Menyesal Salah Pilih Kawan
=========
1. Dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita bagaimana kesilapan dalam memilih kawan akan menjadi penyesalan yang dahsyat di akhirat kelak. Firman Allah:
يَٰوَيْلَتَىٰ لَيْتَنِى لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا
“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!” (Surah al-Furqan: 28)
2. Atas dasar itulah Rasulullah mengingatkan kita bahawa pendirian seorang lelaki itu terkadang bergantung kepada pegangan agama sahabatnya juga. Sabda Rasulullah:
الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
“Seorang lelaki itu (bergantung kepada pegangan) agama sahabatnya. Maka perhatikanlah dengan siapa kamu bersahabat.” (HR Ahmad)
3. Oleh yang demikian, pilihlah sahabat yang membimbing kita kepada kebaikan. Jadilah seperti Abu Bakar, seorang sahabat yang soleh yang membimbing orang lain ke syurga.
4. Tahukah kita bahawa Abu Bakar berjaya mengislamkan lima sahabat yang dijanjikan syurga. Lihat bagaimana persahabatan Abu Bakar dengan orang lain menyebabkan mereka dijamin ke syurga.
Menurut Ibn Ishaq, dikalangan sepuluh orang sahabat yang dijamin akan memasuki syurga, separuh dari mereka (iaitu lima orang) telah beriman atas persahabatan dan usaha dakwah Abu Bakar. Mereka ialah: Uthman ibn Affan, al-Zubair ibn al-Awwam, Abd Rahman Auf, Saad Abi Waqas dan Talhah.
5. Sahabat yang baik boleh membawa kita ke syurga. Salah memilih sahabat akan menjadi penyesalan yang abadi di hari akhirat kelak.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
sedih kan kalau tersalah pilih kawan, saya pernah juga mengalaminya
ReplyDeleteSemoga kita bijak memilih kawan yang baik.
ReplyDeletesalah pilih, kawan makan kawan
ReplyDeleteits okay life memang mcm tu, anggap je sebagai warna warni kehidupan, walaupon sakit nak terima
ReplyDeleteBerhati2 memilih kawan
ReplyDelete