Tuesday, 9 November 2021

BAWA BEKAL NASI LEMAK KUNING BUNGKUS SURAT KHABAR

 Semalam punya bekal..Alhamdulillah rasa malas masak beransur pergi.Kerajinan beransur datang...hihihi


Bawa bekal Nasi Lemak Kuning Bungkus Surat Khabar..Balik Kedah cuti Deepavali plan nak beli nasi lemak kuning bungkus surat khabar kat medan selera depan Petronas Pendang tu tapi tak terbeli.Kekenyangan makan masakan Achik beserta sarapan pun berhantar setiap pagi.Nasi lemak kuning bungkus surat khabar ni makanan lejen bagi kami kebanyakan anak Kedah dari dulu hingga kini.Tapi bagi generasi sebaya saya kelahiran 70an dan 80an memang menjadi makanan nostalgia yang dirindukan.Maklumlah zaman kami sekolah nasi lemak kuning ni la yang kami kenal sebagai nasi lemak sama ada dijual dikantin sekolah atau makanan RMT.Seingat saya,masa sekolah saya tak pernah beli nasi lemak sebab harganya 20sen.Saya dan Achik hanya bawa duit belanja 10 sen sahaja sehari pada awal 80-an.Pilihan kami hanya kuih muih,sengkuang/nanas calit kuah rojak atau keropok dan kacang sahaja yang berharga 10  sen..
Masuk perhujung 1980-an mak dah bagi 20 sen duit belanja sebab masa tu kuih dah harga 20 sen.Selalunya saya akan beli Roti Azan(roti krim) yang harganya 15 sen.Baki 5 sen simpan 3 hari dapat la 15 sen lagi untuk beli Roti Azan.
Nasi lemak pula dah naik 30 sen.


Tapi masa darjah 2 saya dapat RMT.Bukan saya sahaja,malah 1 sekolah pun dapat RMT.Sebabnya masa tu saya bersekolah di sekolah cawangan @ kampung saya.Sekolah sekadar macam bangsal bertiang bulat batang pokok,berdinding buluh anyam dan berbumbung atap rumbia.Murid pun hanya ada 14 orang iaitu 7 orang tahun 1 dan 7 orang tahun 2.Kelas kami pun bercampur 1 kelas antara murid darjah 1 dan darjah 2.Cikgu pun hanya sorang iaitu guru dari sekolah induk.Maka semua dapat RMT.Pagi-pagi cikgu  akan ambil makanan RMT dari sekolah induk dulu sebelum ke sekolah kami yang jaraknya 5 batu dari sekolah induk.Cikgu akan bawa 15 bungkus makanan RMT.14 bungkus untuk murid dan sebungkus untuk cikgu.Dengan cikgu sekali makan makanan RMT sebab sekolah cawangan tiada kantin.
Bila darjah 3 masuk sekolah induk,dah tak dapat RMT dah sebab saya tipu cikgu cakap bawa duit belanja 20 sen.Padahal bawa 10 sen saja.Saya malu nak mengaku bawa 10 sen sebab nanti cikgu banyak tanya...
Saya hanya dapat jadi reserve .Kalau ada murid RMT tak datang baru cikgu panggil...Tapi selalunya saya tak pergi sebab kena bawa tuppeware sendiri...
Takkan nak bawa tuppeware kosong setiap hari kan...


Nasi kuning macam ni la antara menu RMT kami makan masa tu.Yang saya ingat menunya hanya 2 jenis berselang seli.Nasi kuning lauk ikan bilis,sayur sawi dan satu menu lagi mihun goreng penuh sayur sawi juga.Kalau hari menu nasi semua suka.Tapi kalau mihun,ramai taknak sebab penuh sawi...hihihi...

Semua makanan tu berbungkus surat khabar yang dialas plastik didalamnya dan bungkusannya diikat getah.Kami akan makan waktu rehat sambil main tanah liat,main gelungsur kat tebing tanah merah belakang sekolah & kadang kami tangkap berudu dalam kubang kerbau.Masa rehat biasanya cikgu akan tidur atas bangku panjang dalam kelas.Mungkin bosan atau mungkin kepenatan menempuh perjalanan jauh dengan motosikal.Bila cikgu terjaga,kami akan panggil kawan-kawan semua balik ke kelas memulakan pelajaran semula.Kadang cikgu pesan masa rehat cari tanah liat.Habislah busut sarang anai-anai kami runtuhkan demi nak dapat tanha liat terbaik.Nanti masuk kelas kami main tanah liat sama-sama dengan cikgu.Kadang sanggup tak makan pun nasi RMT sebab nak cari tanah liat.

Itu antara cebisan kenangan zaman sekolah rendah.


Sambal Daging .Saya masak waktu malam untuk nasi lemak kuning.


Pagi,pukul 4.45 saya bangun untuk masak nasi lemak kuning dan rebus telur.


Trade mark nasi lemak kuning ni,bungkusannya kena bunjut macam sup bunjut tu.Sebabnya nasi dan lauknya berminyak.Kalau tak bunjut habislah melelh keluar.Caranya sama macam bungkus char kue teow la..Dah bunjut kemas baru bungkus dengan surat khabar dan ikat getah


Saya hanya buat 5 bungkus sahaja.Tapi saiz L la..

