Tuesday, 17 August 2021

KETAM NIPAH MASAK LADA HITAM

Ketam Nipah Masak Black Pepper.

Kononnya lauk makan malam.

Tapi makan ketam sedap ratah sahaja kot..sebab mengganggu la nak kopek isi sambil makan nasi...

Makan nasi dengan kuah dia dulu pastu ratah...hihihi


Anak bujang tu la melayan adik bongsunya yang teringin rasa ketam nipah.Saya memang tak pernah beli ketam nipah ni..
Pada saya baik beli daging segar sebab harga sekilo ketam ni lagi mahal daripada sekilo daging segar...Hihihi
Tapi dah si bujang tu beli,bawa balik suruh masak,layankan sahaja la..
Dia kalau dengan adik bongsunya memang melayan sampai kadang Adah terpaksa ingatkan abangnya bahawa dia ada lagi sorang adik...hihihi


Dibelinya 3 ekor yang beratnya 1kg++..Tapi bila saya tengok bawah perut tu semuanya ketam jantan.Tapi ini ketam yang dah innalillah...
Murah la sikit..

Dah bukakan cengkerangnya,buang insang & kotoran & kerat dua setiap seekor.

Saya pun bukan pandai sangat nak kerjakan ketam ni.Mulanya saya ketuk sepit tu dengan alu lesung batu bagi pecah,macam terkeluar pulak isinya.Pastu yang klbakinya saya dah tak ketuk.Masak dulu ,nak makan nanti baru ketuk bagi pecah-pecah sikit supaya senang nak buka.Guna alu lesung ja la sebab tak ada shell creaker macam kat restoran seafood tu..hihihi

KETAM NIPAH MASAK BLACK PEPPER
3 ekor ketam nipah
1 pokok daun bawang
1 cili merah
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap lemak manis
¼ sudu teh tepung ubi + 3 sudu air
3 sudu besar minyak

Bahan Tumbuk:
½ bawang besar
5 bawang putih
1 ketul halia 
1 sudu makan lada hitam biji

1. Bersihkan ketam &kerat dua atau empat.

2. Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk hingga harum.

3. Tambah sos tiram,kicap & sedikit air.

4. Bila mendidih,masukkan ketam & balik-balikkan.

5. Tutup kuali & biar agak-agak ketam masak isinya

6. Masukkan daun bawang ,kacau & sesuaikan rasa.


Saya tutup kuali sebab tengok sepitnya besar takut tak masak dalamnya...peghak sikit...hihihi


Jom kita buka kuali....
Tadaaaaa......!


Suka la Cella dapat makan ketam idamannya.
Simpan kat Adah ½ ekor + 2 sepit.Bila dia balik,dia hanya makan ½ badan tu sahaja.Sepit dia tak makan sebab malas nak ketuk.Melompat girang la Cella dapat habiskan sepit ketam tu..

12 comments:

  1. Jarang beli ketam nipah ni...selain mahal..malas nak ketuk kulit dia tu...selalu makan kat Fatty Crab Damansara je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak pernah beli...hihihi
      Selalu banding dengan harga daging fresh..hihihi
      Ni pun rezeki anak bujang beli..

      Delete
  2. Agak lama tak beli ketam ni, sejak dah habis musimnya, kalau datang musim di KongKong tu, tak henti-henti Suami kita beli Maaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo...dia ada musim jugak yer Lin...saya memang tak tau

      Sebut KongKong mesti ingat SK ,Lin & Nasi Lemak Daun SimporšŸ˜

      Delete
  3. Tolong tanyakan si bujang, nak emak angkat tak??

    Cara kita makan ketam sama, makan nasi dengan kuah ketam dulu lepas tu baru ratah. Sy fobia bab gigit sepit ketam ni šŸ¤­

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata mak angkat tu kita upgred jadi mak mentuašŸ¤£

      Delete
  4. Sedapnya ketam. Tapi saya tak pernah lagi makan ketam nipah. Banyak isi kat penyepit besar tu. Macam sedap pulak ketam masak black pepper. Biasa masak lemak je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula fikir nak masak lemak juga tapi ngenangkan dah malam macam tak feel pulak nak makan kuah lemak.
      hihihi

      Delete
  5. Gigi dah tak kuat
    Kalau makan sepit ketam ni ketuk pakai lesung batulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak
      Kalau kokak dengan gigi,silap2 sepit tak pecah,gigi yang patah...hihihi

      Delete
  6. Biasanya saya tinggalkan sepit ketam, tapi pakwe rajin ketuk. Dapatlah saya makan isinya.

    ReplyDelete