Thursday, 12 August 2021

MAKAN NASI LEBIH SEDAP BILA ADA KERUPOK INDONESIA NI...!

Nasi Putih
Ayam Goreng
Sayur Kailan + Carrot
Sambal tempoyak
Kerupok Indonesia
Lunch hari ni pukul 11 pagi.Sebabnya tak masak sarapan,maka lapar awal pula perut ni.
Lepas hantar Adah,ingat nak gi pasar,tapi tiba-tiba malas .Rasa nak gi Hero sebab nak beli barang kering.
Adah pesan suruh tolong belikan sikit barang keperluan hantar untuk kawannya di kuaters.Mak ayah dia dah kat MAEPS.Tinggal depa 3 beradik kuarantin di rumah.Jenuh juga berpusing mencari rumahnya.

Masak simple sahaja hari ni.Ayam goreng sahaja.Dah 2 hari makan ayam goreng sahaja.Hihihi....


Goreng sayur sikit.Kailan + carrot.


Lately ni kalau makan nasi nak kena ada kerupuk Indonesia ni.Sebelum ni pelik bila nampak orang Indonesia makan nasi dengan kerupok ni.Now,baru tahu..Rupanya sedap..!




7 comments:

  1. Macam-macam jenis keropok Indonesia kan Mama Cella. Ingatkan makan nasi kerabu jew ada keropok heheheeee.

    ReplyDelete
  2. Keropok apa tu kak? Mcm mana rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dia macam keropok udang.Nama sebenar saya tak tahu.Saya panggil keropok Indonesia sahaja...hihihi

      Delete
    2. Oh..selalu jumpa yg kecik2 tp ni besar

      Delete
  3. Best makan nasi dgn keropok, style orang pantai timur. Style DKK mcm sy, makan nasi dgn papadom 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤣DKK..
      Kari & papadom berpisah tiada .
      Eh,tambah ayam @ ikan goreng🤭

      Delete