1 anak bujang bawa bekal.1 untuk Adah dan lagi 3 saya bawa.Nak sedekah banyak-banyak tak daya.Saya cuba untuk bersedekah setiap hari walaupun sekadar sebungkus dua nasi lemak atau apa-apa yang lain walau sikit dengan niat pahala untuk mak.Saya tak dapat nak jaga kebajikan mak.Saya hanya mampu hulur sedikit pahala untuk mak.Itupun kalau Allah terima😭


Makan bekal berteman Shifa.Buatkan air kopi O panas.

Brrrrr...

Alhamdulillah

31 comments:

  1. Wwow..menarik ni...x pernah makan lagi la..terus rasa nak mencuba...

    ReplyDelete
  2. nasi lemak kuning sedap nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...sesekali ubah selera.asyik mkn ns lemak putih

      Delete
  3. sy sangat suka makanan berbunjut bungkus suratkhabar macam ni.

    Cakap pasal RMT, sy teringin betul.. tapi tak pernah dapat, padahal bapak sy bukan orang senang pun, terliur tengok makanan RMT sedap2.

    hurmm.. nostalgia sungguh entry ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo...jom buat lawatan ke sekolah ..minta sekolah sediakan makanan RMT hilangkan teringin ..huhuhu

      Delete
  4. aduh tengok pun dah tahu sedap tu kak oi...

    ReplyDelete
  5. Nasik lemak bunjut camni mmg ade kat kedah je kan. Masa kat UUM dulu ,tiap petang ade makcik jual nasik lemak camtu. Ade lauk ayam, telur, ikan bilis n daging. Laku keras jualan dia. Rindunyaaaa nak makan nasik lemak bunjut nihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi..lauk macam2 ..walaupun hanya seketul kecik saja tapi terasa sedapnya kan...sib baik dah bersalain...kalau preggy...jenuh cari

      Delete
  6. kat area rumah ammi ada org jual nasi lemak kuning..tapi dia bungkus pakai polistrin bukan style legend camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bungkus surat khabar baru feel Ammi..🤭

      Delete
  7. terkenang pulak saya dengan zaman sekolah dulu-dulu

    ReplyDelete
  8. Jaman wak sekolah dulu2 takde lagi RMT
    RMS (Rancangan Makanan Sendiri) adalah
    Bawa belak nasi bungkus upeh pinang.
    Lepas makan upehnya simpan balik sebab boleh guna semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RMS🤭
      Saya sempat tengok juga makanana bungkus upeh pinang tu...tapi zqman saya upeh pinang tu buat timba kat telaga

      Delete
  9. Seronok baca cte nostalgia mak cella.. hritu lama mak cella senyap.. blk kg clbrate bday nenek cella.. tingat plk bday mak kak lin xlama lg.. mak, i miss u.. 😍
    Dulu2 majoriti mknan bungkus surat khabar n ikat getah.. zaman berubah kan mak cella.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mak K.Lin pun sihat sejahtera Mesti maknk.Lin pun rindu k.Lin...❤️
      Dulu bungkus surat khabar.Sekarang aurat khabar pun payah nak jumpa dah🤭

      Delete
  10. Sedap sungguh nasik kuning resepi mak cella ni ..ada dlm buku resepi saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      wah,ada buku resipi...nostalgia jugak tu

      Delete
  11. Rasanya macam sama juga kot nasi lemak tu..Parit Buntaq walaupun @ Perak tapi banyak persamaan dengan Kedah & Penang kan..Loghat pun sama kan

    ReplyDelete
  12. sebak baca... terbayang zaman sekolah rendah dulu2x... nikmatnya mkn nasik lemak kuning ni.... 4 bungkuih wajib... 2 sarpn... 2 mkn tengh hari....

    ReplyDelete
  13. nampak menyelerakan nasi bungkus macam tu ...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dah merentas balik kampung. Kenangan lama kalau diingat kembali macam-macam kita kenangkan. Makanan legend tu yang dirindui. Ohh macam tu kena punjut tak nak bagi meleleh keluar.
    Semoga Allah terima dan berkati amalan sedekah. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammiinn...
      Ya..makanan nostalgia akan selalu diingati bersama kenangannya..hihihi

      Delete
  15. tangkap berudu dlm kubang tu yg mencuit hati aku. aku pernah lalui.
    masa sekolah tak pernah jumpa nasi lemak kuning. cuma nasi lemak dlm plastik je. 20sen sebungkus. tahun 1981-1985.. sekolah rendah. waktu rehat jam 10 pagi tu yg paling aku suka. bab aku akan makan apa saya yg dijual dikantin tu. semua jenis jualan aku makan. mana yg sedap aku ambil 2.😁.. semuanya free.. kantin sekolah tu emak aku yg punya😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa....anak makcik kantin....🤣🤣🤣🤣🤣
      Untong la...
      Mesti terbayang kan....tangkap berudu

      Delete