Balik Kedah kali ni sempena cuti Deepavali bersambung weekend.Makan minum semua ditaja Achik.Sekali pun tak masak makan kat rumah mak.3 pagi Achik hantar sarapan.3 kali makan tengahari Achik dah siap masak lunch.Kami hanya basuh tangan tinggal suap ja ke mulut.Macam dok homestay pulak...
Ni menu 1st lunch kat rumah Achik
Sambal Udang Petai.Udang tu request dari Adah la.Petai tu pulak heeeee...saya la
Pakcik kalau kami nak balik,macam-macam la dicari makanan exotic.Selain petai,ada lagi Pakcik beli.Nanti kita cerita next entri.
Sambal Tempe pilihan untuk Haikal.Suka betul Haikal dengan tempe.Eh,tempe kat Kedah lagi sedap dari tempe KL la..
Memang la sedap,tempe kat Kedah fresh & tidak was-was..hihihi
Sambal paru fresh.Achik kata jumpa paru fresh terua beli sebab semua pun suka paru.
Cabai tumbuk rencah ikan temenung rebus
Buah mangga manis.
Brrrrr....saya pulun sambal petai & petai jeruk🤭🤭
Alhamdulillah...
Alhamdulillah
ReplyDeleteEnaknya menjamu selera di kampung
Alhamdulillah....
DeleteMakan tinggal suap tu yang paling menyelerakan
ReplyDeleteHahahha..betoiiiiii sangat🤭
DeleteAlhamdulillah lepas la kerinduan pada kuarga di kpg.semuga dapat menaikkan semangat berkerja sehingga penghujung tahun 2021. Nnti plan lagi trip tahun dpn plak InsaaAllah
ReplyDeleteAlhamdulillah....
DeleteIn sha Allah...
Terima kasih
kecur tengok menu menu kaampung sedap. Begitulah kan bila tahu ada tetamu nak datang. macam macam dicarinya. Rezeki dapat makan macam-macam.
ReplyDelete