Sunday, 1 August 2021

KEREPEK BIJI DURIAN REBUS

Teringat beberapa tahun lepas masa durian tengah mahal sesangat masa tu.Dek kerana mahalnya durian,ramai juga lah yang sayang nak bazirkan apa sahaja yang ada pada buah durian termasuk bijinya.Viral jugak la kerepek biji durian masa tu & saya pun pernah buat KEREPEK BIJI DURIAN ni.

Tapi masa tu saya buat kerepek guna biji durian mentah.


Hari ni saya buat lagi kerepek biji durian.Tapi kali ni versi biji durian yang sudah direbus.Asalnya tak plan pun nak buat.Cumanya pagi tadi masa buka periuk kuah durian tu,rupanya kuah dah kering  dikenduri anak-nak malam tadi.Masa saya masak kuah tu,saya agak kurang rajin.Jadi saya masak kuah tu masukkan durian seulas-seulas bersama bijinya.Bila kuah dah habis dimakan anak-anak,maka tergoleklah lebih kurang 20 biji-biji durian yang sudah empuk.Kalau zaman kanak-kanak,biji durian rebus tu pun jadi rebutan walaupun bila kunyah rasa berlendir dalam mulut.Anak-anak sekarang memang bukan makanan mereka la.



Bila nampak biji durian yang sudah empuk tergolek dalam periuk,saya kupas kulit biji durian tu & makan sebiji.Tapi hanya sebiji mampu dihabiskan.Dulu zaman kanak-kanak biji durian tu rasa sedap sebab tiada pilihan sangat nak buat kudapan.Sekarang bukan sahaja anak-anak zaman melenium ni yang tak suka.Saya yang mak-mak ni pun sudah tidak tertelan lagi seperti dulu.


Maka biji durian rebus yang sudah dikupas kulit saya hiris nipis.Saya guna peeler memang mudah nak hiris sebab bijinya lembut & kurang lendir.Kalau guna biji mentah memang keras & pantangnya  ialah jangan terkena air.Kalau terkena air ,memang berlendir & susah nak handle.


Selepas goreng ini lah hasilnya.Hasil lebih kurang 20 biji durian tu dapatlah dalam 1 mangkuk bekas taufu fa tu.Rasa kerepek ni tak jauh beza dengan kerepek ubi kayu.Cuma dari segi nak buatnya,rasanya kerepek ubi kayu jauh lebih mudah,lebih ekonomik & berbaloi.Kerepek ni belum ada jual kot.Kalau teringin nak tahu rasa dia boleh la cuba.Hihihihi..


9 comments:

  1. Macam sedap pulak biji durian buat kerepek. Dapat bayangkan kesusahan nak sagat tu. Dahlah bijinya comel dan licin sikit. Bagus akak ada share tips tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya kerepek ni sedap & rangupnya tahan lama.Tapi tu la,nak buat pun boleh tahan juga..hihihi

      Delete
  2. Rajin betul mak cella.. keep it up!! 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang datang rajin la..Tapi rajin tu tak selalu bertandang...Hihihi

      Delete
  3. Pernah makan kerepek biji durian tapi yang dibeli. Waktu mengunyah tu asyik terbayang macamanalah pembuat kerepek ni dengan tabahdan sabar menyagat biji durian!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh, ada jual ek...Saya sudah slah info la..Ingat tak ada jual...Hihihi

      Delete
  4. Takpernah cuba buat atau rasa lagi kerepek durian ni.
    Kalau biji durian rebus memang pernah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada baki durian ,boleh cuba wak...hihihi

      Delete