Pagi ni sarapan pulut kuning.Rasanya memang akan merangkap lunch untuk semua dah ni.Takkan nak masak nasi lagi dah kenyang pulut.
Innalillah.....Rupanya Achik share tentang kembalinya Siti Sarah ke rahmatullah.Tiba- tiba hati terasa sebak..Dalam masa yang sama cemburu dengan kematiannya..
Ditidurkan pada hari Jumaat.
(Dari info yang saya baca pesakit +ve Covid yang akan ditidurkan,mereka disuruh bermaafan,bertaubat & mengucap 2 kalimah shahadah)
Meninggalnya dalam redho suaminya.
Meninggalnya dalam wabak.
Meninggalnya selepas melahirkan .
Meninggalnya dikirimkan doa dari seluruh pelosok negara walau dia hanya seorang artis.
Semoga tenang rohnya di sana bersama ibundanya yang telah lebih dulu pergi.Ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Juga semoga Allah matikan kita & keluarga kita dalam hasnulkhotimah & ditempatkan dalam kalangan orang beriman & mendapat syafaat baginda Rasullullah saw.
Amiinnn
Sedih kn kak bila dpt tau kematian siti sarah.. dr mlm td lg dh mcm xde harapan sbnrnya.. bgn je pg husband ckp dia dh meninggal.. walaupun x knl pn tp terasa sgt xtaulah knp.. pulut tu sedap lah.. beras pulut dh beli tp x berani nk buat tkt x menjadi
ReplyDeleteMasa masak pulut kuning ni memang ingat kat Mim..Pasal hari tu Mim ada request cara masak pulut kuning kan..Nanti dh free2 saya share...In sha Allah tak susah pun
DeleteKak lin perasan, mak cella selalu guna rice cooker utk mcm2 jenis masakan.. mak cella pernah masak pulut kuning dalam rice cooker ke?
ReplyDeleteCantik betul pulut kuning mak cella.. tu msti kopi cap gantang fav mak cella kan?
hihihi...saya masak guna rice cooker tapi bukan tanak.Saya kukus guna rice cooker.Nanti kita share yer
DeleteKita sarapan pulut kuning jugak hari tu, tak ingat hari apa. Makan dgn rendang daging raya 😍
ReplyDeleteMemang agak terkesan dgn berita pemergian Sarah
Terkesan & cemburu cara kematiannya
Delete