah umah SA🤣
DeleteSedap tuuuuu! Saya suka nasi gorenggg.. Aaa.. gabung dengan tomyammm.. terliur pulak kitaaaa
ReplyDelete